My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Sunday 17 November 2013

Anniversary of friendship!

Assalamualaikum



Apa? ingat orang yang berpasangan je ke ada ulang tahun? kawan pun ada tau! semalam, genaplah 2 tahun, tempoh persahabatan aku dengan manusia bernama Siti Nur Liyana binti Istamam. si gemuk, si buncit, si singa, si lembu, ahh semua la dia. maaf yana, kutuk kau dekat sini kehkehkeh :p


aku ingat lagi first time jumpa dia masa 2 tahun lepas...

*************************************************

aku masuk bilik, letak barang then bla. dia tak sampai lagi time tu. bila family aku dah balik, dia memang dah ada dalam bilik tu dengan roommate yang lain, Aini & Kaknyah. memang first sekali orang yang aku tegur Kaknyah. sebab dia sampai dulu dalam bilik tu. maklumlah, sebilik empat orang. tanya asal mana kos apa semua then orang kedua aku jumpa Aini. lagi la borak panjang sebab sama kos dengan aku. tak lama lepas family masing-masing dah balik, aku tak terus berkenalan rapat dengan dorang. sebab lepastu dah start MDS (Minggu Destini Siswa). so kami berkenalan masa MDS je.

*************************************************


tapi sekarang, makin nak habis belajar, kami cuma tinggal berdua. yana jela yang sebilik dengan aku sekarang. paling dasyat pernah aku dengan yana alami, gaduh besar. lama jugak tak tegur. yela, gaduh besar kan? biasa la. hahahaha. tapi gaduh gaduh, menyampah menyampah pun sayang jugak.

terima kasih yana sebab jadi kawan aku selama aku dekat uitm ni. kalau aku takda mood, dia je yang paham. kalau aku tengah ada masalah, dia je paham. dia je yang tahu bila aku menangis, bila aku tengah takde duit, bila aku tengah frust. paling penting, bila aku tengah belajar. yaaa ni paling penting. hahaha thanks sebab selama ni paham setiap masa aku. memang kadang kadang gaduh, tapi gaduh manja je kihkihkih.

walaupun kau panggil aku macam-macam, tapi aku tak kisah. aku rasa banyak gila nama dia bagi aku. sampai aku konpius. bila aku ada masalah, aku tak akan terus cerita, mesti aku tunggu dia balik bilik, then cakap "yana, aku ada cerita sedih.." dan aku akan nangis dulu puas-puas baru cerita. kadang benda tu simple je. tapi maklumlah aku kuat nangis. macam budak-budak je rasa. tapi memang macam tu la hidup aku. dia je paham.

kalau bosan, aku akan whatsapp, wechat, tweet dengan dia. padahal katil sebelah je. can you imagine? hahahahaha lawak. tapi itulah life kami. i miss that moment! takpe, lagi berapa hari je nak balik uitm kan. tak sabar nak jumpa kau lagi! hehhehe. emm kalau nak cerita macam tak muat je rasa. hahaha. apa-apa pun, aku rindu kau! hehehe.




THIS!
 


 SITI NUR LIYANA BINTI ISTAMAM
 20 TAHUN
CIRI FIZIKAL : DEBAB, KUAT MAKAN, KUAT NANGIS, GEDIK TAHAP GABAN, CIKGU AKU UNTUK SUBJEK PSIKOLOGI :p




love you friend!
miss you!



sem depan aku insyaAllah last sem, aku harap bila aku takde nanti jangan buat kerja gila yang kita selalu buat tu tau. rindu nak jogging dengan kau, rindu nak naik bas dengan kau, rindu nak usha orang dengan kau, rindu nak jerit-jerit dengan kau, rindu nak mandi ketuk-ketuk bilik air dengan kau, rindu nak makan makanan kau, rindu nak nyanyi dengan kau, paling penting, rindu nak duit kau. kahkahkah *k yang last tu tipu je*


insyaAllah, kawan till jannah, amin ya rabb.
Wassalam.



Salam sayang,
Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Saturday 16 November 2013

Jom main masak-masak?

