My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Wednesday 30 November 2016

Kahwin Part 1 : Merisik dan Bertunang

Assalamualaikum.


Since before this entry aku ada cerita bagaimana detik perkenalan aku dengan bakal suami aku, so entri kali ni mungkin aku akan ceritakan sedikit persiapan untuk majlis-majlis kami. Ini cumalah sekadar perkongsian ya kawan-kawan. Saja nak tulis dalam ni sementara masih ingat. Sebab aku bukanlah jenis long-term memory. So kalau dah coretkan disini, one day at least aku boleh throwback dan ingat balik moment bersama. InsyaAllah.


Of course kalau kita dah rancang untuk disatukan, kita mesti akan ikut step by step procedure kan? So that, first thing family belah lelaki datang merisik aku. Tarikh 17/07/2014 adalah tarikh aku dirisik secara rasmi oleh family bakal suami. Seperti yang aku pernah tulis sebelum ni, sebenarnya mereka nak ikat tali pertunangan terus but then my family yang tolak cara baik. Sebab aku memang akan sambung degree bulan 8 tu. 


Ikutkan kemampuan/persiapan, actually family belah laki nak cepatkan terus pernikahan kami. Tapi, kau fahamlah umi aku masa tu memang takdan nak lepaskan aku. Tak pasti atas faktor apa. Yela, orang tua mesti dia tahu anak dia ni dah boleh kahwin ke belum ye dak? Hahaha. Then aku redha kan ajelaa. Family sana maybe excited sebab aku first menantu perempuan, sebab adik-beradik bakal laki semua lelaki 6 orang. Thats why mereka nak cepat.


Then tiada yang istimewa pun lepas dirisik tu. Sama je macam zaman couple dulu. Aku teruskan hidup jela macam biasa. Masa yang umi aku tak bagi kahwin tu, aku memberontak juga la. Siapa tak nak kahwin woi :D Tapi demi masa depan yang cerah, aku sabar. Sampai la aku habis degree, family belah lelaki tanya lagi, "Aziemah dah ready nak kahwin?" Aku risau satu je. Umi dengan ayah aku. Dorang memang tak bagi LANGSUNG aku kahwin umur 23 ni. I mean sebab baru sangat-sangat habis degree. Kerja pun tak rasa lagi.


Then, apa yang aku buat? DOA! Doa ni memang senjata manusia. Trust me a lot please.......... Sumpah la dulu aku tengah praktikal tu, (tahun yang sama aku akan kahwin), family aku especially parents la memang bantah habis-habisan. Asyik kena marah je bila buka bab kahwin ni. Tapi tu la, aku jenis yang percaya kalau kita minta kat Allah benda baik, mesti Allah kabulkan. Dan its really works okay! Hari-hari jugaklah aku doa masa sujud akhir tu, aku niat dalam hati,


"Ya Allah, kau temukanlah jodoh aku dengan blablabla secepat yang mungkin."


Kahkahkah. tak boleh bla kan ayat aku. Cakap dengan Allah kot. Aku memang direct je. Lol. Then dalam masa yang sama, kau usaha la amik hati orang tua. Macam aku, time praktikal aku dapat gaji, bukan elaun. Sebab company tempat aku kerja lepas diploma kan. So dorang tak anggap aku praktikal pun. Since aku terima gaji setiap bulan, aku kumpul duit tu dalam tempoh 3 bulan, aku bawa the whole my families, (ayah umi adik akak abg ipar anak buah) semua ni pergi bercuti 100% aku tanggung. Kau bayangkan bercuti 3 hari 2 malam on peak season ok. Memang triple kos yang keluar.Habis dah duit simpanan aku. Tapi, aku doa semoga ada keajaiban jadi bila aku buat macam ni dkt family aku.


Abang ipar aku mula-mula macam tak percaya je aku support semua. Sebab aku dah tanam azam, aku yakin aku kena buat, then aku berjaya bawak family aku. Dari sinilah umi aku dapat keyakinan nak lepaskan aku kahwin. Kena pandai bodek ok kalau dapat parents macam umi ayah aku ni. Kahkahkah. Then tamat je praktikal, aku kena buat presentation semua segala bagai kan, then after raya tu, dah settle semua, alhamdulillah... Family belah lelaki pula tiba-tiba plan nak datang beraya rumah aku (padahal ada agenda lain). 


