My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Saturday 7 December 2013

Happy Birthday to me!

Assalamualaikum


hahaha maaflah wish diri sendiri. ni je tempat aku berpeluang nak wish dekat diri sendiri. pada semua yang dah wish tu, terima kasih untuk kesejuta kalinya! sayang kawan kawan saya! :D


tak lupa pada yang nyanyikan untuk aku tu, thank you so much!!!!!! love you guys!


family, kawan semua la. thanks banyak banyak. nak mention nama memang tak ingatlah. aku ingat yang tak wish lagi je. kakakakaka takpela tu semua tak penting pun. yang penting aku hidup dengan aman makmur je sekarang ni wkwkwkwkw.


Semoga saya terus tabah menjalani hidup, murah rezeki dan terus berjaya! Amin.............
dah tak tahu nak tulis apa. otak blur. jem. kakakaka.

*kali ni taknak pos gambar*


Wassalam.



Salam 20 tahun,

Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Sunday 17 November 2013

Anniversary of friendship!

Assalamualaikum



Apa? ingat orang yang berpasangan je ke ada ulang tahun? kawan pun ada tau! semalam, genaplah 2 tahun, tempoh persahabatan aku dengan manusia bernama Siti Nur Liyana binti Istamam. si gemuk, si buncit, si singa, si lembu, ahh semua la dia. maaf yana, kutuk kau dekat sini kehkehkeh :p


aku ingat lagi first time jumpa dia masa 2 tahun lepas...

*************************************************

aku masuk bilik, letak barang then bla. dia tak sampai lagi time tu. bila family aku dah balik, dia memang dah ada dalam bilik tu dengan roommate yang lain, Aini & Kaknyah. memang first sekali orang yang aku tegur Kaknyah. sebab dia sampai dulu dalam bilik tu. maklumlah, sebilik empat orang. tanya asal mana kos apa semua then orang kedua aku jumpa Aini. lagi la borak panjang sebab sama kos dengan aku. tak lama lepas family masing-masing dah balik, aku tak terus berkenalan rapat dengan dorang. sebab lepastu dah start MDS (Minggu Destini Siswa). so kami berkenalan masa MDS je.

*************************************************


tapi sekarang, makin nak habis belajar, kami cuma tinggal berdua. yana jela yang sebilik dengan aku sekarang. paling dasyat pernah aku dengan yana alami, gaduh besar. lama jugak tak tegur. yela, gaduh besar kan? biasa la. hahahaha. tapi gaduh gaduh, menyampah menyampah pun sayang jugak.

terima kasih yana sebab jadi kawan aku selama aku dekat uitm ni. kalau aku takda mood, dia je yang paham. kalau aku tengah ada masalah, dia je paham. dia je yang tahu bila aku menangis, bila aku tengah takde duit, bila aku tengah frust. paling penting, bila aku tengah belajar. yaaa ni paling penting. hahaha thanks sebab selama ni paham setiap masa aku. memang kadang kadang gaduh, tapi gaduh manja je kihkihkih.

walaupun kau panggil aku macam-macam, tapi aku tak kisah. aku rasa banyak gila nama dia bagi aku. sampai aku konpius. bila aku ada masalah, aku tak akan terus cerita, mesti aku tunggu dia balik bilik, then cakap "yana, aku ada cerita sedih.." dan aku akan nangis dulu puas-puas baru cerita. kadang benda tu simple je. tapi maklumlah aku kuat nangis. macam budak-budak je rasa. tapi memang macam tu la hidup aku. dia je paham.

kalau bosan, aku akan whatsapp, wechat, tweet dengan dia. padahal katil sebelah je. can you imagine? hahahahaha lawak. tapi itulah life kami. i miss that moment! takpe, lagi berapa hari je nak balik uitm kan. tak sabar nak jumpa kau lagi! hehhehe. emm kalau nak cerita macam tak muat je rasa. hahaha. apa-apa pun, aku rindu kau! hehehe.




THIS!
 


 SITI NUR LIYANA BINTI ISTAMAM
 20 TAHUN
CIRI FIZIKAL : DEBAB, KUAT MAKAN, KUAT NANGIS, GEDIK TAHAP GABAN, CIKGU AKU UNTUK SUBJEK PSIKOLOGI :p




love you friend!
miss you!



sem depan aku insyaAllah last sem, aku harap bila aku takde nanti jangan buat kerja gila yang kita selalu buat tu tau. rindu nak jogging dengan kau, rindu nak naik bas dengan kau, rindu nak usha orang dengan kau, rindu nak jerit-jerit dengan kau, rindu nak mandi ketuk-ketuk bilik air dengan kau, rindu nak makan makanan kau, rindu nak nyanyi dengan kau, paling penting, rindu nak duit kau. kahkahkah *k yang last tu tipu je*


insyaAllah, kawan till jannah, amin ya rabb.
Wassalam.



