My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Saturday 20 April 2013

Me Today #23

Assalamualaikum


ya Allah............. kenapa? mengapa? apakah yang jadi sebenarnya ni? aku terlalu ikut perasaan atau ada something yang lalu dekat benak hati aku tu? adakah Allah dah makbulkan doa yang aku mohon setiap kali lepas habis solat? give me the reason please..................................


kenapa aku takde rasa macam dulu? hati aku rasa kosong je. macam Najwa Latif nyanyi tu la, "kosong, kosong, kosong" eh. aku taknak explain banyak-banyak sebab benda ni terlalu privacy. maklumlah ramai yang ambik peluang buat cerita pelik kejap lagi. dah boleh buat semua orang huru-hara.


takpe la, kita tengok je apa kesudahan cerita hidup aku sebenarnya ni. yang kosong biar kosong. maybe suatu hari nanti, akan aku update jugak pasal ni. sekarang hanya mampu bermohon pada Allah supaya apa yang aku doa tu jadi kenyataan dan terus makbul, amin!


kalau betullah apa yang aku rasa sekarang, semoga aku terus tabah.


kehadiran orang baru memang tak dijangka. anytime je dia muncul. and depends pada hati. moga ini adalah petunjuk ilahi buat aku.



Sincerely,
Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Friday 19 April 2013

Me Today #22

Assalamualaikum



hari ni me tak kerja. so sebagai mengisi masa terluang tu plan la together dengan my friends kan pergi joging pagi tadi. bytheway, lama tak jumpa diorang. rindu angattttt! hee :D


disebabkan me yang plan, so me kena drive la. goda-goda ayah, lastly dapat jugak keizinan. jyeahh! gerak pagi tu pukul 7. yela janji pukul 7 kot. but amik fatin, wany dengan kakngah (athirah) and tempuh jalan jem dekat klang tuuu, sampai tempat joging pukul 7.50 am. how sweet? kitorang just joging dekat Taman Rakyat je. dekat andalas. dekat dengan rumah Mr. WFN. eh? tapi bukan pergi dengan dia okayy :D


then sampai terus joging. tapi dapat dalam setengah jam je. itu pun dah cukup buat me penatttttttttttt. me kedingss kot. baru 2 round dah macam orang nazak. hahaha





kakngah baju belang. nampak tak yang kale pink depan tu? wahh fatin tuu! semangat! :D



then around 8.30, ontheway balik rumah tuu. tapi plan nak pergi isi lemak tau. sebab teringin nak makan roti canai. mengidam kot! dah lama tak makan. okay time ni agak sweet sebab boleh pulak masa berhenti dekat traffic light tuu, kereta mati. kau bayangkan. then brake jam. tak boleh nak brake! ya Allah, mengucap panjang2 dalam kereta. cepat-cepat tarik handbrake! pehhhhh nak gugur jantung. then kereta mati. baca bismillah, then hidup. teruskan perjalanan. still same. mati setiap kali traffic light. dengan kereta tu keluar bunyik hape tah. aduhaiiii sweet sangat!


masuk je kawasan taman rumah, kereta terus mati. nampak tak Allah sayang? Dia bagi kereta tu mati dekat area rumah je. nak belok kemain susah sebab stereng keras gila! berhenti tepi sebab enjin tak hidup then tengok kereta dah berasap dan bau hangit. you know what happen? wany terus jerit,


"weh dah berasap! keluar cepat! cepat cepat!"


ha macam tu la lebih kurang dialog dia. aku tak perasan sangat sebab tengah fikir kenapa kereta tu jadi macam tu. hahahaha. orang lain watlek je keluar. wany yang gelabah lebih hahahahaha. then me terus ambik fon, call my dad. nasib sangat baik ayah still ada dekat rumah. ayah cakap dia cuti hari ni sebab petang nak ambik umie. then ayah datang naik motor. ayah cakap hantar dulu kawan2 tu. jangan risau takde apa. yela, lelaki kan? dorang mana ada gelabah macam perempuan. bhahahaha


then sampai depan rumah fatin, mati lagi. aduhaiii. mak fatin gelakkan. bhahaha. then bismillah again, sampailah depan rumah aku. nasib baik rumah wany dengan kakngah area rumah aku jugak. lorong sebelah je. so dorang jalan kaki sebab aku tak sanggup nak bawak kereta tu. sampai rumah, ayah yang follow tadi terus bawak kereta pergi bengkel.


