My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Saturday 15 December 2012

Girls Berjimba


Assalamualaikum


Entry ni dah lama nak post, tapi keadaan tak mengizinkan. Sabtu lepas kot, me, yana, elya dan eliyana hangout together gether sebab nak teman aku beli barang keperluan. *perlu ke?*


Actually first plan nak pergi bertiga je. Me yana and aini roommate lagi sorang, tapi aini ada hal, so cancel, ajak la depa berdua ni. Dorang bab jalan no hal, janji aku yang kena drive. -.-



K next, pergi AEON Manjung yang baru bukak tu, cari semua barang aku. Lepas tu lepak sana sini. Sungguh penat, dari pukul 9 pagi sampai pukul 9 malam baru balik. Woot woot~


So excited sebab berjalan sampai banyak masa terluang kot. Hehe.








sorry eliyana, tak nampak muka langsung, hehe :p

Malas pulak nak upload gambar bebanyak. Tengok yang ni jela ek? :D



Dah penat, baru balik. Betul-betul buang masa. Sudahlah buang masa, buang duit sekali kot. Hahaha. Sekarang dah miskin baru insaf :/


Lepas ni takmo dah keluar tanpa sebab. Melainkan benda tu penting. Hope dapat tahan nafsu nak keluar haha.



K tata. See next entry ;)



Sincerely,
Aziemah Ash’ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

HAPPY BIRTHDAY TO ME !


Assalamualaikum


Lama tak update kan? Hehe. Nak wish dekat diri sendiri je.


HAPPY BIRTHDAY TO ME !




Bhahaha. Kesian. Btw, thanks pada semua yang wish birthday aku 6 disember lepas. Umur? Baru 19 bebeh. Belum 20-an lagi kot. So masih remaja :p


Thanks pada yang bagi hadiah, bagi sursprise, appreciate sangat-sangat. Eyla, fatika, kaknyah, eny, yana, tak lupa, wfn J



Doakan, semoga disihatkan tubuh badan, sentiasa bahgia, dekan lagi, and cepat gemuk. Haha.



Sincerely,
Aziemah Ash’ari



LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Tuesday 4 December 2012

New New New!

Assalamualaikum


hello everybody ! :D



new sem, new rooms, new things, new bed, new feel, but not new love. haha. eh tetiba.






gambo hari first, semalam. tak senonoh gila. kalau future mother-in-law dapat tau ni, habis kena reject XD



hope sangat dugaan semester ni tak seberat semester yang lepas. aminn! wish me luck for this sem okayy!


rindu umie, ayah, adik, kaklong, hilman, sinchan, atok. hm :(


Sincerely,
Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Thursday 29 November 2012

Me Today #13

Assalamualaikum


Disebabkan berapa hari je lagi nak balik UiTM tercinta, so semalam me, athirah, wany and hanany meronggeng together gether untuk beli barang balik sana. ha for uolls information, wany n athirah uitm arau, hanany and me uitm perak, muehehe.




wany :)



athirah, merangkap driver kami hihi. thanks athirah! org bagi duit minyak takmo amik. haha.




nany comel :) dah lama tak keluar dgn dia. 



So semalam memang betul-betul menghabiskan masa dekat Jusco Bukit Tinggi je. dari pukul 12 tengah hari, sampai pukul 4 baru balik. ini shopping, solat and lunch SAHAJA. tak tengok movie or what else pun okay. al-maklumlah, semalam bawak duit cukup-cukup untuk shopping je. tiada masa n peruntukan nak singgah tengok movie bhahaha.


ops, lupa. masa tengah lunch, jumpa sorang awek ni. macam kenal. rupanya Fatin. k. dia tak gerak saing kitorang, dia gerak dengan jiran tersayang. hihi. so meet dekat food court je. then salam, time tu pun dah nak pukul 4, so kitorang balik la tinggalkan dia dengan jiran dia, hihi. sorry atin :p






duit kemain habis beli barang. boros gmah! borossssss! 


now semua barang dah settle. tinggal barang yang gedik-gedik je belum beli. muahaha.



EH KEJAP !




