My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Monday 28 November 2011

bila dah jatuh , susah kan ?

Assalamualaikum


hello , memandangkan pagi tadi roomate aku tak balik lagi , so aku ajak 'kawan' aku makan dengan aku . actually roomate aku dah balik sorang , tapi tu lah , dia ngah study kot pagi tadi . malaslah nak ganggu kan ? cewahhh .


so , yang kawan aku ni pulak memang dah lama ajak makan sesama . aku pulak tengah lapar , kami pakat lepak kat dm je ah . dm=dewan makan . makan makan , dekat dua jam jugak ahh lepak situ . borak borak semua dari orang takde , sampai orang dah penuh dalam dm tu . ehem . kawan lah sangatkan .


lelaki kot -.- kawan lah , kawan . heheh . buat masa ni malas nak di-review-kan lagi , tunggu masa yang sesuai nanti kot baru okayy . hikhok .



kang kalau aku tayang satgi , kecoh semua . gosip memacam keluaq naaa . haha . dalam bilik aku je dah cukup penuh dah gosip gosip ni wehh .



takpe la , next time aku story lagi nohhh .


k bye !


tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Sunday 27 November 2011

redo je lah kan ?

Assalamualaikum


hmm , hari ni aku dah kena packing barang barang aku sebab petang satgi dah ada bas tunggu aku untuk dibawak pergi balik UiTM . cehh , bajet kau retiss je bas tu nak tunggu kau aziemah !


sobsob , tak puas lagi aku tidur dekat katil empukku , now dah kena balik hostel dah . sempena tahun baru ni , azam pun dah kena baru jugaklah kan ? aku dah tanam azam kat badan aku ni . nak study bebetul . lupakan pasal cerita lama tu . yang selama ni aku hidup penuh dengan macam macam dugaan weh . orang kata , orang cakap memacam , takpe aku boleh tahan lagi sebab korang ni lah yang jadi pembakar semangat aku . wahhh :D



and benda paling aku rasa nak berubah betul betul is about relationship . KALAU BOLEH , taknak dah sentuh bab ni lagi . setakat kawan tu memang ramailah kan . aku suka kawan dengan orang . cuma bila first time tu kekok lah kan .



nak study bebetul , nak dapat degree cecepat . nanti boleh kawen cepat . kan ? HAHAHA . okay memain jaa . laguni aku belajaq lagi nohhh . gila pa nak kawen truihh ? cek muda lagi kot . lagipon takdak sapa nak kawen ngan cek . hikhik


okay stop . pe jadah aku bebel ni ? grr . kat tempat baru ni , macam macam semangat aku dapat weh , syiokk nyaaa ! kawan baru , environment baru , semua lah baru . alhamdulillah , kawan aku semua jenis yang ohh sangat mendorong aku untuk terus belajar . yeayy , baru ada semangat lebih nak belajar . cewahh



okaylah , nak bersiap siap ni satgi tertinggal bas pulak kang . tak balik hostel kang .







doakan budak dalam gambar kat atas ni terus tabah tempuh semua dugaan yaa ! aminn





k bye !



tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Saturday 26 November 2011

BERJAYA JUGAK AKU !

Assalamualaikum


okay , semalam aku dengan penuh rasa beraninya , balik naik bas dari UiTM sampai rumah . cewahhh . selama ni aku biasa naik bas awam je . kali ni aku kena biasakan diri naik bas express .


aku , fadil , fuazrin , imran and saiful kot nama budak lagi sorang tu . tak berapa nak pasti sangat . al maklumlah , baru kenal . kahkahkah


dari kolej , dengan hujan lebat gila aku terus jalan kaki pergi kat kolej mamat mamat ni . phewww . bersiap macam gugurl . punyalah lama wehh . kalah aku . grrr . dah lah dengan hujan lagi .


hmm . then call teksi , naik teksi je . untunglahh kalau dapat naik teksi sampai depan rumah kan ? ni tak ye . ni sampai depan bus stop jaa . hang ingatt aku kaya kaa nak naik teksi sampai depan rumah sana ? gilaa .