Salam sayang,
Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Saturday 16 November 2013

Jom main masak-masak?

Assalamualaikum


"weh weh, jom main masak masak?"

err ni semua dialog lama masa aku kecik kecik umur 5 tahun. memang masak betul kata kooo. amik penutup tin milo, bawah dia letak batu. then amik beberapa helai kertas dari buku sekolah akak aku, amik lighter ayah (sebab ayah dulu perokok tegar) then bakar. curi telur sebijik dekat dapur, lepastu tuang then masak. paling bagus, lupa nak curi minyak. so telur tu hangus macam tu je. hampeh hambar haktuih! umie bau api, lepastu kantoi maka dengan besar hatinya aku kena marah kaw kaw. pakej kena rotan. fuuuu so sweet! i loikeeee!


rindu semua tu. emm. mana mungkin dapat ulang balik semua tu. sekarang umie dah tak payah nak beli rotan, tak payah nak asyik beli hanger je. kalau dulu, rotan hilang, hanger sebagai pengganti untuk hinggap dekat punggung aku. aku jela yang kenaaaaaa. akak jarang sebab dia dah besar time tu. adik? tengah baby lagi. well well well. rindu semua tu. tapi sekarang, tengok anak buah aku je cara dorang membesar dah lain dengan zaman hingusan aku dulu.


dorang pegang tab. dulu aku, handphone pun tak pegang. telefon rumah je. zaman sekarang aku tak nampak dah orang main masak masak ni. main guli ke, main yoyo ke, main batu seremban ke, main tingting ke. mana ada. depa dok pegang gajet je memasing. untunglah kome :)


aku tak tahu la apa motif aku update macam ni. bosan sebenarnya. bila kesepian, duduk dalam bilik, mulalah terbayang zaman aku kecik kecik dulu. terbayang muka orang yang main dengan aku masa kecik kecik dulu. gaduh, tumbuk, sepak terajang semua cukup. kelakar memang kelakar. rindu semua tu. korang yang umur lebih kurang aku pun mesti rindu zaman kanak kanak korang kan? yeahh. takde masalah pun hidup zaman hingusan dulu. masalahnya cuma tak puas nak main dekat tanah, tetiba umie dah bawak rotan suruh balik rumah. lol



KALAULAH, KITA TAHU APA YANG BAKAL TERJADI PADA MASA HADAPAN KITA, KITA MESTI TAK AKAN MUDAH PERCAYA KATA-KATA ORANG. MESTI KITA AKAN USAHA SENDIRI KAN? ITULAH DINAMAKAN UJIAN :)


Terima kasih Allah kerana aku diuji.
Wassalam.



Sincerely,
Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Tuesday 12 November 2013

Alhamdulillah, selesai!

Assalamualaikum



Alhamdulillah. settle for everything! :D
dah siap kemas semua baju baju. tinggal hangkut je.





 yeayyyy!!! tak sabarnya :D


May Allah ease my way. amin. ya rabb.


bismillah for this starting! :D






wassalam.


Sincerely,
Nur Aziemah Ash'ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Friday 8 November 2013

Sabarlah duhai hati

Assalamualaikum



ya Allah ya Rahman ya Rabbi.

aku bermohon kepadaMu, jika ujian ini adalah untuk menguatkan aku, untuk mematangkan aku dan memberi kebaikan masa depanku, Kau ujilah dengan penuh kasih sayangMu.

semoga aku terus redha terhadapMu.
Amin ya rabb!



letih nak explain pada orang. mungkin ni cara Allah nak balas dosa aku. aku redha. aku redha ya Allah. sesungguhnya kau akan mengujiku kerana kasih sayangMu melimpah ruah terhadapku.


walau hatiku telah hancur, tapi aku masih berdiri tegak sujud kepadaMu. kuatnya aku. kuatnya kasih sayangMu kerana sentiasa tidak melupakanMu!


Allah menguji pasti ada hikmah.

:')

"wahai manusia, jangan bermain dengan kata-kata manismu semata-mata. aku jua punya perasaan."



Wassalam,
Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Sunday 20 October 2013

What happen Aziemah?