HIHI :)


goodluck athirah, wany, fatin and nany untuk semester baru nanti :) eh korang sekali ea!

k bye!

Sincerely,
Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Tuesday 27 November 2012

Reunion 5 Science 2 2012

Assalamualaikum


ahad lepas, after hampir 2 tahun tak jumpa, finally kami berkumpul buat jamuan sikit untuk pelajar 5 Sains 2, batch 2010. rasa excited gila sebab dapat meet diorang. bayangkan, 2 tahun tak jumpa weh. lepas dapat result SPM, terus menyepi. facebook je penghubung kami semua *ceh ayat gramatis*


kami berkumpul buat jamuan makan sikit dekat rumah Babad. thanks Babad sudi korbankan rumah kau, hehe. selalu orang tak buat makan-makan macam ni. orang selalu meet dekat shopping complex, tengok wayang what so ever kan? tapi disebabkan budget tak mencukupi, and ramai yang macam susah sikit nak keluar jauh-jauh, so kami decide buat jamuan macam ni je. jimat duit, jimat masa, and senang je nak urus.


tapi, tak semua ada sebab ada yang still tak cuti semester lagi. Shafiq, Solihin, Wawa, Ekin, Dayah, Lailatul, Afifah and Farhana tak dapat datang. rindu diorang. takpe, next year kita meet ye semua :)





gambar ni je mampu tayang, haha.
tak berapa clear sangat. hihi sorry



bytheway, nak bagitau, korang punya perangai tak berubah macam dulu. sorry Azman, aku kutuk kau. bhahahha :D masing-masing makin cantik, makin handsome. ganteng gituww. haha

tak lupa, thanks Faiz sebab jemput aku dekat rumah, thanks Acap sebab hantarkan aku balik. hehe. jasamu dikenang, cewahh.



Sincerely,
Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Monday 26 November 2012

Me Today #12

Assalamualaikum



5 hari lagi pulang ke Seri Iskandar "tercinta"





feel nak balik sangatlah tinggi. ok ok ok.




Sincerely,
Aziemah Ash'ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Friday 23 November 2012

Kenali Aku Dahulu Sebelum....

Assalamualaikum.


Sedang aku leka berfacebook, umie terjah aku dari belakang. kebetulan ada benda yang aku nak bagitahu umie, so aku teruskan je.


...................................................

"Umie, nanti azie ada makan-makan tau reunion kawan-kawan lama."

"Umie nak tanya kau, kau tau tak hukum lelaki perempuan kalau dah bercampur jadi apa? haram azie. ingat dosa. kau dah besar, masing-masing dah besar. memang niat kau nak jumpa kawan-kawan lama. tapi kalau dah bercampur lelaki perempuan bukan muhrim tu dah jadi apa?"


aku terdiam.................


makin lama aku fikirkan, makin diam. kebetulan umie nampak aku online facebook dan twitter. sambil balas chatting kawan perempuan aku, umie 'nasihat' lagi.

"Azie, tengok sekarang ni, kau online. sedar tak yang malaikat catat semua yang kau buat? benda ni membuang masa kan? tahu tak?"


aku diam lagi dan lagi.....................


now, aku rasa aku tak boleh diam lagi. kena ambil tindakan sewajarnya. kalau boleh nak kurangkan bergaul dengan lelaki. yes, kurangkan.

but why? after aku baca satu blog ni, aku dapat satu inspirasi baru. baru aku tersedar dari dunia yang fana ni. kebahagiaan dekat dunia ni sementara. sebenarnya, apa yang umie nasihat aku selama ni, apa yang umie marah aku sebelum ni semua betul.

ye, dulu masa sekolah memang aku dikongkong sehabis yang boleh.