then , 7.45 bas sampai , naik , duduk . ohh yaa . nasib baik tempat duduknya pelik . so duduk sorang sorang laa kan . aku nak kata tidur , tak pun . pasang lagu kuat kuat guna earphones sampai imran panggil pun tak dengar padahal dia duduk belakang aku je . hahahak


then diorang online guna lappy aku . aku tengok fadil macam semacam je ohh naik bas . first time kot . sebab tu macam orang mabuk je aku tengok hahah . aku bagi lah minyak kapak kat dia . then dah okay .


dalam pukul 11 cenggitu , alhamdulillah , sampai jugak kat destinasi yang dituju . perhentian KL SENTRAL . yang lawaknya , ayah aku boleh pulak sesat -.- so , imran kena jadi bodyguard aku kejap disebabkan dia turun sama tempat dengan aku . fuazrin dengan fadil turun dekat PUDURAYA . tunggu punya tunggu sampai perot aku dah lapar tahap gaban wehh .







muka cover lapar -,-





aku ajak imran pergi seveneleven . aku makan roti dengan gelojohnya akibat daripada kelaparan perot yang membuak-buak . ditambah pulak imran yang bayarkan , ehem . untunglah aku . huahuahua


dah kenyang , lama jugak ahh . imran dah risau sebab ayah aku tak sampai-sampai lagi . dia dah buat keputusan nak hangkut aku balik pergi Kelana Jaya . nanti suruh ayah aku ambik aku kat sana je . gila ke hape ? itu memang menempah maut weh . hahahak


aku dah cakap dengan imran , tak payah tunggu aku , tapi dia seorang yang berhati mulia lah sangat kan ? so dia nak jugak tunggu . aku redoo je lah .


tak lama pastu , baru ayah aku sampai . lepas babai imran , masuk kereta , ayah aku bagi ceramah free dekat aku . memang best lah kan ? hoho . umie aku diam je . habis aku yang kena marah sebab suka suka hati je nak berhenti dekat KL SENTRAL ni . okay , fine . aku redo buat kali kedua .


sampai rumah dekat pukul 1 lebih jugak ahh . bapak penat weh . gua sembahyang , terus tidur . wahh syiokkk .


k bye .


tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Friday 25 November 2011

DOT . MAMEE . PAMA . NYAH . apakah ?

Assalamualaikum


ohh sobsob ! sangat sedih ohh bila roomate aku semua dah balik rumah , tinggal aku sorang je . sangat tidak cool okay !


actually aku balik hari ni , tapi petang kang . lama lagi nak duduk dalam bilik ni weh . aku dah siap basuh semua baju , dah siap kering lagi tu . lambatnyaaa ! huwaaa T____T


okaylah , aku nak kenalkan roomate roomate aku yang sopan santun belaka ni haa .

nak kata sopan tu takde lah sopan sangat naa , sikit jaa . aku dok perak ni dah reti sikit sikit cakap utara . hikhok -,-


okay , yang paling rapat dengan aku ni haaa .











NOR AINI .





see ? nama dia pun sopan jaa . first time jumpa awek ni , pehhh . terkejut aku . hang tau pasai paa ? dia tak panggil aku 'saya awak' pun . dia guna 'kau aku' je . muka lembut seyhh . sekali hah! hambik kau . 


lelama kenal , dia memang peramah gila . lembut je weh . dia memang guna kau aku je . tapi dia bersopan santun gila . gelak pun slow jaa . kami semua pakat dok panggil dia 'MAMEE' . sebab ? aku suka bagi dia makan jajan mamee . hahak


dia ambik kos yang sama macam aku . OFFICE MANAGEMENT . tapi sayang , tak sama kelas jaa . kawan yang sporting , asal aku nak merayap je dia ikut . kehkeh . cepat mesra dengan orang . suka gelakkan aku , pendengar bebelan aku yang setia . kahkahkah .



next is . . . . .










