My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Tuesday, 2 April 2013

Kenapa mesti duit?

Assalamualaikum



Ya Allah, menangis pun macam takde effect. rasanya dah selalu sangat menangis pasal benda ni. kenapa aku jadi macam ni? kenapa................................................................................ baru Isnin lepas jadi. and aku menangis lagi......


frust jugak. and rasa macam Allah tak adil kadang-kadang. hmm. kenapa aku tengok orang lain takde pun masalah pasal ni. takde la takut nak mesej umie ayah mintak duit. tapi aku? nak tak nak, kena jugak mintak. sebab takde pilihan. tapi umie ayah aku bukan orang senang. dorang pun perlukan duit. memang aku ambik ptptn. tapi tak cukup. kau bayangkanlah, kalau dari A sampai Z cuma bergantung dengan duit ptptn. mau tak cukup kan?


dari penjagaan diri, sampai la tiket bas balik rumah. and tak lupa, tiap kali awal semester umie ayah nak hantar pun kena guna duit tu. kalau tak guna banyak takpe. ni beratus. aku tak tahu kenapa ujian aku untuk ni terlalu banyak. bukan nak mengungkit or mohon simpati. aku cuma nak 'manusia-manusia' luar sana tu tahu and paham je. dorang takde la kaya pun tapi kalau dorang mintak dekat parents dorang, tak pernah parents dorang tak bagi.


me? alaun makan dah la tak dapat. dengan nak bayar macam-macam lagi. ya Allah, sedih kot. tiap kali nak withdraw duit dekat mesin ATM, mesti hanya mampu keluarkan duit RM10. tu pun kalau ada. kalau tak boleh keluarkan duit RM10, berjalan longlailah aku dengan hati yang sangat kecewa.



bukan sekali aku tak cukup duit macam ni. tapi banyak kali and dah banyak kali keluar bank dengan tangan kosong and just dapat kertas dari mesin ATM je yang tulis, "maaf, transaksi anda gagal." sebab duit cuma tinggal RM5.99. takpee, aku redha. tunggu dalam masa beberapa jam. walaupun hakikatnya masa ontheway nak balik tu aku menangis. tapi cover lah kan. tak kan nak meraung tunjuk dekat orang pulak. and tak lupa, niat yang masa mula-mula nak beli nasi untuk makan lepas withdraw duit tadi tu terpaksa dibatalkan and pujuk hati,


"sabar ye azie, takde rezeki lagi tu. Allah tak kan biarkan umatNya mati kebuluran."


and serta merta mesej ayah, mesej dengan ayah paling best sebab dia tak pernah nak marah anak kesayangan dia ni. sebab dia paham.


"ayah, azie takde duit. masukkan la RM20 ke pun jadi la ea."


serta merta ayah akan balas.


"insyaallah, tapi ayah pun tengah kering ni. nanti kalau masuk ayah mesej azie."


tu pun dah cukup buat aku lega. even pada hakikatnya duit tu cuma boleh bertahan paling kurang 4 hari je. itu pun kalau aku makan sehari sekali. memang dialog ni la yang akan keluar bila aku mesej ayah mintak duit. mintak umie, takut. sebab umie mesti marah................................... umie garang. sangat. pernah satu saat tu, umie call aku. time tu dalam kelas Mandarin. aku keluar and umie call marah-marah. apa nak buat, aku cuma mampu dengar dan diam sambil menangis..


umie mungkin tak paham. aku bukan buang duit. cuma keadaan yang buat aku terpaksa buang duit. bukan buang duit campak tepi jalan. tapi aku gunakan untuk bayar print assignment, fotostet itu ini, bayar itu ini. duit kelas pun still tergantung. aku mintak extend duit kelas tu bayar semester depan... so ayah je tempat aku mintak duit. aku tau, ayah pun takde duit macam aku. tapi kalau aku tak mintak, macam mana aku nak teruskan hidup? masalah aku tu je dekat sini.


memang orang cakap senang. sebab diorang tak rasa. cuba korang pulak rasa. baru korang tahu betapa seksanya hidup. time tengah takde duit tu macam-macam benda melayang-melayang dalam otak,


"nak jual jela laptop ni, handphone ni, segala harta ni. takde la aku menyusahkan semua orang."


tapi aku tahu, semua benda ni sia-sia. so moral of the story, cuti semester ni kerja. even lesen dah meninggal, roadtax motor dah meninggal jugak, aku tekad! aku nak gunakan duit ni untuk semester hadapan.



"ya Allah, kau tenangkanlah hati aku. kau luaskanlah pintu rezeki untukku. kau berilah kekuatan untuk aku teruskan hidup ni ya Allah. kau kabulkanlah permintaan aku. Amin"


maaf, aku update semua ni bukan untuk memohon simpati atau menunjuk, tapi aku cuma nak share cerita dekat kalian and nak kalian tahu dan cuba belajar untuk menghargai orang yang dalam kesusahan. bukan menambahkan masalah mereka dengan cakap benda yang buat mereka-mereka ini menangis dek kerana nasib mereka yang tak seindah kalian.



Sincerely,
Aziemah Ash'ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

9 comments:

  1. SALAM...AZIEMAH KAMU KUATKAN LA SEMANGT EA..PASTI ADA HIKAMH ATAS APA YG BERLAKU..SEMUA TU DUGAAN UNTUK HAMBA NYA...PASTI ADA YANG TERBAIK UNTUK KAMU..BERSYUKUR LAH SB ALLAH MASIH INGT KITE...SB TU DIA TURUN KAN UJIAN..APE PAN AMIK SEMUA YANG BERLAKU DGN POSITIF EA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aziemah (kak mah) sbr yew...jd student mang cm nie..wet x pnah ckop...mcm2 nk kne gune...jgn ngis2...:-p

      Delete
    2. Syamil Sahak : hm insyaallah... thanks for ur advise :)

      Delete
    3. Nur Eliyana : hm yela............ sedih jugak, tapi kena byk sabar la kan.... :(

      Delete
    4. sabar yee azie. doa bnyk. sy pown slalu jadi mcm nie :)

      Delete
    5. wan : yee dh byk dh doa. redha jela kann :(

      Delete
  2. same2...sy slalu bc blog awk...ske dgn penulisan dgn luahan awk..semoga awk kuatkan semangt n lalui detik2 sukar ni dgn hati yang kuat...sb ni yang akan menjadi kenangan anda semasa anda menjadi student..kenangan yang sukar utk dilupakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm thanks :')

      terharu sgttttt! semoga saya terus tabah!

      Delete
  3. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete

comments