nak keluar? - jangan haraplah. kecuali aku merayap lepas balik tuisyen. *nampak tak ke-jahil-an aku masa zaman dolu dolu?*

nak couple? - jangan mimpi. tapi aku couple sesenyap jugak. *yes, aku degil dulu.*

bergaul bebas? - jangan gediklah. lelaki datang rumah pun umie aku tak bagi. tapi dekat sekolah aku kawan je dengan diorang. *ye, itulah aku.*


so jelaslah bahawa dulu walaupun umie aku halang aku buat semua benda-benda ni, tapi umie aku buat sebab tak nak aku terlalu bebas bergaul lelaki perempuan tanpa batasan. even sekarang. walaupun umur dah nak cecah 20 tahun untuk tahun depan (padahal 6 dec ni baru masuk 19), aku tetap dikawal sepenuhnya oleh umie. umie cakap, selagi aku takde suami, selagi tu dia akan kawal aku. k. tapi aku tak kisah semua tu, sebab kakak aku pernah pesan dekat aku.


"azie, ingat ni. kalau umie tak didik kita macam sekarang ni, kaklong rasa kita semua dah hanyut."


yes, you're right sis! so, pada kawan-kawan lelaki yang terasa dengan perangai aku yang tak boleh keluar malam, yang tak boleh lepak dengan korang, yang tak boleh keluar dengan korang etc. lah kan, aku minta maaf. aku bukanlah jenis yang senang nak keluar. maybe aku jenis yang peramah, tegur orang sana sini. tapi ini tak bermaksud aku senang nak facetoface dengan korang. sekadar mesej, chatting, tweet tu boleh la aku balas.

lagi satu, mesti semua tanya. "how about your boyfie? tak kan tak keluar date kot."

heh. senyum sinis je ok dengan soalan yang macam ni. in case dengan kawan-kawan lelaki pun aku susah nak dapat pass keluar, inikan pulak dengan boyfie weh! dengan perempuan yes, umie aku izinkan keluar itu pun lepas bertubi-tubi soalan keluar dari mulut umie aku. sekali lagi aku nak tekankan, umie aku tak sama macam umie orang lain yang senang je bagi anak dia keluar ok.

tapi tulaa, sebagai seorang manusia, kadang-kadang kita boleh jadi jahat mengalahkan penjahat. kadang-kadang kita boleh jadi baik mengalahkan malaikat. kan? itu lah yang dimaksudkan iman kita sebenarnya turun naik. so kadang-kadang aku date jugak dengan boyfie aku. ada jugak aku meet kawan-kawan lelaki aku. itu pun kalau umie tak tanya keluar dengan siapa or what. tapi semua ni hanya beberapa kali je. aku berterima kasih sangatlah dekat boyfie aku sebab dia jenis yang paham aku. memang aku janji nak keluar, tapi kalau dah umie aku larang? of course sebagai manusia yang masih waras pemikiran, aku akan dengar cakap umie aku. itu lagi wajib bukan?




yes, i'm UiTM'ians


walaupun aku tidak bertudung labuh, bertudung pun angkat sana sini, tidak berjubah selalu, namun sebagai wanita aku sedang ke arah itu. mudah-mudahan kalian turut mendoakan aku, aminn.


so, kenalilah aku dulu sebelum korang ajak aku benda yang aku mentionkan dekat atas tu, thanks.


aku sayang kawan-kawan aku!



Sincerely,
Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Cik Pinky ?

Assalamualaikum


taraaaaaaaa! cik pinky kita kembali. before this aku guna fon ni. tapi asyik rosak je slide dia. tak pun keypad. ni la padah orang guna fon slide. aku syor kan dekat korang, if beli fon, jangan beli yang slide punya ok. haha. so now aku guna fon Sony Xperia Neo V.







guna lagi ke? - tak pun

habis tu apa function? - simpan le. kot kot fon sentuh-sentuh tu rosak kan, haha

kau sayang lagi ke dekat fon ni? - sayang la ngek, kalau tak, aku tak simpan.

still boleh guna ke fon ni? - boleh je lagi. tapi problem dekat keypad 'cancel' je. haha



#eh? tanya sendiri, jawap sendiri ek? pon boleh la kan. muahahaha :DD


STILL SONY ERICSSON KAN? SONY ERICSSON DIHATIKU :)


k bai
tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Monday 19 November 2012

Sweet Monday

Assalamualaikum



Walaupun kita terpisah dengan ruang atau waktu sekali pun, jika kita ditakdirkan bersama, kita akan tetap bersama. Selamanya. Percayalah pada takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu perkara itu.