SITI NUR LIYANA .



awek ni ganas sikit . kehkeh . tapi dia sopan . aku memula buat lawak pun slow jaa dia gelak . macam aku ni apa je . ahhaha


dia ambik kos perakaunan . budak pandai ohh . hikhok . dia cakap aku fashion designer dia sebab kalau dia tak tahu nak buat style tudung apa , dia suruh aku buat . kalau aku pulak yang buat , mesti ahh cun ohh !


terus jadi retisss budak ni sehari . kehkehkeh .


hah lupa . kami semua dok pakat panggil dia "PAMA" . sebab ? dia suka makan pama . ala , yang macam maggie tu . sikit-sikit pama . last-2 pama lah aku letak nama dia . hahahak :P





last one is . . . . . . .









NURUL FATIHAH





opss , ni kakak ye . umur dia doploh . tapi aku kwanghajoo gila ngan dia . tak panggil akak pun . sebab masa first time aku panggil kakak , dia cakap tak payah . geli . hahak . okay , bagus ahh . takde lah aku nak malu segan gelak gelak ngan dia ni . hikhok  >,<


dalam semua roomate aku , dia lah paling pelik . you know why ? bila dia tidur , sebenarnya dia tak tidur . dia boleh dengar apa yang kau tengah borakkan . kehkeh . pelikkan ?

kami panggil dia "NYAH" . aku tak tahu kenapa , tapi dia yang suruh . hahak . dia ambik kos perakaunan , sama macam PAMA . tapi tak sama kelas jugak .

jaranglah kami turun makan sesama dengan NYAH ni sebab maybe dia segan nak bergaul dengan aku yang macam BUDAKBUDAK ni kot -.-

dia makan dengan budak sebaya dia je . tapi if pergi mana-mana , kami pergi bersama . hehe . dia cun gila wehh . putih gebu gitu . heheh

yang bagusnya , dia ni budak lepasan STPM . so , apa apa yang berkenaan dengan subjek omputih yang kami tak paham , dia lah kaunter pertanyaan :P


*****************************

THE END .



tamat dah story pasal roomate aku . ALHAMDULILLAH , roomate aku semua baik , pemurah , tak kedekut , tak sombong , tak berapa nak gila sangat , cool je ahh . sayang hangpa semua nohh . 

MAMEE , PAMA , NYAH . agak agak diorang panggil aku apa ?


jeng jeng jeng jeng . . . . . . 



DOT . KAHKAHKAH . sila gelak .



cenggini , hari tu aku salah sebut pasal POLKADOT . aku sebut POKODOT . tetiba diorang ejek aku . last-last panggil aku DOT . macam hampeh jaaa -.- 


nasiblah aku redoo .









see ? DOT DOT DOT .



NI DAH GILA KOT .



semua roomate aku dah balik , soo aku buat ahh keje gila dalam bilik ni sesorang -.-



k nak siap-2 nak balik rumah !

home sweet home !



k bye !


tqvm .

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Thursday 24 November 2011

kali pertama ?

Assalamualaikum



hey awak awak semua =)


kenapa ye kalau benda tu baru pertama kali kita buat , mesti rasa semacam je ? mesti rasa macam ahh b**** nya aku ! tak kan benda simple cenggitu pun tak boleh nak buat derr ?


senang cerita , kita tak berapa nak tahu apa yang kita buat that time . nak dijadikan cerita , Isnin hari tu lah kan , buat pertama kalinya aku pergi kelas setelah beberapa hari aku masuk UiTM . kehkeh . YA ALLAH , aku rasa macam budak darjah satu yang baru nak masuk sekolah je .



pergi sana , pergi sini macam orang takde hala tuju langsung je . korang boleh imagine tak betapa sengal nya aku time tu sebab tak tahu nak buat apa tah .



and now , sekarang aku dah rasa okay sikit sebab hari ni dah hari ke empat aku masuk kelas . kehkeh . even kelas asyik cancel and bertindih dengan kelas kelas abang-abang and kakak kakak degree .


dah la still pakai kad pelajar sementara tu . semua tahu aku ni budak part 1 . soo , abang-abang tu perli aku masa aku jalan sebelah dia .