So aku dengan family just masak-masak macam biasa. Dah nak dekat-dekat depa sampai tu, mak aku tetiba tanya, "dorang nak datang bawa rombongan ke?" aku just jawap entah la... Rupanya betul. Bawa cincin dengan buahan. Sedangkan aku? Satu hapak pun tak sediakan apa-apa kecuali makanan. Bayangkan la. Then bakal MIL aku cakap nak sarungkan cincin dekat jari Aziemah. Kau tahu, that moment aku malu sangat-sangat. Lelagi benda gini. Aku memang pemalu bab majlis-majlis yang berkaitan antara aku dengan family ni.


Then lepas dah sarung cincin tu, ayah dengan bakal abah aku pun bincang bila nak tetapkan tarikh. You know what? kami 1 family sendiri pun tak bincang lagi ok. Aku macam haa biar betul tetap tarikh bukan ke dah nak kahwin? haa. yela tak expect kan umi ayah aku nak lepaskan anak dia secara tiba-tiba. Then aku dengan nak bulan 12. sebab cuti sekolah. & disebabkan family in law aku tu orang business, kami kena faham & ikut jela tarikh yang mereka ok. Kelam jugak la nak pilih tarikh. Lastly, dorang bincang, dorang decided atur via whatsapp je. Senang. kahkahkah. 


Sebab nak kena fikir panjang. Setiap hari pilih tarikh, tapi still takde tarikh yang tetap. Aku kalau boleh nak time birthday 6 December. Tapi 6 December tu weekdays, so aku lupakan je. Lama-lama dapatlah tarikh yang sesuai. Alhamdulillah, doa aku termakbul lagi. Aku memang tak jangka seawal ni aku akan berkahwin. Orang lain kerja setahun dulu baru boleh fikir pasal kahwin. Aku baru nak cari kerja dah kena fikir pasal kahwin. Sabar jela... :)


Sekarang ni aku jarang dah nak enjoy sangat sebab nasib baik kawan-kawan aku tak habis belajar lagi. Kalau tak mesti asyik merayap then duit nak akhwin takde. Sekarang simpan duit masuk tabung kahwin ok. Tak masuk tabung enjoy dah. Takpala, nak enjoy je sampai bila pun tak akan pernah puas. Serius.


Apa-apa pun, doakan aku untuk detik-detik akhir ni supaya semuanya dipermudahkan urusan, amin.
Aku akan update tentang persiapan pula nanti. Sebab aku rasa macam aku sorang je yang kahwin buat persiapan cuma kurang 4 bulan. hahahahha. Tunggu!


Terima kasih sudi baca :)



Nur Aziemah
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Monday 31 October 2016

Tanda-Tanda Dia Bakal Suami Kita

Assalamualaikum.

PERHATIAN!!! 

*entri ini adalah sekadar penceritaan, jgn ambil serius*

First of all, aku sedang menaip dimeja office. Maafkan saya diatas keterlanjuran ini Mr Joel. hahhahha! Tajuk menarik tapi aku bukanlah Tuhan nak bagi hint dekat pembaca untuk tahu siapa jodoh korang tu. kahkah


Nak kongsi cerita sikit pasal hidup aku. Alhamdulillah mana kawan-kawan yang tahu aku dah bertunang tu, ya betul aku dah selamat ditunangkan. Sebenarnya lepas aku habis diploma (2014), family belah lelaki dah datang merisik and actually nak disegerakan proses perkahwinan. Tapi family aku tolak cara baik sebab aku baru nak start degree. 


Perkenalan aku dengan bakal suami memang tak terduga pun. Mana-mana kawan rapat aku mesti tahu kisah tragis aku bercinta dengan manusia sebelum-sebelum ni. Memang kena ikut kata hati. Yang penting, kalau bab melibatkan perasaan ni, tolong la jangan sesekali ikut cakap orang. Dulu, aku bercinta dengan Mamat (bukan nama sebenar) atas dasar dah kenal lama, baik dan sebab roommates aku yang suggest untuk terima dia. Padahal jauh disudut hati aku, memang aku takde perasaan langsung dekat Mamat. 


