My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Monday 30 January 2012

this is life kan?

Assalamualaikum


hye guys, lama aku tak conteng sini. lappy aku kena hantar hospital hari tu. so sepanjang lappy ni masuk hospital , aku duduk diam diam je dalam bilik ni. sobs ! okay back to topic.


aku tak sure lah apa yang aku nak story kali ni pasal luahan hati aku or what. yang penting aku macam dah tak tahan lagi nak pendam . dekat roommate aku memang hari hari lah aku mengadu . memang totally tensyen weh . okay , aku nak tanya korang lah kan , kau rimas tak kalau ada kawan kau yang terlalu ekstrem pasal semua benda. kira dia ni jenis yang nak diri dia lebih je dalam diam!


senang cerita , dia pentingkan diri . ohh men , aku hari hari nak menangis weh . aku tak tau kenapa dugaan aku kat sini . aku malu , aku dah lah cepat terasa . tapi aku memang taknak terus terang dekat dia lagi . you know , first aku jumpa dia , dia sangat baik , humble je weh . kira suci gila lah muka . dan dan pulak memang muka cantik . memang ramai nak kawan rapat dengan dia . tu aku tak kesah sangat . 


yang aku kesah sekarang , dia sangatlah "CARE" pasal aku . kalau lah dalam minggu tu kelas aku ada test or quiz , memang hampir doplohpatjam dia text aku , tanya dah sampai mana baca buku , baca buku mana semualah ! aku ni dah lah jenis yang tak suka orang sibok pasal aku . dia sibuk pun sebab aku tahu , dia tak nak kalah dengan aku . memanglah tak salah bersaing dalam pelajaran kan ? tapi persaingan yang dia buat ni dah macam persaingan nak berebut duit ja !


pernah sekali markah subjek office management aku dapat rendah gila . memang gagal lah kalau per seratus . aku rasa down gila time tu weh tak tau nak cakap apa . aku mengadu dekat dia sebab markah dia agak tinggi . korang tahu apa reaksi dia ?


dia gelakkan aku je . seolah-olah dia padankan muka dekat aku . kira macam dia sukalah aku dapat rendah . tak pernah lagi setakat ni ada keluar perkataan ni dari mulut dia :



takpe azie , cuba lagi okay? 

ala , ni baru quiz azie ...



memang takde langsung . and bila aku dapat markah tinggi pun , dia tak pernah nak cakap apa apa . kira dia akan senyap je sebab dia bengang aku dapat markah tinggi dari dia .



sobs ! bukan aku nak harapkan pujian or what . tapi , at least masa aku dapat rendah tu bagi lah aku semangat sikit weh . aku terasa gila gila bila dia gelakkan aku . totally aku tak rasa cool masa tu . rasa down gila . ;(



betul lah orang cakap , nak cari kawan yang baik memang senang , nak cari yang betul betul sejati memang susah , bukan senang . yang sanggup tempuh suka duka sama sama memang susah . 


nasib baik aku still ada orang yang bagi semangat dekat aku . roommate aku ! thanks a lot all my dear :)


korang memang kawan sejati aku . thanks sebab sanggup dengar aku mengadu macam macam selama ni ! aku sayang korang . korang lah yang buat aku rasa semangat gila bila nak study . 


aku memang perlukan semangat dalam hidup weh! tapi , kepada kawan aku tu , terima kasih jugak weh sebab kau lah aku lebih semangat nak dapat dekan !!!!!!! lagi macam macam kau buat , lagi aku rasa nak lebih bersaing dengan kau sayang .



thank you so much ! 


tak lupe , wfn :) hehe



k bye


tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Wednesday 25 January 2012

sweet wednesday

Assalamualaikum





today is A PINK DAY !






pink kan today ? bhahaha






dia je merahh . wooo






kami minum dutch lady . heee :)







k bye



tqvm .