Mungkin hari ini kita bersama, esok lusa? Tiada siapa yang tahu.
Mungkin juga hari ini kita terpisah, namun esok lusa? Kita bersama selamanya.

Anggap saja kita dipisahkan oleh Allah buat sementara waktu kerana Dia ingin menguji kita untuk mendapatkan yang terbaik buat diri ini.
Ingatlah wahai diri, jangan mudah mengikutkan hati dan perasaan.
Kerana sesungguhnya hati dan perasaan adalah perkara yang amat susah untuk dikawal.
Hati dan perasaan tidak mudah untuk ditipu.
Jagalah ia agar menjadi milik insan yang terpilih dan terbaik.

Ingatlah, wahai pemilik hatiku, sesungguhnya aku sentiasa menunggumu kehadiranmu.
Semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat diriku.
Sesungguhnya Allah mengurniakan pasangan untuk melengkapi kehidupan setiap insan,
In Shaa Allah.






SEMOGA ALLAH MERAHMATI HIDUP KITA SEMUA :')




iloveyou WFN.
missyousomuch k.




k bai
tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Saturday 17 November 2012

Happy Birthday Kakak!

Assalamualaikum






hari ni birthday akak syu :')

yeayy jadi orang first! :D




ni la akak syu tuu, hehe. comel! :D



SAYANG AKAK ! :')



k bai
tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum



SALAM MAAL HIJRAH

atau dalam erti kata lain,

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM :)


Semoga kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik, lebih menjadi umat-Nya yang lebih bersyukur dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah, amin :')









k bai
tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Sunday 11 November 2012

Sweet Saturday

Assalamualaikum

SEMALAM...



Tahniah untuk kakak sepet, SELAMAT PENGANTIN BARU :)




ni lee sepet, hehehe




farhana, farhana , aziemah



semeja dengan mereka :') kawan lama, memasing dah cun! hihi



p/s : saya lambat lagi, hikhik ^^


k bai
tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Friday 9 November 2012

Alhamdulillah Again

Assalamualaikum


Alhamdulillah, usaha yang sedikit, yang banyak main game bila lecturer mengajar dekat depan, yang banyak tidur dalam kelas, yang suka gelak tak hingat dunia, akhirnya berhasil jugak sebab masih diberi peluang oleh Allah untuk dapat keputusan yang baik. Allah sayangkan aku lagi :') padahal semester 2 ni aku banyak main. BANYAK SANGAT. main game, malas study, ahh macam-macam. now, bila pointer dah turun baru tahu erti penyesalan. tak guna dah Aziemah. takpe la, kena redha. yang penting tittle DL digenggaman lagi.


TAHNIAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH buat buah hati tersayang, Wan Fazli Nazrin.






*SILA KLIK UNTUK TUMBESARAN


Nampak tak perbezaan disitu? hewhew.Tahniah awak, awak dapat fight saya semester ni. semester depan kita fight lagi ye? hehe. tahniah jugak untuk kita berdua nanti sama-sama naik pentas ambil Anugerah Dekan :) awak betul-betul membakar semangat saya untuk terus dekan lagi semester-semester depan! pointer awak tinggi dari saya buat saya rasa tercabar. huhu.


pada kawan-kawan yang tak dapat dekan, jangan putus asa ye. bukan rezeki untuk semester ni. yang penting, apa yang kita dapat, Allah dah plan yang terbaik untuk kita :')



semoga Allah merahmati kita semua, aminn.



k bai
tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Tuesday 6 November 2012

Spontaneous Tuesday

Assalamualaikum



Hilman Nandos
belasah aku nombor satu. tak dapat bukak youtube, habis handphone jadi sasaran.





Diniy Sinchan
memang diam je bila tidur, bila bangun, habisss bising sebab dibuli oleh Hilman Nandos




hari ni jaga mereka mereka =='

STRESS!


MOHON CEPATLAH BESAR WAHAI KALIAN.




k bai,
tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Monday 5 November 2012

InsyaAllah One Day!