"BELAJAR RAJIN RAJIN YEE ."

err -,- ni perli ke hape ke , aku pun tak tahu . yang pasti aku jalan je lelaju macam robot sebab takut . ahh gila . japlagi aku kena tahan kot kot lah kan , siapa nak tolong ? dah lah life tak menentu sekarang . kejap ada member , kejap takde . sebab kelas lain lain .


sangatlah tidak cool bila kita dah bersemangat nak study , tetiba kelas cancel pulak . jyeahhh !


tidak cool langsung okay ! lagi satu , disebabkan aku dah lama tak BELAJAR , aku dah mula masuk kelas tidurrrrrrrr . opss , haha . tertidur sebab ngantk gila wehh . atleast aku pandai cover . takpe , maybe sebab permulaan lagi kot . lama lama nanti okaylah kot .


aku pun sekarang dah berubah sikit . berubah what ?


dah pandai bermekap . aicehhh . memandangkan kos yang aku ambik ni MESTI BERMEKAP , soo tenyeh je lah mekap kat muka tu . asal berkala sudahlah . kahkahkah


bila dah bermekap , barulah terasa confident gila nak study weh . baju nak pergi kelas pun kena up to date . kasut kena heels . atleast 1inchi . hmm , okaylah nasib baik aku jenis yang okayy nak pakai tinggi tinggi ni kan . sebab aku pendek . hikhok .


so , memandangkan kos aku ni lebihkan pada penampilan semata-mata , aku sekarang dah kena bagun awal dari roomate aku yang lain sebab nak kena mekap pe jadah bagai tu . if orang tak paham kos aku camner , mesti diorang cakap aku over sebab mekap . aku pun tak hinginlah weh nak tenyeh tenyeh muka aku dengan warna warna yang boleh buat jerawat tumbuh kat celah muka aku ni .


kalau boleh nak nampak biasa je . tapi , disebabkan ni semua penting untuk carry marks aku final nanti , so kenalah buat jugak .












buat muka pelik dan terkejut dengan muka aku yang takde mekap dalam kad pelajar tu .




see ? aku takde lah nak over sangat mekap . biasa jee . tak reti kot -,-




okay , esok nak story pasal roomate aku pulak ! alaaa , yang sopan tu !



tunggu yee =)



k bye !


tqvm .

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Wednesday 23 November 2011

wordless wednesday


Assalamualaikum




ni semua sebab lecturer tak masuk kelas -,-











budak baju putih tu bajet belajar je . HAHAK :D






yang kale biru : eliyana . cun dooo ! muka dia putih gila . dah tu licin pulak tu takde jerawat langsung . hahak . yang tengah tu aku lah , macam biasa muka cover . kahkah . yang freehair , peqa . comel dohh !





NUR AZIEMAH & NURUL SYAFIQAH





 see ? hahah





tak sangka pulak minah minah ni pun gila posing jugak . HAHA









BIG THANKS TO MY LECTURER because not entered to my class =)

atleast aku boleh penuhkan memory phone and post kat blog , yuhuu ^^




k bye !



tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Monday 21 November 2011

ORANG GILA -,-

Assalamualaikum



uolls ! ada orang tak puas hati nohhh .


ni haa . tudiaaa !











gamboo ni punya pasal la .













adoyaii . biar je lah kan ? aku buat muka hodoh orang cakap hodoh . buat muka comel lagi lah orang cakap tak cantik . grr .


see? sampai tiga dia komen . nak tahu pasal apa ? sebab aku tak balas chat dia je . yela , asyik asyik tanya , hai hai hai . grrr . rimas ohh !



k lah bye !


tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Sunday 20 November 2011

wordless UiTM .

Assalamualaikum .


hm , pehal tajuk aku macam pelik je ha? macam tak pernah orang buat pun . okay , memandangkan dah lama aku tak meng-hapdet belog buruk ni an an , so aku nak hapdet gamboo bebanyak je . malas nak cerita pepanjang .


dah tahu tajuk atas UiTM , comfirm lah ni gambar aku sepanjang minggu 'PENDERAAN' at UiTM . kehkehkeh . let's see bebeh !











































































yeahhh ! MINGGU MENDERA SISWA/SISWI DAH BERAKHIR !


k tata


tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Tuesday 15 November 2011

dupdap dupdap weh !

Assalamualaikum


wow , penantian yang aku tunggu dulu akan berakhir esok .