wahhh. panjang karangan? :D paling seram bila umie call ayah. ohmyAllah. umie tahu me drive. then ayah pergi cerita pulak pasal kereta tu rosak. pehhh. then macam biasa umie agak marah. tapi ayah back up. ayah mestilah back up sebab anak kesayangan dia kan muehehehe :p then umie diam. ayah cakap umie bising jugak. fuhh hari ni dah la umie balik. mesti kena soal selidik malam kang. aiyokkkkkkk!


but me cakap dekat ayah,



"ayah, kira okay lah rosak. daripada excident kan?"



puihhh! okay lah sangat. mujurlah me tak gelabah macam wany :p



p/s : makesure bila pergi mana-mana, kredit hanphone sentiasa ada ye :D yang paling penting, setiap kali nak mulakan perjalanan, baca doa! itu paling penting! Allah mesti akan tolong kita! :D


i don't know, dapat tak agak2 nak bawak kereta lagi lepas ni. maybe ayah okay la bagi. but umie? entohlee.


k ready nak pickup umie dekat asrama dia kejap lagi. umie cuti sabtu ahad je. -.-



Sincerely,
Aziemah Ash'ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Tuesday 9 April 2013

End of Part 3

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur sebab berjaya tamatkan zaman part 3. makin lama makin banyak belajar benda baru. segalanyaaa! walaupun hakikatnya perit, tapi kena lalu jugak jalan tu. nak berjaya kan?

now tutup semua cerita sedih and dekat sini nak bagitahu yang me already at homeeee!

yepiiiiii!

but tak boleh nak happy sangat sebab tengah menghitung hari nak start kerja Isnin depan. kerja tepat biasa la. and tempat yg ajar aku macam2 benda. tak lupa, aku praktikkan masa study tauu. rindu dgn kerja lama. nampaknya aku punya life kembali macam dulu la lepasni..... be cool. bangun pergi kerja pepagi buta, balik malam. wow. memang penat. tp demi nak sara hidup aku yang bakal terumbang ambing sem depan, better buat persediaan kan? why not kita try benda mcm ni kan? tolak malu, penat, malas tu semua ke tepi. belajar hidup susah aziemah!

tak sabar nak pakai balik baju shell yang dah setahun nak sentuh, kasut hitam yang dah berhabuk and sooo on. oh lupa. motor yg dah lama tak dibawak. hoho. so sweet bila ingat time susah dulu. semua tu ajar aku jadi matang. walaupun aku tak matang lagi. hahahaha

kali ni mmg kena kerja and kalau boleh kerja pagi balik malam sbb dekat rumah takde siapa pun. so duduklah dekat shell tu seharian haha. yg penting, apa pun yg kita buat mesti ikhlas and niat baik. tak kesahlah apa pun yang org cakap.

life must go on!

pray the best for me. insyaallah

Sincerely Aziemah Ash'ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Tuesday 2 April 2013

Kenapa mesti duit?

Assalamualaikum



Ya Allah, menangis pun macam takde effect. rasanya dah selalu sangat menangis pasal benda ni. kenapa aku jadi macam ni? kenapa................................................................................ baru Isnin lepas jadi. and aku menangis lagi......


frust jugak. and rasa macam Allah tak adil kadang-kadang. hmm. kenapa aku tengok orang lain takde pun masalah pasal ni. takde la takut nak mesej umie ayah mintak duit. tapi aku? nak tak nak, kena jugak mintak. sebab takde pilihan. tapi umie ayah aku bukan orang senang. dorang pun perlukan duit. memang aku ambik ptptn. tapi tak cukup. kau bayangkanlah, kalau dari A sampai Z cuma bergantung dengan duit ptptn. mau tak cukup kan?


dari penjagaan diri, sampai la tiket bas balik rumah. and tak lupa, tiap kali awal semester umie ayah nak hantar pun kena guna duit tu. kalau tak guna banyak takpe. ni beratus. aku tak tahu kenapa ujian aku untuk ni terlalu banyak. bukan nak mengungkit or mohon simpati. aku cuma nak 'manusia-manusia' luar sana tu tahu and paham je. dorang takde la kaya pun tapi kalau dorang mintak dekat parents dorang, tak pernah parents dorang tak bagi.