Sampai satu tahap aku bosan, aku tertekan dengan keadaan sekeliling, then aku terima dia. Bertahun bersama tapi masih tiada keserasian. Aku decide untuk putus disebabkan family aku yang kurang bersetuju dengan hubungan kami juga. Lepas kejadian tu, aku jumpa bakal suami di laman sesawang (Twitter). Tapi tak terus kenal. Follow each other sahaja. Tak tahu la dari mana dia jumpa nama aku. Dalam masa yang sama, aku kenal juga dengan seorang lelaki, Emesjey (bukan nama sebenar). Dalam fasa nak bersama, tapi tak kesampaian. Aku redha. Dalam masa yang sama, aku sedang berkawan rapat dengan kawan satu UiTM aku. 


Tapi, tak lama. Sebab aku takde keserasian. Maybe life dia jauh beza dengan life aku. Then start dari situ aku kumpul keazaman bahawa aku mesti mula mencari yang sejati, ikhlas dan baik untuk jadi bakal imam aku. Sanggup aku redah google sehari semalam untuk cari doa-doa yang boleh temukan aku berjumpa jodoh dengan cepat. Alhamdulillah jumpa. 







Hari-hari aku amalkan doa atas ni setiap kali selepas solat. Mula-mula memang tak hafal. Tapi kalau dah tampal dekat notice board tempat meja belajar aku tu, mau tak hafal. Tiap masa terpandang, so tiap kali tu aku baca. Hahahaha gigihkan aku dulu?


Then, tibalah satu hari tu, aku tiba-tiba nak stalk semua followers aku. Then aku tak tahu la macam mana ter'fav' tweet bakal laki aku ni. Masa tu mestilah dia perasan aku fav tweet dia sebab masuk notification wei! hahahaha. Then aku abaikan. Start dari situ, dia akan tekan fav dekat semua tweet aku. Memang dari situ jugaklah aku akan balas benda sama dekat dia. Nampak tak gatalnya aku masa tu? :')


almost 2 months la aku dengan dia dok tekan fav pada tweet masing-masing. Tapi, tulah. Takde pulak rasa nak komen tweet atau mention ke atau private message. Pelik kan? Until one day, aku tak fav tweet dia. Dia rasa semacam sebab aku hari-hari akan fav kan, hahahahah. Then dia private message aku dekat Twitter (pertama kalinya). Dia tanya aku, kenapa tak fav tweet dia. Masa tu aku macam "wei kau siapa aku nak fav doh! biarlah suka hati aku la nak fav ke tak!" tapi aku tak reply gitu ah. Aku reply guna ayat yang sopan la hahahaha.


Tak lama tu, dia terus chat aku. Minta id wechat engko tahu?! kahkahkah. Aku pun bagi laa sebab wechat je kan, bukan nombor telefon. Tak lama dia add aku, then dia follow instagram aku sebab nama aku dekat semua tempat sama. Senanglah dia cari. kahkahkah. Aku pun buat macam biasa la, follow back apa semua. Then hari-hari dia akan contact aku, dari situ aku dapat rasakan sesuatu. Then one day dia decided nak jumpa aku. Sebab dia kerja dekat Penang, aku belajar dekat Perak, then alang-alang dia pergi Ipoh, dia kata nak jumpa. Aku dengan berani & tanpa fikir panjang, tanpa bagitahu roommate, aku boleh pulak terima pelawaan mamat ni. 


Masa tu hari Sabtu. Kalau nak tahu, aku siap bawak gunting ke pisau lipat ek then aku hafal no plat kereta dia time tu. Konon-konon aku ni nak jaga keselamatan la. Then, jumpa & dia hantar aku balik dengan selamat. kahkahkah. Balik tu roommate aku tanya aku pergi mana. Kau rasa? Sebab roommate aku tak pernah lagi la aku tak inform dia kalau pergi mana-mana. Hahahahaha. Aku diam je. Tipu sunat kata orang. Lol. Dah sebulan lepas tu, dia ajak jumpa lagi. Kalini memang roommate aku tak percaya dah dekat aku. Dia ugut, selidik then kantoi aku keluar dengan bakal laki aku ni. For your information, aku still lagi baca doa atas tu tau.