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Tuesday 24 January 2012

date with my baby

Assalamualaikum


hye guys, aku baru balik dari shopping dengan baby girl aku . act plan malam tadi nak gerak pukul 9 , tapi lepas sembahyang subuh tadi tidur balik , so pukul 11 baru gerak . bhahahaa .


sampai sampai je , tunggu bas dulu . ohh hari ni tak ramai . yeayyy !








yg baju hitan tu my baby girl <3




comel kan baby girl saya ? muehehe





then , singgah Tesco la . mana lagi tempat shopping yang sesuai an ? bhaha .



after tu , pergi makan sat . sebab aku ngan baby girl aku tak makan dari pagi lagi  . sobs! :(








comel je baby i makan ! heheh . dia makan bihun sup :)





ni makanan aku . bihun tomyam :)





minum coolblog :)




muka orang kurang kebahgiaan XD






next , teman baby aku beli barang dia sikit . dah tu singgah lagi kedai lain pulak . baby aku shopping banyak ! balik tu jalan kaki je sebab dekat je . tapi kaki aku macam nak patah je rasa weh . dah tu MELECET pulak !! sweet betoiii la kan ? dekat dekat pun jauh gak . dengan barang baby aku berlambak gila ==' tapi takpe , kitorang cool . huhu



then sampai bilik, terus update ni . and now nak tidur . ngantok ! roommate aku yang lain semua dah balik .



k bye ,



tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Monday 23 January 2012

penat tak penat

Assalamualaikum



Hye guys , pagi tadi aku dah kena gerak dari kampung terus balik Klang . sangat tergesa-gesa sebab petang tadi bas aku pukul 5 . aku dah kena balik SI petang tadi jugak . totally aku tak enjoy sangat dengan cuti kali ni . sebab aku takde lah cuti mana pun .



Just balik kampung , lepaking sana je . memang tak awesome laa . tapi at least dapat jumpa atok nenek aku J rindu diorang sangat sebab dah lama tak jumpa . dapat jumpa cousin aku semua . memang seronok lah kan ? yang kecik dah beso . yang kurus dah tembam . bhaha .







tudiaa my kazen . tinggi lampai kot . aku je pendek -.-




kurus tinggi kan dia ? macam model dah -.-




 dia suka kan mekap . nampak tak ? mata dia ohh! blue gituu






Ni grandma aku . sangat sporting ! lovelove <3





Then , pagi pagi semalam family aku semua dah ajak keluar ronda ronda . memang rasa nak patah tulang ni weh . yang penat balik dari SI tu pun tak habis lagi . L takpe la , redo je . asalkan aku dapat settle kan semua assignment aku dengan jayanya . sekarang aku nak balik SI cepat sebab ada benda aku tak settle kan lagi . next week test ohh ! aku ni , satu hapak jadah tak baca lagi laa . tau online je . buku tak reti nak bawak balik . laptop je aku ingat nak bawak balik . memang awesome gila lah kan ?




So , pagi tadi gerak balik Klang , then pergi Klang Sentral pulak hantar aku . Alhamdulillah dah sampai SI pukul 9 tadi . dah lega dah . urusan aku semua dah settle !






K bye ,




Tqvm .

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Sunday 22 January 2012

penat ni -,-

Assalamualaikum



hye friends , semalam punya semalam dalam pukul 7 aku sampai rumah . then , pagi semalam , around 12 tengahari tu gerak pergi settle kan semua benda . bayar bil , hantar lappy ni , cari barang sikit . semua lah , dalam pukul 6 sampai rumah , umie decide nak balik kampung. act dia dah plan hari tu , tapi dia cakap tak jadi . tetiba pulak petang semalam dia nak balik kampung. so , aku terpaksa batalkan plan aku nak date dengan zara . ohh  men , aku dah plan terbaik sehhh . pulak tu tak jadi . sory zara , aku kena balik kampung :/



around 8 something gerak dari klang then pukul 12 pg tadi baru sampai . Johor . jauh tu weh . maybe pepagi buta hari isnin balik klang . sebab tiket bas aku balik uitm hari isnin pukul 5. tak ke terkejar-kejar masa ? so sad . terpaksa jugak . kejar tak kejar terpaksa lah kan ? apa boleh buat . miss my grandma and grandpa also . and now mata macam tak boleh nak tutup dah . takpe , aku try tutup .