* abaikan muka atas ni . macam sakai jaa -.-




rasalah kau aziemah ! dulu kemain nangis semua sebab nak masuk sangat . sekarang dah dapat , hambik kau ! okay aku nak pergi Perak dah esok . sobsob . tak dapatlah nak blogging sangat lepas ni . online pun jarang . huwaaa T.T

takpe takpe . belajar lagi penting ! aku belajar kat UiTM Seri Iskandar , Perak jaa . tak jauh mana pun . cehh .


alhamdulillah , semua barang aku dah siap packing , tinggal hangkut je . teehee =)

siapa siapa yang dok kutuk aku dulu , yang cakap aku macam macam dulu , yang fikir negatif je kat aku dulu , yang sibuk sibuk pasal aku tak belajar dulu , see lah sekarang !


dulu korang pandang rendah dekat aku kan ?

dulu korang cakap aku ni macam takde wawasan hidup je kan ?

dulu korang pandang aku ni macam errkk je kan ?


takpe takpe . now aku dah dapat yang lagi better dari korang .


memang banyak benda yang menyakitkan , memilukan , semua lah aku dapat sebab dapat belajar lambat . takpe takpe , ni satu cabaran untuk aku terus pandang depan . orang dok kata aku , dok caci aku masa aku kerja dulu . ya ya . aku tahu tak semegah korang . tapi aku akan buktikan kat korang walaupun aku lambat masuk study , jangan ingat aku tak boleh berjaya ehh !


aku mengaku do , dulu aku hampir-hampir dah nak putus asa sebab benda ni . rasa macam dunia ni tak adil sangat untuk aku . sampai cenggitu aku dok pikir . sebab dah terlampau tensyen nak jawap dekat orang sekeliling yang asek dok tanya , "bila sambung belajar?" , "eh kau tak sambung belajar ke?" , "weh, kau kerja? tak belajar lagi?" . grr ~ macam macam ahh .


ko tahu aku TENSYEN GILA bila orang tanya macam ni . malu pun ada . ingat aku takde perasaan ke weh ? glluuupppppp .



tak pe aziemah ! esok segalanya berakhir . okay aku macam takde feel nak pergi sana . tak pernah aku duduk jauh dari family . setakat tiga empat hari tu pernah lah . haisy . takpe takpe , nanti nak kawen duduk jauh jugak . kehkehkeh


eksaited punya pasal dulu , seminggu sebelum nak pergi aku dah packing benda alah ni . bapak banyak aku nak bawak beg . tapi kena marah dengan umie aku sebab bawak banyak sangat . actually bawak bebanyak sebab aku tahu aku jarang nak balik rumah . jauh kot . penat jaa .


tapi umie aku cakap nanti dia bawak kan lagi minggu depan , ohh bestnya . so bawak sikit je dah lah kan ? macam kau nak pergi belajar kat oversea je dok bawak baju belambak .


paling penting aku harap aku dapat roomate yang tahan dengan mulut aku yang potpetpotpet  doplohpatjam . kehkeh . ohhmaiiiALLAH . takpe la , redo je lah dapat roomate yang macam mana sekali pun .



k lah nak sambung packing barang keperluan jaa . aku sedang cuba untuk tinggalkan barang yang bukan keperluan , cehcehh .


wish me luck okay !


k tata



tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Monday 14 November 2011

Meronggeng dengan budak sweety !

Assalamualaikum


hello uolls :)hari ni pergi meronggeng lagi . tapi takde nak meronggeng sangatlah . dekat Jusco Bukit Tinggi je pun . ni tetiba je aku main ajak siapa-siapa . kehkehkeh . so mangsa aku , NORFARHANA . actually , nak ajak fatin , tapi motor aku tak boleh naik dua orang . tah kenapa tah tayar belakang tu . then aku try ajak fatika . fatika pulak tak boleh keluar , so ajak lah makcik sweet sorang tu . farhana . dia cakap okay . actually aku takut nak bawak motor tu sebenarnya . tapi nasib baiklah farhana ni keding macam aku je . so okaylah .


dalam pukul 2.30pm aku dah gerak dari rumah , amik farhana .