Sampailah satu hari tu, tiba-tiba saja bakal laki aku ni ajak aku kahwin. Dia gila ke apa aku tak pasti sebab kami tak declare apa-apa pun. Lol. Aku cakap la kalau betul ikhlas nak terima aku, jumpa parents aku. Akhir semester, masa parents aku jemput untuk balik Klang, dia datang jugak kt UiTM aku sebab nak jumpa parents. Parents aku pun ok je then kenal-kenal lepas tu masing-masing balik. Aku dah dapat rasakan sesuatu lagi disitu. aku memang keep amalkan doa tu tanpa henti sampai la aku dirisik. 


Dan sebab ni lah aku yakin dia jodoh aku. Baik buruk dia, semua aku kena terima. Alhamdulillah aku boleh terima dia dengan ikhlas. Kalau sebelum ni aku yakin tak yakin je dengan orang yang datang dalam hidup aku, sekarang aku yakin dia la jodoh aku. Acewahh ayat tak boleh bla.


So mana-mana yang khuatir takde pasangan ke apa, cuba amalkan doa ni setiap kali selepas solat. Bacalah banyak kali pun, sebab kau dah serah segalanya dekat Allah SWT. InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Percaya dengan kuasa Dia.


Doakan jodoh aku berpanjangan dengan bakal suami ni. InsyaAllah, sedang menghitung hari je ni untuk diijabkabulkan. Amin ya rabbal alamin.



Terima kasih sudi baca :)




Nur Aziemah
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Friday 21 October 2016

Sediakah Aku ke Alam Perkahwinan?

Assalamualaikum.


Semakin hari, sebenarnya makin gelisah sebab macam-macam perasaan datang dalam benak hati ni. Kau yang dah tunang mesti faham perasaan seorang wanita yang bakal menjadi suri dihati seorang lelaki tak lama lagi. Cewahh! Memang tak dinafikan banyak rintangan dan dugaan nak bergelar bakal isteri ni. Dugaan tu mostly datang dari family la. Syukur sangat bakal laki aku tak buat hal. (ke ada buat senyap-senyap?) kahkah.



Before that, minta izinlah dari bos sebab aku curi masa untuk berblogging ni. Kerja part aku dah settle. Tinggal follow-up dengan client yang banyak bunyi sebab sekarang company banyak yang sedang di-audit. Haa baru gelabah ayam masing-masing nak print out report. Kahkahkah.



Kau bayangkanlah kalau dugaan dan rintangan datang dari family, macam mana dia punya perit nak hadap? pusing-pusing, jumpa muka tu balik. Weh................ serius la kalau hati aku tak kuat nak fikir aku akan kahwin kurang 2 bulan lagi ni, mau aku batalkan je niat. Pakkal la semua dah settle tinggal majlis je. Haihh.... Sabar jela. Bermain dengan air mata tu dah jadi satu kebiasaan. Sabar je aku mampu.


Masa mula-mula decide untuk tamatkan zaman bujang haritu, ada yang menentang. Mostly family. Padahal before this elok je mereka mereka ni cakap dekat aku "Azie, bila nak kahwin? cepatlah kahwin." Now bila aku dah decide tetiba keluar ayat "kenapa cepat sangat nak kahwin ni? tak kesian dekat umi ayah ke?" Motif??? Aku paling menyampah bila ada manusia macam gini. Kau beriya haritu then now kau yang membantah pula.


Perasaan tu sesuatu sangat bila ada mulut-mulut lancang begini. Aku sabar lagi. Nangis tu dah sebati dalam hidup aku. Perit susah payah malu apa semua tu biar aku tanggung sendiri. Sekarang ni aku cuma pegang prinsip,


"Pedulikan semua kata-kata orang luar. Yang bagi kau hidup selama ni semua dari kurniaan Allah, bukan mereka. Percaya dan yakin je pada Allah sebaik-baik perancang."


Bukan nak bajet alim, cuma nak yakinkan hati aku ni bahawa hati-hati kita ni sebenarnya semua Allah yang pegang. Allah nak uji aku lah tu. Itu baru sikit Allah jentik mulut manusia tersebut untuk kata yang bukan-bukan untuk aku. Takpalah, kita redha je. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.