Assalamualaikum






MINI COOPER !

INSYAALLAH, aku akan dapatkan kereta ni satu hari nanti ! nak jugak ! nak jugak !

dapat ni sebuah, rumah sebuah, baru boleh kahwin. umie cakap, tu syarat aku before nak kahwin. see the play?

kena kumpul duit dari sekarang sebab aku bukan orang kaya. yang penting, kena belajar rajin-rajin, usaha lebih dari biasa, tahan nafsu yang membuak-buak nak makan tapi tak jadi badan tuu. better simpan, nanti boleh beli kereta. kann? hihi. 

insyaallah, i will get it!


pray for me also :)


k bai,
tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Sunday 4 November 2012

Me Today #11

Assalamualaikum



kenduri kahwin kakak azley :)




sorry eyka, curi dekat facebook :P



k bai
tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Thursday 1 November 2012

Saya Setelah Sekian Lama Menghilang

Assalamualaikum


hai uolls :)

eh tajuk post kemain lagi macam retis yang dah lama tak perform and tak buat album baru kan? poyoo. haha. ekceli dah lama gila tak menghapdet blog ni. rasanya dah nampak sawang-sawang dekat blog ni. k tipu. haha. yela, umie takmo bayarkan broadband kannnn. saja je. pagi tadi bodek-bodek finally dapat, alhamdulillah :)


pagi tadi terpaksalah merempit sat, pergi bank dgn pejabat pos untuk bayarkan semua bil and insurans umie ayah. aku ambik alih tugas umie, #eh? sebab aku yang merelakan diri. hehe. and guess what, aku dah lama tak bawak motor tu jalan jauh. tetiba lepas balik dari pejabat pos, and nak pergi bank, motor tu punya starter problem. huh. jenuh jugaklah aku dok pikir. pusing kiri kanan takde orang. siapa tak gelabah? dengan bekalan ilmu agama yang umie ajarkan, aku bacalah doa-doa, mohon dekat Allah. alhamdulillah boleh start. hee. stuker kot. kemain payah nak start manual guna kaki. lepas pergi bank, akhirnya selamat sampai rumah, alhamdulillah :)


untuk pengetahuan uolls, iolls tengah cuti semester, 5 minggu je lebih kurang. #eh? (jadah pulak nak gedik guna uolls iolls ni kan *tampar mahu?*) awal bulan 12 masuk balik. why la kejap sangat ek? kalau lama boleh la kerja. setakat sebulan, jiwa raga aku tak ready nak kerja. al-maklumlah study ni buat pemikiran aku betul-betul tertekan. bayangkannnn, awal sem 40kg, akhir sem 35kg. can you imagine? mana perginya 5kg lagi? pergi ganti dengan ilmu kot. heheh.


sepanjang sebulan duduk rumah ni la masa aku untuk men-topup-kan semula lemak-lemak yang hilang tu. hewhew. tapi duduk rumah sebenarnya boring jugak sebab aku jenis yang tak boleh duduk diam. kalau dah duduk rumah, online, buat kerja rumah, makan, tidur jelah jawapnya. tu memang fakta. dah tak tau nak buat apa kann.

so harap sangat cuti sem kali ni aku dapat rehat yang mencukupi, hehe. emm rasanya dah penat membebel.

Selamat Merehatkan diri ye kawankawan =)



mohon berat meningkat semula ye cik Aziemah :)


p/s : rindu kawankawan uitm, rindu wfn :(


k bai,
tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Thursday 27 September 2012

Me Today #10

Assalamualaikum


saya sangat kecewa dgn carry marks saya semester ini!


saya mesti usaha lebih untuk final!


go go go Aziemah!



GOODLUCK UNTUK FINAL!



k bai
tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Monday 24 September 2012

Study week yang ohsem?