SITI NUR LIYANA , sory dear , aku agak busy harini , nanti balik kolej kita settle okay sayang ? jangan sedih bebeh . COOL .




esok plan aku bertukar ke plan b . aku mesti / harus / wajib tunaikan plan b tu .



k bye ,


tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

HAPPY TUA DAY sayang !

Assalamualaikum



i just want to wish HAPPY BIRTHDAY to my dear friend , my love roommate , my darling bed , my baby happy , my sweet cry :)






NORAINI BINTI RAMLI






*sory beby i curik gamba you dekat pesbuk XD







ALLAH SELAMATKAN KAMU ,
ALLAH SELAMATKAN KAMU ,
ALLAH SELAMATKAN NORAINI sayang ,
ALLAH SELAMATKAN KAMU ...............



Semoga panjang umur , murah rezeki bahgia selalu sayang :)

dekan kita punya !!!!!!!!!!



GOODLUCK AND ENJOY FOR YOUR LIFE . IN MY LIFE , YOU ARE THE ONE WHO'S THAT JUST COOL IF ANY SOMETHING HAPPEN COME TO YOU . I'M VERY PROUND WITH YOU DEAR ! YOU SO COOL . SO I TRY TO BE YOU :)





*aku dah puji tu belanja lah pape yee eny :P



k bye ,



tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Thursday 19 January 2012

nerd day -..-

Assalamualaikum





















not all we want, we can get. just be yourself and pray to ALLAH ! don't be hope with other people. just be your own person . life make laugh . but life make trouble . don't judge a book by it's cover .


a lot of love - Aziemah



k bye,



tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Wednesday 18 January 2012

wordless wednesday #5

Assalamualaikum





















they are my love




k bye



tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Tuesday 17 January 2012

aku kurang percaya yang ni !

Assalamualaikum


hye guys , hari ni disebabkan kelas pagi aku dibatalkan aku amik lah kesempatan yang ada ni untuk menghapdet belog yang dah lama tak dibebelkan . okay , entri hari ahad lepas aku ada cakap nak cerita something kan ? ehehehheh , nak cerita lah ni . *eksaited*






yang belakang tu eliyana . tapi abaikan je la . hahaa . see ? eksaited bukan ?




sabtu lepas aku ada buat satu assignment luar by grouping subjet office . group aku empat orang je . aku , wany , eliyana n diana . tugas kami kena pergi terjah company orang . sangat cool okay ! pulak tu , jauh sikit tempat tu dengan UiTM aku ni . aku kat Seri Iskandar , company tu dekat Teluk Intan . tak ke jauh ? dekat 1jam jugak lah baru sampai -..-


tapi , disebabkan eksaited, takde la rasa jauh sangat . hehe . buat pertama kalinya aku drive kereta auto ! aku tak pernah lagi bawak kereta auto doo. pehal tah aku berani sangat . haha. so , dengan penuh perasaan takut, gementar, nervous , gelabah bagai semua lah kan , aku  bawak jugak . abang yg bagi pinjam kereta tu macam was-was je nak bagi aku bawak . hahahahak


tapi , aku gagahkan jugak bawak . untuk standby , aku ajo dulu kawan aku bawak kereta tu . atleast if jadi apa apa , senang sikit . dia boleh cover aku . so , dia bawak terus masa ontheway nak pergi tu. dia nak , aku bagi je lah . aku pun malas nak drive. hahak


dalam pukul 9 something gerak , pukul 10 lebih cam tu sampai Teluk Intan :) alhamdulillah .








ni la kakak yang kami interview tu . malumalu gitu! hehe





tudiaaa yang merah tu la wany :)




with my baby <3 eliyana . awek cunnn tudiaa baju pink !




el and wany . sibok dok posing dekat ofis orang . haha



haha . sory wany , tak sengaja nak snap gambo cenggini :P




orang kalau dah gila posing , celah mana pun nak posing -..- haha




nampak tak ? nampak tak ? aku kidal kan ? hewhew




see ? aku serius tuuu !




aku and diana :) dia ala ala ustazah sikit. alhamdulillah kawan semua dapat yang baik je :)



after discuss semua tu , dalam pukul 1 kami pusing satu mall tu . act tu mall . hehe .







azie ,wany , el :)




tensyen lettuw !