Cuma, biasalah sabar manusia ada had. Tak boleh anggap orang tu boleh sabar je sentiasa. Cuma nak pesan, mana-mana yang dalam tempoh pertunangan ni, mohon banyakkan bersabar. Syaitan sedang mainkan peranan mereka. Kita kena kawal syaiton bukan syaiton kawal kita. Maklumlah, nak ke arah perkara baik ni memang banyak pancaroba kan.

Sama-sama lah berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita didunia dan akhirat ni. Waallahua'lam.


Terima kasih sudi baca! :)



Nur Aziemah
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Wednesday 10 August 2016

Tamat Degree. Berjaya dalam hidup ke tu?

Assalamualaikum.



Alhamdulillah sebenarnya saya dah tamatkan degree dalam Pengurusan Sistem Pejabat di UiTM Puncak Alam 3 minggu yang lalu. Syukur ke hadrat ilahi kerana bagi saya peluang untuk melanjutkan ijazah saya sampai ke titisan darah terakhir (tipu je ni).


Bukan senang nak hadap hidup sepanjang degree. Dulu memang tak percaya orang ramai cakap dekat saya yang degree ni berbeza sangat dengan zaman diploma, tapi saya tak percaya. haihh takpela dah lepas pun. Apa yang tak sama ek? Semua benda tak sama. Paling ketara how to manage your time, and how to manage your friends. hahahah. Its not easy tau nak sambung degree. Aku tak boleh bayangkan how to survive for Master pulak nanti.


Ha tutup cerita pasal tu. This friday result akan keluar. So tengok jela pointer aku jadi hape untuk menetukan CGPA aku tu. Hope meningkat la ye dak.


Actually, masa minggu-minggu akhir praktikal hari tu aku bukan sibuk siapkan thesis, tapi aku sibuk google kerja kosong untuk tahap kelayakan aku. kahkahkah. Punyalah gigih aku google setiap hari. Memang tak dinafikan banyak dapat offer tapi mostly semua jauh. Sampai la satu tahap aku cuba apply jawatan yang jauh dari kos aku, accounting. Memang jauh panggang dari api la kan? but aku degil apply. Aku fikir tak dapat, sekali dia call untuk datang interview. Udahler jauh dekat Petaling Jaya, and this is accounting firms. Kau rasa? Tapi Allah tu Maha Pemberi Rezeki beb. Kau bukan siapa-siapa nak halang atau menidakkan.


Alhamdulillah aku dah 3 minggu kerja dekat Petaling Jaya ni. yep, accounting firm. Aku menyewa rumah betul-betul bangunan sebelah office aku. Alhamdulillah, Allah sangat-sangat permudahkan urusan aku. Rezeki jugaklah sebab lepas hantar thesis (hardcover+presentation VIVA), aku terus dapat kerja. So far okay cuma aku banyak kena belajar since aku cuma ada basic account masa zaman SPM dulu padahal dapat gred D masa SPM. kahkahkah. Like seriously aku tak minat account dulu. Betul la orang cakap, jangan tak suka, nanti kau dapat padan muka!


Nak dijadikan cerita, Alhamdulillah juga, 17 Julai lepas, aku dah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati yang banyak support aku dari zaman kejatuhan aku dulu. Mohamad Aslam. hehe. Aku bertunang takda siapa tahu kecuali family aku dengan dia. Memang tak buat kenduri bagai, just antara family dia dan aku. Kawan rapat kantoi tahu pasal abang ipar aku upload gambar. hahahahaha kantoi disitu.


Takpelah aku memang taknak bagitahu tapi since ramai dah tanya, so here aku cerita la. Mungkin sebab nak kahwin tu yang Allah bukakan rezeki kerja. Alhamdulillah again.


InsyaAllah, dengan Izin Allah, Disember 2016 (hujung tahun ni) aku akan diijabkabulkan bersama Mohamad Aslam. Mohon doakan yang terbaik untuk kami berdua. Amin.


Gambar nak upload pun takde pasal sekarang guna pc office, hahah :)


Semoga kita semua mendapat berkat dan rahmat Allah! Amin. happy selalu ya!




Thanks sudi baca! :)
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)