Assalamualaikum



rasanya makin hari makin banyak benda menyakitkan hati datang ke arah aku. stress tahap gaban. tapi gua rileks je. watlek watpis. suka hati kau la nak cakap apa, nak buat apa, orang nak judge macam mana sekali pun, i don't care at all!





it's okay la babe!




bukti gua kuat!

maaflah buruk beno ha mukaanya. muka stok pemalas kahkahkah



 
gua tengah cuti sem ni. duduk rumah buat lemak. tapi lemaknya tak menjadi badan. padahal makan tidur makan tidur je. tapi tak gemuk gemuk pun. hmm metabolism tinggi hahahahaha. yeayy happy me! :D




Salam percutian,
Nur Aziemah

Emesjey's.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Friday 18 October 2013

Air mata bukan kelemahan, tetapi kekuatan!

Assalamualaikum



Umie dengan ayah pesan malam tadi ,

"Azie, apa pun yang dia buat dekat kau, kau biarkan je. lantaklah dia nak ugut apa sekali pun. kalau itu dah takdirnya, kau kena terima sepanjang kau hidup dekat dunia ni, kau redha jela."


aku terfikir dalam hati dan teringat balik yang aku selalu pesan dekat kawan-kawan aku kalau diorang ada masalah ,

"sabar. Allah TAK AKAN uji seseorang tu kalau Allah rasa umat dia tu tak mampu nak hadapi."


tak lama, datang si pemberi semangat pulak ,

"Whatever you are facing today, just remember to give yourself some credit for making it worth. I believe you are a lot more stronger then you know."


selang beberapa minit lepas tu, datang segerombolan 'sahabat' yang paling aku sayang ,

A : "jangan sedih sedih MahMah, aku sentiasa ada dengan kau. Sweetpie always with you! jangan biarkan orang tak sepatutnya pijak kita macam tu je."

B : "kau diam jela Azie, lagi kau layan lagi melenting dia. yang penting jangan melenting."

C : "sabar jela gmah, ni dugaan buat kau."

D : "buat je apa yang kau rasa betul Azie, kau dah cukup bersabar aku rasa."

E : "buat tak tahu je Azie, biarkan dia macam tu. kau jangan risau, kitorang semua support kau dari belakang. pedulikan lelaki macam tu, chill!"

F : "gmah jangan sedih dah, aku tahu kau boleh hadapi semua ni! you can do it!!!"


YA ALLAH ! :"(
sumpah aku menangis baca semua mesej orang yang bagi aku semangat ni. time ni la aku kenal yang mana kawan, yang mana lawan. tapi Alhamdulillah syukur sangat sebab semua kawan aku adalah kawan. terharu sesangat sebab dapat kawan sebaik ni. syukur ya Allah kau kurniakan aku kawan sebaik ni! bukan senang seorang sahabat nak mendengar cerita sahabatnya yang sangat tidak ada kaitan dengan dirinya sendiri :')


tak sangka mereka sangat prihatin dekat aku. sangat hargai. love you all.



khas buat Awak yang buat macam ni dekat saya, terima kasih sebab buat saya semakin kuat. kalau awak nak tahu, sejak awak buat macam ni, saya semakin rapat dengan kawan-kawan saya, makin sayang dengan diorang, makin rapat dengan family saya, makin rapat dengan Allah! syukur. terima kasih banyak-banyak awak sebab dah matangkan saya dalam menghadapi hidup yang penuh liku ni.



tak lupa, insan yang selalu mendengar perit sedih semua, Emesjey. thanks babe!

Najid nampaknya tak amik port untuk kesedihan aku malam tadi. busy mungkin. takpalah yang penting kita semua bahagia :)

umie ayah kaklong adik dan abang ipar, terima kasih sebab sudi dengar, sudi tengok dikala aku mengalirkan air mata kelemahan, tetapi atas penguat semangat kalian air mata tu adalah air mata kekuatan!


:")


Salam kekuatan,
Nur Aziemah

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Sunday 13 October 2013

Imma happy girl!



Assalamualaikum.




Awak, awak tahu apa yang dah jadi dekat saya? 

Saya bahagia dengan hidup saya sekarang


Lagi?

Saya punya bahagia tu sampai tidur lena, makan terlebih kenyang, mandi basah je


Kemudian?

Saya boleh kawan dengan semua orang yeayy! Me is happy! :D
Tapi awak kena tahu, berkawan dengan semua orang tak bermaksud saya menggedik dengan lelaki. Rasanya dah cukup besar nak nilai yang mana berkawan dan yang mana menggedik kan? hehe 


Lepas tu? 
 