Assalamualaikum


hai hai everyone!


minggu ni merupakan "study week" untuk pelajar diploma UiTM. so mana yg rasa dia nak balik tu, boleh la jejakkan kaki anda keluar dari UiTM ni yee. but, for me, lupakan saja niat dihati nak balik ni. huhu. sebab umie dah cakap, tak payah balik. grrr. k k k. k umie, fine. umie cakap duduk je sana, lgpun dah nak habis sem kan? alang-alang dah tuu. k k k.


nasib baiklah ada orang yang tak balik jugak. jiran-jiran bilik depan, kanan, hujung. kawan aku pun tak balik jugak. nasib baik! so tidur bilik dia kejap semalam. and what's make me so happy and not too sad is, my dear pun tak balik. yeayy! :D


nasib baik lagi sekali sebab dia ada untuk jaga aku. aku kan tak reti urus diri. HAHA. k tipu. so hari-hari lah dapat jumpa WFN :) i'm soooo happy! :))) hari-hari makan sama yeayy! kalau time kelas dulu, memang tak akan dapat lah jumpa macam ni kecuali ada something nak bagi. biasa lah, budak om couple dgn budak building. memang macam ni lah. so sebab tu aku tak berapa nak kesah sangat kalau tak dating. and tak heranlah kalau aku cakap, aku ni baru 2 3 kali keluar dating. hewhew. elak maksiat beb :D


k sambung. so semalam je, dapat makan kfc! WFN belanja. kau hadoo? haha. k k k. so sweet. hari hari keluar nampaknya. haraplah esok tak keluar lagi ye encik WFN. hihi.







menghitung hari untuk ke 29/9 ni. tak sangka ye, tak sangka. hihi


k lah nak study untuk final! i want to be a dean list again!! aminn.



k bye,
tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Thursday 20 September 2012

Me Today #9

Assalamualaikum


hai hai :)








ala, yanie takde :(




pehh muka bangga seyhh sbb jadi org nombor 2 hafal n siap tafsiran yasin! yuhuuuuu!




k bye!
tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Wednesday 19 September 2012

Me Today #8

Assalamualaikum


hai everyone!









eliyana, eyla, aziemah :)
gambar terlebih lighting. oberr kau jemah! nak bawah cahaya jee. huhu.



nampak tak pakai baju kesatria negara tu? hewhew.  suka hati je pergi kelas pakai jeans, baju kesat, tudung maroon. haha. lantak lah kannn.

test kesatria negara II keluar pasal sejarah. apakah? lol.



k bye!
tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Friday 14 September 2012

Lepas satu beban lagi!

Assalamualaikum



hai :)

lega satu beban dekat kepala otak sebab dah selesai satu assginment, mesyuarat untuk subjek BBM110. pehh sakit otak nak buat benda ni wehhh. bukan senang okay!






before mula :)




yanie - BIRO PERHUBUNGAN & PENDAFTARAN
eyla - BENDAHARI
el - BIRO KESELAMATAN & PROTOKOL
me - BIRO CENDERAHATI & MAKANAN



me, eyla n aida :)



takde keje lain bergambar tanpa henti kan?



three of us :') lovethem!



gambar pengerusi n lain lain takdakk :( 
terima kasih pada kwn2 satu group. we all the best!


k bai
tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Monday 10 September 2012

Me Today #7

Assalamualaikum


hai hai :)

hello monday !


me with my besties <3




mood tak berapa nak okay sangat hari ni. nasib baiklah pakai kale biru kann. kalau merah, habis nak marah je. haha




k bai
tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Saturday 8 September 2012

Me Today #6

Assalamualaikum



"HIDUP JANGAN TERLALU BAIK DENGAN ORANG YANG DISANGKA 'blur'.  MEREKA SEBENARNYA DALAM DIAM ADALAH HARIMAU YANG MENUNGGU MASA UNTUK MEMAKAN KITA."


it's veryvery dangerous guys. please. remember that!








k bai
tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Thursday 6 September 2012

Meronggeng with Kak Mah's Geng II

Assalamualaikum


hai hai hai :)