ni masa tunggu farhana bersiap . so posing-2 ahh dulu an an ? hikhok



then singgahlah Esso kejap , isi minyak . so after isi minyak , aku pun pergilah pam angin . korang tahu apa jadi ? abis ekzos motor aku kena tangan aku ! sobsob =( sedih , pedih ohhh tak tahan aku !!! nak taknak , tahan jelaa .


then sampai Jusco , carik barang aku ngan farhana .





okay , aku pendek . kahkah


dah dapat semua , farhana ni tetiba lapar . so singgah makan kejap kat foodcourt . aku dah kenyang , minum abc sahaja . tak caye ? see this -






bajet diet . padahal keding gila .




farhana makan sizzling . tah macam mana ejaan nya . lantaklah , janji ada bunyik !





then , sebelum balik , si farhana ni nak makan tutti fruiti . teringin , cehh . see this -






kami kongsi je . sharing is caring you ! haha



see ? hari ni aku tak tenyeh mekap dekat muka . malas gila okay . nampak dah muka aku yang buruk ni . hahak




see ? sweet kan dia ? hehe




maaf , terpaksa di-hitamputihkan . BHAHA




hah! ni memang gempak . time nak balik lalu highway tu , aku lalu jalan motor , tetiba kena tahan dengan polis . cett ! orang lain takde pulak dia tahan . apa ? ingat aku takde lesen ke ? lesen kereta pun adalah ! eeii , akudah lah nak cepat time tu . ko bayangkan , dah pukul enam lebih time tu . tak sembahyang lagi , nak hantar farhana lagi . boleh pulak dia tahan aku tepi jalan ! deyyy ! korang tahu apa jadi ?


POLIS : "ehh adik , bagi ic dengan lesen ." ( sambil tengok tanda P kat motor aku )
AKU   :  pusing belakang , mintak dompet aku kat farhana . sebab beg aku kat farhana .
POLIS : "eh eh , apesal mintak kawan pulak? "
AKU   : "pakcik , dompet saya dekat kawan saya ni , kang letak depan kena ragut pulak ! huh !" ( buat muka menyampah gila )
POLIS : "ohhh , ingat nk mintak kawan punya!"
AKU   : bagi ic ngan lesen kat polis tu.
POLIS : "duduk johan setia? kenapa lalu sini? "
AKU   : "kawan saya ni duduk jalan kebun , kenalah  hantar dia dulu. grrrrrr~"
POLIS : "ohhh , okay okay ."
AKU   : "pakcik boleh cepat sikit tak? saya nak cepat ni ! dah nak hujan dah hari . kang saya kena hujan pulak !"
POLIS : "ala, rileks lah , kalau hujan saya pun dah balik dah ."
AKU   : "pape jer la , tapi saya nak balik sekarang. dah cek kan?"
POLIS : "hah , okay , kang nangis pulak bagitahu mak . naik motor hati-hati ye , tengok kenderaan kat belakang ."
AKU   : zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~




gedik betul lah polis tu ! padan muka kena marah ngan aku ! buang masa aku je. orang lain dia tak tahan pulak ! dia tahan orang warga asing dengan aku je doo ! see ? dekat pukul 7 baru aku sampai rumah . nasib baiklah umie aku tak bebel .


okay , first time kena tahan tadi tu . HAHAHA . farhana yang dekat belakang aku diam je . lepas bla dari polis tu , kitorang gelak gila gila kot . kahkahkah .


nasib baiklah aku pakai serba biru hari ni . jam biru , tudung biru , beg biru . cool je . kalaulah aku pakai merah , habis aku jadik harimau hari ni . kahkah


balik je , aku cerita kat ayah . ayah aku tanya , " kau panggil polis tu pakcik ke?" aku aahkan je lah . padahal umur polis tu dalam doploh-an je kot . padan muka . tahan aku , pastu saje buat lelambat , nak buang masa aku . siapa suruh kan? kahkahkah .


balik balik tadi tetiba nampak umie aku dapat fon baru ! untunglahh umie , ayah bagi handphone .

P/s : lagi sehari je wehh ;(


k tata


tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Saturday 12 November 2011

Meronggeng with hot mummy and my cintan !