Hubungan saya dengan family saya bertambah tambah dabel teripel rapat. Saya ada masalah, saya mengadu dekat diorang. ;))


Selain tu?

Hubungan saya dengan kawan-kawan saya pun makin akrab tau! Sebab diorang tempat saya mengadu kalau saya tak sempat nak mengadu dekat family saya.


Lagi?

Handphone saya dah tak bising macam dulu. Dah tak payah susah-susah nak 24 jam perhati. Dah tak payah nak susahkan otak piker kalau bateri low. Eh? :p


Kesimpulan?

Saya tetap bahagia walaupun tanpa kasih saying seorang kekasih yang belum tentu jodoh saya ;)





nah see. this is the latest one of me!
saya punya bahagia tu sampai saya punya pipi makin kembung hihi.


sebab, saya ada EmMesJey. eh?




Babai. love!

 
Luahan ikhlas,

Nur Aziemah Ash’ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Sunday 15 September 2013

Me Today #24

Assalamualaikum


semalam, hari ni dan esok, saya ditinggalkan yana :(




saya memang senyum, tapi saya sedih tau :(



yana jahat.


menci yana.


taknak kawan yana.



:'(



nasib baik ada fatika :)




 *eyka, kita curi gambar awak dekat tuiter*



tengkiyu sudi teman lunch and dinner. teman je. bukan belanja. :(





kalau dulu, aku kena tinggal, orang tu yang teman. tapi sekarang, duduk laaa kau sorang dalam bilik tu azie. redha jela. tinggal berapa hari je lagi nak cuti semester, yeayyyy!



YANA, BALIK CEPAT SIKIT!



Sincerely,

Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Saturday 31 August 2013

Typical Malay



Assalamualaikum



Drama 1 :
“A : Hai, sidai baju ke?”
“B : Eh no la. Sidai gajah ni :D”
*maybe sebab nak beramah mesra. Sebab tu tanya benda yang dah nampak depan mata.*


Drama 2 :
“Weh biar betul dah kahwin? Cepat gila!”
*ini dah jodoh. Cepat ke, lambat ke, kau bermasalah ke?* #typicalMalay


Drama 3 :
“peh semalam aku Nampak blablabla keluar berdua dengan blablabla!”
*kau tahu ke entah-entah kebetulan dia jalan berdua dengan lelaki, jumpa kawan dia tepi jalan. Kau masalah?* #typicalMalay


Drama 4 :
“Driver : guys, nak makan dekat mana?”
“A : tak kisah, ikut kau je.”
“B : aku pun ikut kau je beb.”
“C : follow je tak kisah.”
“Driver : aku pun tak kisah..”
*sampai esok pun tak habis cerita.* #typicalMalay


Drama 5 :
“A : total RM24.20 kan? nah RM25.00. lagi 60sen tu keep the change eh.”
“B : eh nah baki RM1. Aku halalkan 20sen tu.”
“A : eh takpe, amik je duit baki tu.”
“B : eh takpe la weh, aku pun halalkan. Amik jela okay.”
“A : eh takpe la…”
“B : eh its okay la beb amik jee…”
*kalau korang orang ketiga, korang amik jela yang seringgit tu. Baru fair.*


Drama 6 :
Situasi 1 :
Bila member datang/mesej minta tolong.
“macam tu la member, dah susah baru cari. Bila senang lupa aku!”
Situasi 2 :
Bila kawan kau asyik dengan kau je, etc. mesej/call/jumpa.
“haihh budak ni semak betul. Rimas weh. Asyik mesej je. =..=”
#typicalMalay


Drama 7 :
“Berita : beras akan disekat pada hari esok blablabla….”
“cepat beli banyak-banyak bang. Nanti habis tak makan kita mati kelaparan pulak!”
*padahal cukup je nasi tu. * #veryTypicalMalay



Well, Malaysian memang macam ni kot. Apa yang kita buat semua tak kena je. Ada saja masalahnya. Be positive okay.



*sekadar perkongsian. Tiada kaitan dengan sesiapa.*



Ikhlas,
Nur Aziemah Ash’ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Happy?

Assalamualaikum


jenis aku, kalau aku tak suka, janganlah paksa. memang aku akan benci kau. apa?
B E N C I . ye.


once aku cakap tak nak, jangan, tak suka dan yang sewaktu dengan dia tu, better jangan nak paksa. kan dah kena benci. setepek kau kena. rasalah! aku bukan jenis pendendam. tapi kalau dah sekali kau buat aku nak berdendm dengan kau, hm tak tahu la apa jadi. so far tahap kesabaran aku still ada. jangan sampai hilang ye.


jangan ganggu hidup aku. aku nak hidup aman damai. dah jelas aku cakap kita just boleh berkawan, so paham-paham sendiri jela. jangan jadi orang tak paham bahasa. behave ye.




