My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Thursday 24 November 2011

kali pertama ?

Assalamualaikum



hey awak awak semua =)


kenapa ye kalau benda tu baru pertama kali kita buat , mesti rasa semacam je ? mesti rasa macam ahh b**** nya aku ! tak kan benda simple cenggitu pun tak boleh nak buat derr ?


senang cerita , kita tak berapa nak tahu apa yang kita buat that time . nak dijadikan cerita , Isnin hari tu lah kan , buat pertama kalinya aku pergi kelas setelah beberapa hari aku masuk UiTM . kehkeh . YA ALLAH , aku rasa macam budak darjah satu yang baru nak masuk sekolah je .



pergi sana , pergi sini macam orang takde hala tuju langsung je . korang boleh imagine tak betapa sengal nya aku time tu sebab tak tahu nak buat apa tah .



and now , sekarang aku dah rasa okay sikit sebab hari ni dah hari ke empat aku masuk kelas . kehkeh . even kelas asyik cancel and bertindih dengan kelas kelas abang-abang and kakak kakak degree .


dah la still pakai kad pelajar sementara tu . semua tahu aku ni budak part 1 . soo , abang-abang tu perli aku masa aku jalan sebelah dia .


"BELAJAR RAJIN RAJIN YEE ."

err -,- ni perli ke hape ke , aku pun tak tahu . yang pasti aku jalan je lelaju macam robot sebab takut . ahh gila . japlagi aku kena tahan kot kot lah kan , siapa nak tolong ? dah lah life tak menentu sekarang . kejap ada member , kejap takde . sebab kelas lain lain .


sangatlah tidak cool bila kita dah bersemangat nak study , tetiba kelas cancel pulak . jyeahhh !


tidak cool langsung okay ! lagi satu , disebabkan aku dah lama tak BELAJAR , aku dah mula masuk kelas tidurrrrrrrr . opss , haha . tertidur sebab ngantk gila wehh . atleast aku pandai cover . takpe , maybe sebab permulaan lagi kot . lama lama nanti okaylah kot .


aku pun sekarang dah berubah sikit . berubah what ?


dah pandai bermekap . aicehhh . memandangkan kos yang aku ambik ni MESTI BERMEKAP , soo tenyeh je lah mekap kat muka tu . asal berkala sudahlah . kahkahkah


bila dah bermekap , barulah terasa confident gila nak study weh . baju nak pergi kelas pun kena up to date . kasut kena heels . atleast 1inchi . hmm , okaylah nasib baik aku jenis yang okayy nak pakai tinggi tinggi ni kan . sebab aku pendek . hikhok .


so , memandangkan kos aku ni lebihkan pada penampilan semata-mata , aku sekarang dah kena bagun awal dari roomate aku yang lain sebab nak kena mekap pe jadah bagai tu . if orang tak paham kos aku camner , mesti diorang cakap aku over sebab mekap . aku pun tak hinginlah weh nak tenyeh tenyeh muka aku dengan warna warna yang boleh buat jerawat tumbuh kat celah muka aku ni .


kalau boleh nak nampak biasa je . tapi , disebabkan ni semua penting untuk carry marks aku final nanti , so kenalah buat jugak .












buat muka pelik dan terkejut dengan muka aku yang takde mekap dalam kad pelajar tu .




see ? aku takde lah nak over sangat mekap . biasa jee . tak reti kot -,-




okay , esok nak story pasal roomate aku pulak ! alaaa , yang sopan tu !



tunggu yee =)



k bye !


tqvm .

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

2 comments:

comments