me? alaun makan dah la tak dapat. dengan nak bayar macam-macam lagi. ya Allah, sedih kot. tiap kali nak withdraw duit dekat mesin ATM, mesti hanya mampu keluarkan duit RM10. tu pun kalau ada. kalau tak boleh keluarkan duit RM10, berjalan longlailah aku dengan hati yang sangat kecewa.



bukan sekali aku tak cukup duit macam ni. tapi banyak kali and dah banyak kali keluar bank dengan tangan kosong and just dapat kertas dari mesin ATM je yang tulis, "maaf, transaksi anda gagal." sebab duit cuma tinggal RM5.99. takpee, aku redha. tunggu dalam masa beberapa jam. walaupun hakikatnya masa ontheway nak balik tu aku menangis. tapi cover lah kan. tak kan nak meraung tunjuk dekat orang pulak. and tak lupa, niat yang masa mula-mula nak beli nasi untuk makan lepas withdraw duit tadi tu terpaksa dibatalkan and pujuk hati,


"sabar ye azie, takde rezeki lagi tu. Allah tak kan biarkan umatNya mati kebuluran."


and serta merta mesej ayah, mesej dengan ayah paling best sebab dia tak pernah nak marah anak kesayangan dia ni. sebab dia paham.


"ayah, azie takde duit. masukkan la RM20 ke pun jadi la ea."


serta merta ayah akan balas.


"insyaallah, tapi ayah pun tengah kering ni. nanti kalau masuk ayah mesej azie."


tu pun dah cukup buat aku lega. even pada hakikatnya duit tu cuma boleh bertahan paling kurang 4 hari je. itu pun kalau aku makan sehari sekali. memang dialog ni la yang akan keluar bila aku mesej ayah mintak duit. mintak umie, takut. sebab umie mesti marah................................... umie garang. sangat. pernah satu saat tu, umie call aku. time tu dalam kelas Mandarin. aku keluar and umie call marah-marah. apa nak buat, aku cuma mampu dengar dan diam sambil menangis..


umie mungkin tak paham. aku bukan buang duit. cuma keadaan yang buat aku terpaksa buang duit. bukan buang duit campak tepi jalan. tapi aku gunakan untuk bayar print assignment, fotostet itu ini, bayar itu ini. duit kelas pun still tergantung. aku mintak extend duit kelas tu bayar semester depan... so ayah je tempat aku mintak duit. aku tau, ayah pun takde duit macam aku. tapi kalau aku tak mintak, macam mana aku nak teruskan hidup? masalah aku tu je dekat sini.


memang orang cakap senang. sebab diorang tak rasa. cuba korang pulak rasa. baru korang tahu betapa seksanya hidup. time tengah takde duit tu macam-macam benda melayang-melayang dalam otak,


"nak jual jela laptop ni, handphone ni, segala harta ni. takde la aku menyusahkan semua orang."


tapi aku tahu, semua benda ni sia-sia. so moral of the story, cuti semester ni kerja. even lesen dah meninggal, roadtax motor dah meninggal jugak, aku tekad! aku nak gunakan duit ni untuk semester hadapan.



"ya Allah, kau tenangkanlah hati aku. kau luaskanlah pintu rezeki untukku. kau berilah kekuatan untuk aku teruskan hidup ni ya Allah. kau kabulkanlah permintaan aku. Amin"


maaf, aku update semua ni bukan untuk memohon simpati atau menunjuk, tapi aku cuma nak share cerita dekat kalian and nak kalian tahu dan cuba belajar untuk menghargai orang yang dalam kesusahan. bukan menambahkan masalah mereka dengan cakap benda yang buat mereka-mereka ini menangis dek kerana nasib mereka yang tak seindah kalian.



Sincerely,
Aziemah Ash'ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Monday 1 April 2013

Me Today #21

Assalamualaikum



hai :)


selamat datang April ! :D



tak tau nak taip apa. yang pasti memang dah bosan menghadap buku je. lantak la. hari ni memang aku tak reti nak study. tak sedar diri rabu ni ada exam ctu. ala, rabu kot kan? hari ni baru hari isnin. bhahahaha


kalau otak cepat pick up takpe la aziemah. kau ni dah la short-term, memang payah laa cerita dia. lol.


so sepanjang hari ni, layan laptop sampai lebam sebab jiran suruh guna broadband dia. bhahhaaha. i like it bebeh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :D



SAYANG JIRAN MANYAKMANYAK!




k bye,



Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)