JANGAN SUKA MEMAKSA!




thankyou.


Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Wednesday 28 August 2013

Be Aware!



Assalamualaikum


Rasanya dah berabad tak sentuh benda ni.


Cuma satu nak cakap. Jangan sibuk menilai orang lain kalau tak tahu apa-apa. Tak tunding jari dekat sesiapa, sekadar nak kongsi apa yang baik dan buruk je. Orang yang terkena tu? Pernah fikir tak apa yang mangsa tu terima? 

 Tekanan. Fizikal, mental, rohani, jasmani, etc. 

Bukan senang weh nak hadap semua benda ni. Perlu ada kekuatan yang kental, sokongan. Yes. 



That’s me.



senyum tak bermakna bahagia :)



Tak semua orang paham keadaan aku macam mana. Kebanyakkan orang tahu salahkan. Orang tak kan dapat rasa apa yang kita rasa. Setakat nasihat tu boleh la. Serius aku sangat tertekan dengan semua benda ni. Dgn semester ni yang penuh dugaan, lepastu ditambah pulak benda macam ni jadi. Rasa macam separuh gila sampai terpaksa telan panadol walaupun hakikatnya aku tahu panadol bagi effect yang negative.


Tapi aku sedar, Allah uji dekat aku sebab aku kuat, aku boleh lalu semua benda ni. Cuma aku perlukan masa nak fikir. Apa yang aku harapkan, supaya pihak lain dengar penerangan, bukan menghentam. Serius aku bukan jenis yang suka dipaksa. Sekali aku cakap tak nak, means aku tak nak.


Terlalu banyak benda dalam kepala otak ni yang buat otak aku serabut. So baru hari ni aku nak luahkan semua. For those yang silent reader tu, appreciate sangat sangat. *bajet macam ada pulak kan*


Terima kasih sangat-sangat pada yang prihatin tu. Nampak sangat korang sayang aku kan. Yana, Najid, Eyla, El, Kak Nonoi, Kak Wany. Thanks sbb bagi aku semangat. Sayang korang sangat! Paling penting, keluarga yang banyak bantu.

Tak lupa, kawan baru saya, Syahmi, terima kasih & Happy Birthday. 


to WFN, May Allah bless you.



Salam sayang,

Nur Aziemah Ash’ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Saturday 20 July 2013

Bismillah for starting!

Assalamualaikum



Hai hai. lama tak menaip dekat sini. busy sangat gamaknya. maaflah rasa dah dekat berbulan aku tak login to blogger.com. kahkahkah. semester ni sangat sangat banyak mencuri masa aku untuk bermalas-malasan di katil empukku. #eh. baru hari ni dapat login dekat sini and jari jemari laju menaip. banyak nak cerita sebenarnya. tapi tak tahu kenapa malas sangat nak taip. cerita sedih ada, cerita gembira ada, cerita yang suam-suam kuku pun ada. huhu. nak dipendekkan cerita, a lots of memory untuk semester baru ni.


ni yang nak share. aku tak sure kenapa hati aku sekarang dah tak macam dulu. takde lagi nak jadi macam dulu. orang yang selalu ada dlm hati aku dah makin pudar. no wonder la aku tak semesra dulu dengan dia. *macam gempak kan ayat? awk yg selalu stalk saya tu mesti nak tahu apa jadi kan?* tahu dah. terus terang aku cakap, aku punya perasaan tu dah semakin kurang. tak tahu lah apa yang kurang. *okay nampak dah ada yang cuba buat spekulasi sendiri haaa! tak baik! positif ok!*



takpelah, ni pun blog kisah peribadi, public pulak tu. so redha jela kalau ada orang cuba nak buat spekulasi diorang sendiri kan. tapi serius lah kan, aku sendiri rasa apa yang berubahnya dalam diri sendiri. sangat drastik. sampai nak injection semalam pun, takut punya pasal, sanggup ingat benda yang indah tu and tetiba rasa tak sakit. see? benda tu betul-betul buat aku berubah. siapa taknak diri dihargai kan? wah gituu! takpela, doakan jela kebahagian aku dengan orang tersayang. amin.



kita tengok je kesudahan cerita ni nanti. i can't wait! seriously.



 this is for 'you'.










thanks for being my partner.





Sincerely,

Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)