Selasa lepas , me and my geng (bajet macam ada geng sendiri) pergi buat satu assignment untuk menerjah company orang. hewhew. takde la terjah mana. macam entri yg INI . pergi company yang sama, tapi just orang yg pergi tu berbeza sikit. al maklumlah, semester baru, kawan baru la kann. haha. okay, yang pergi aku, eliyana, kak wany, eyla and yanie. and for your information, kami berlima merupakan kawan rapat :) that's why lah kami satu group. hewhew.


so, gerak dari UiTM dalam pukul 9 pagi, then singgah sana sini, sarapan sana sini, akhirnya dengan berkat usaha aku drive, sampai jugak Teluk Intan. hihi. alhamdulillah :) lepas dah dapat semua dokumen dari company tu semua, pergi laa lunch. okay, macam biasa McD. hihi. apa lagi kann. sementara tu, kami biarkan eyla "date" sat dengan abang sayang dia, and kami berempat balik rumah opah kak wany untuk solat n rehat :) hihi


then, dalam sejam lepas tu, teruskan perjalanan ke Menara Condong. eliyana n yanie teringin nak tengok sangat. bawakkan laaa, tapi kak wany yang drive. okay time kak wany ni drive la aku rasa berkat aku baca doa, Allah selamatkan dari excident. ya ALLAH! Tuhan saja yang tahu perasaan aku. then, gerak pergi Lumut. oh ye, eyla dengan abang sayang dia :)


then sampai lumut, kami gerak ke Teluk Batik . sampai sana, ada lagi masalah jadi dekat aku pulak. how hancurnya perasaan aku bila kau tengah happy-2, tetiba je kasut KESAYANGAN kau terkopak. how's your feeling? it's hurt right? yeahhh. that's me. hmm. sabar lagi. so belilah sandel yang ada jual dekat situ. nasib baik ada! kalau takde? kaki ayam lah jawapnya.


then, hari semakin petang, so gerak pergi Lumut. ni part yang agak seronok. shopping makanan sikit, then rasa nak beli tiket untuk pergi Pulau Pangkor. rasa taknak balik hostel. haha. lepas membuang masa kat situ, kami gerak ke Manjung, singgah solat dekat Tesco. then, makan :) memang banyak makan. heee. lepas tu, baru tergerak hati nak balik lepas tengok jam nak dekat pukul 9 MALAM. dari 9 pagi merayap. hohoho.


Alhamdulillah, dalam pukul 10 lebih, sampai UiTM. syukur sangat walau banyak rintangan yang terpaksa aku tempuh sepanjang hari ni.


jom tengok sini :)




budak gedik dah start posing kann




kak mah geng :)

eyla - kak wany - eliyana - saya :) - yanie



posing sat dekat company tuuu :)



minah arabic yg sesat :D



ada org buli saya! tidakkkkkkkk!



how sweet we are? hewhew



nak jugak ek korang posing depan kereta ni?



nampak tak siapa kat belakang sana tuu? hewhew :P



totally awesome today!

nak masukkan semua gambar, rasanya tak cukup masa. dalam 300 ++ gambar kami sahaja. so masuk yang mana mampu jelaa.


i'm so happy today, but i miss my wfn .
thanks for today my friends, iloveyouall :)


k bai
tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Saturday 1 September 2012

Me Today #5

Assalamualaikum


hai hai :)

hari ni bosan. actually plan dah lama tapi baru hari ni tergerak nak keluar kann. so pepagi lagi dah bersiap-siap sebab ada orang tu nak belanja makan kfc. yuhuuuu! bahgianya rasa...




me in red today, woww!



ni la orang yg belanja tuu. hewhew. mekasih awak :)



Nazrin, terima kasih untuk hari ni okay. ily.


p/s : si dia maluuu nak tangkap gambar , hewhew.



k bai
tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Friday 31 August 2012

Merayap LAGI

Assalamualaikum


this is for today. bosan and terasa nak beli barang sikit. so bangun dari katil, terus pergi Banda U. tesco je pun. jalan jalan, penat, makannnn. hewhew. malam sikit, dlm pukul 9 lebih, balik. 

BOSAN KAN DUDUK BILIK, TESCO PUN BOLEH. haha





makanan aku, bihun tomyam with laici ice poreber :)




ajak si dia :)



k bai
tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)