Assalamualaikum


pehh , meronggeng lagi ? well , tengok ah siapa kan ? memandangkan rabu depan aku nak pergi jauh dah , ( ceh jauh ke? ) aku kenalah spend time aku dengan HOT MUMMY , HOT BROTHER , BABY HILMAN ,FATIKA comel and FARHANA suwit . okay , memang pehhhhhhh ! penat gilaaa .


actually , plan pukul 9 semua dah ada dekat rumah aku , tapi memasing lambat . and ditambah pulak hot mummy tu lambat siap , pukul 11 baru pergi . grrr . 2jam tunggu ohh ! kitorang takde lah pergi mana sangat , just pergi TIMES SQUARE je . disebabkan nak pergi shopping sakan , kena pergi TS je lah kan . murah je kot barang dekat situ . cehh kemain aku promot TS ni . kahkahkah



so , around pukul 12.30 , sampai sana , terus pergi beli tiket untuk movie . yeheee . disebabkan akak aku ada , so berani lah aku nak tengok movie . cehceh . fatika siap tanya aku , "eh , mak ko bagi tengok ke?" haha . chill lah . selagi hot mummy tu ada , okay je !


then , tengok-tengok movie yang kitorang pilih tu start 2.20pm . so lambat lagi kot . apa lagi , shopping sikit , then makan . makan ni je pon :












then , after makan tu , boleh pulak posing tengah-tengah jalan . orang lalu tengok je kot . *okay aku muka selamburrr . siapa yang keluar ngan aku tak boleh nak cover sangatlah kan .










lepas tu , kitorang cecepat lari pergi at tempat movie . ohh ya , kami tengok cerita Tower Heist . Hmmm , not bad . kelakar ceritanya . hahahk . aku taknak tengok cerita melayu sebab tak best . omputih pun omputih laa . cerita ni ayat dia agak lucah kot . hoho . aku gelak je manjang . lepas keluar tu , apa lagi , sambung shopping ohh ! kebetulan akak abang aku lepaskan kami cenggitu je , apa lagi , merayap lah aku ngan diorang ni .



pehh , gugurl kalau keluar tak shopping tak sah lah kan ? tapi diorang ni beli barang sebab nak naik sem 2 dah . budak uitm ni . haha . aku , baru nak masuk sem 1 , alhamdulillah , semua dah settle . so takde nak beli apa sangatlah kan . aku just beli baju selai , jam sepuloh hengget , ( kantoi dah ) ngan belt . ohh , yang paling buat aku tak selesa gila tadi , kasut aku . ehh , kalau aku keluar cenggini , mesti kaki aku melecet disebabkan pakai kasut . kompom ! pakai selipar pun melecet , pakai wedges melecet , pakai flat shoes lagi lah melecet . grr , pakai kasut sekolah je kot tak melecet !



makcik makcik tu shopping sakan ahh kan . akak aku yang aku tahu , sampai rumah je tengok kasut dia beli dua pasang . aku tak tahu pulak dia shopping jugak . sebab kami terpisah jauh tadi , kahkahkah . then around 6.30pm , akak aku call . tanya , dah siap ke belum . cecepat kitorang tangkap tarik je apa yang nak dibeli . then , aku dengan muka selamburrr jalan sampai kat carpark . ohh ! tak sangka aku ingat jalan . TS bukan kecik ohh . pusing sana , pusing sini grrrr~ alhamdulillah , ingatan aku masih kuat , kehkehkeh .



sampai rumah , hantar makcik-makcik ni dulu . then 7.30 sampai rumah . penat gila . uolls layan je ahh gambo budak merahmakngah ni ye . k tata !





fatika - aziemah




farhana - fatika - aziemah




farhana




fatika - aziemah



aziemah yang gepeng -,-




aziemah yang gedik =='




aziemah - farhana - fatika



aziemah yang sakai --'



nurul - nor - nur



cukup lettuw ! kemera murahan , gamboo tak cantek doo . nak cantek punya , kat kemera fatika . hihi


NOTA KUKU : hot mummy = kakak aku derr .



k tata ,



tqvm .

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)