Assalamualaikum


"weh weh, jom main masak masak?"

err ni semua dialog lama masa aku kecik kecik umur 5 tahun. memang masak betul kata kooo. amik penutup tin milo, bawah dia letak batu. then amik beberapa helai kertas dari buku sekolah akak aku, amik lighter ayah (sebab ayah dulu perokok tegar) then bakar. curi telur sebijik dekat dapur, lepastu tuang then masak. paling bagus, lupa nak curi minyak. so telur tu hangus macam tu je. hampeh hambar haktuih! umie bau api, lepastu kantoi maka dengan besar hatinya aku kena marah kaw kaw. pakej kena rotan. fuuuu so sweet! i loikeeee!


rindu semua tu. emm. mana mungkin dapat ulang balik semua tu. sekarang umie dah tak payah nak beli rotan, tak payah nak asyik beli hanger je. kalau dulu, rotan hilang, hanger sebagai pengganti untuk hinggap dekat punggung aku. aku jela yang kenaaaaaa. akak jarang sebab dia dah besar time tu. adik? tengah baby lagi. well well well. rindu semua tu. tapi sekarang, tengok anak buah aku je cara dorang membesar dah lain dengan zaman hingusan aku dulu.


dorang pegang tab. dulu aku, handphone pun tak pegang. telefon rumah je. zaman sekarang aku tak nampak dah orang main masak masak ni. main guli ke, main yoyo ke, main batu seremban ke, main tingting ke. mana ada. depa dok pegang gajet je memasing. untunglah kome :)


aku tak tahu la apa motif aku update macam ni. bosan sebenarnya. bila kesepian, duduk dalam bilik, mulalah terbayang zaman aku kecik kecik dulu. terbayang muka orang yang main dengan aku masa kecik kecik dulu. gaduh, tumbuk, sepak terajang semua cukup. kelakar memang kelakar. rindu semua tu. korang yang umur lebih kurang aku pun mesti rindu zaman kanak kanak korang kan? yeahh. takde masalah pun hidup zaman hingusan dulu. masalahnya cuma tak puas nak main dekat tanah, tetiba umie dah bawak rotan suruh balik rumah. lol



KALAULAH, KITA TAHU APA YANG BAKAL TERJADI PADA MASA HADAPAN KITA, KITA MESTI TAK AKAN MUDAH PERCAYA KATA-KATA ORANG. MESTI KITA AKAN USAHA SENDIRI KAN? ITULAH DINAMAKAN UJIAN :)


Terima kasih Allah kerana aku diuji.
Wassalam.



Sincerely,
Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Tuesday 12 November 2013

Alhamdulillah, selesai!

Assalamualaikum



Alhamdulillah. settle for everything! :D
dah siap kemas semua baju baju. tinggal hangkut je.





 yeayyyy!!! tak sabarnya :D


May Allah ease my way. amin. ya rabb.


bismillah for this starting! :D






wassalam.


Sincerely,
Nur Aziemah Ash'ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Friday 8 November 2013

Sabarlah duhai hati

Assalamualaikum



ya Allah ya Rahman ya Rabbi.

aku bermohon kepadaMu, jika ujian ini adalah untuk menguatkan aku, untuk mematangkan aku dan memberi kebaikan masa depanku, Kau ujilah dengan penuh kasih sayangMu.

semoga aku terus redha terhadapMu.
Amin ya rabb!



letih nak explain pada orang. mungkin ni cara Allah nak balas dosa aku. aku redha. aku redha ya Allah. sesungguhnya kau akan mengujiku kerana kasih sayangMu melimpah ruah terhadapku.


walau hatiku telah hancur, tapi aku masih berdiri tegak sujud kepadaMu. kuatnya aku. kuatnya kasih sayangMu kerana sentiasa tidak melupakanMu!


Allah menguji pasti ada hikmah.

:')

"wahai manusia, jangan bermain dengan kata-kata manismu semata-mata. aku jua punya perasaan."



Wassalam,
Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)