see? sebelah ustazah kena posing alim alim sikit :P




jangan ingat dia tak reti nak posing . haha





toilety de amor :P hahaha





ni minah photogedik yee !




then gerak pergi rumah wany pulokk . kebetulan rumah dia dekat area situ jee .


tapi !!!!!!!!!! masa dah nak sampai tu , tetiba dia boleh gelabah pulak tertekan brek . patotnya tekan minyak! korang boleh bayangkan tak tengah-tengah jalan dia tekan brek ? aku , el , diana memang takut lah kan? sampai tercampak ayam mcd aku dalam kereta tu ! kami sempat mengucap je . tapi , alhamdulillah kami selamat :)


















konon nak posing maut -.-







so , masa ontheway balik , aku yang bawak pulak . takut aku jadi pape kang , siapa nak tanggung hoi ? dah la kereta sewa . tak ke susah ? hmmm . gerak balik dalam pukul 4 .






muka bangga bawak kereta , hahaha





amik kesempatan!




berani betul tengah bawak kereta , aku tangkap gambo kan ?




pukul 5 something sampai seri iskandar , singgah tesco dulu. beli apa yang patot . then sampai bilik dalam pukul 7 tapi, tak boleh nak rest sangat lah kan ? sebab malam tu pukul 8 lebih dah kena pergi dengan LDK . ohh men , letih banget !




*nampak tak naju aku bertukar kale ? dari kuning , jadi itam ? hahah . aku tukoo . aku kurang suka pakai kemeja tuu ! terpaksa je sebenarnya :(



i really enjoyed with it ! so lepas ni dah boleh bawak kereta laa yuhuuuuuuu !




k bye ,


tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Sunday 15 January 2012

TERLAMPAU sangat dah ni!

Assalamualaikum



hye guys , aku sangatlah takde masa and takde mood nak menghapdet blog ni. ohh busy kot. busy dengan life sekarang . ohh yee , tunggu ye aku ada nak update something kat sini . tak tak sure bila. hari yang buat aku rasa lebih bermotivasi . sangat awesome!!!!!!!!!!!!!


tunggu tau !


sekarang ni aku dah rasa macam ohh , aku dah jumpa ! aku dah jumpa ! jumpa apa weh ? adoo laa . hehehe . malas nak story bebanyak lagi , tunggu je la.




k bye,


tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Wednesday 11 January 2012

wordless wednesday #4

Assalamualaikum








muka tak cool sebab asyik hadap buku jee 8(







saya sedang busy dengan test , quiz etc. -..-



dah takde masa nak menghapdet benda alah ni . hoho . jangan risau , saya akan cuba menghapdet ye !




k bye ,



tqvm .

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Friday 6 January 2012

Jom Cari Blogger Setempat

Assalamualaikum











Nama : Aziemah A's a.k.a. GadisPessimist (takde la pessimist sgt)

Umur : lapanbelas sebulan . actually sembilanbelas . kahkahkah


Lokasi : Johan Setia , Klang , Selangor




hah ! apekah yang aku taip bagai ni ? hahak . aku join satu segmen dari HH ni haaaa .

actually , segmen ni untuk carik blogger kot kot jiran sebelah rumah kau tu blogger terkenal kan ? kau pun tak amik tau . hahaak


so kalau kalau korang nak join tu , meh la klik SINI okay ?





k bye ,


tqvm .

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Tuesday 3 January 2012

sekarang dah moden ! aku ?

Assalamualaikum


hye guys , hari ni , aku dah ada kat seri iskandar (: ohh muka pura-pura bahagia even hakikatnya tak . hoho . big thanks to cik dorayaki sebab sudi bawak kan beg aku yang gedabak tu masuk perut kereta ayah dia . teheeee . barang aku banyak kot . naik bas , memang patahlah jari aku nak bawak banyak banyak kan ? haha


okayy , ahad semalam punya semalam , aku tetiba rajin nak kemas bilik aku yang bersepah tu . *opss , bukan bilik . almari buku ye . almari ? macam janggal je panggil almari . aku biasa panggil almari tu "gerobok" . orang johor la kate kan ! hahak .


so , dah nama pun almari buku , buku buku dalam tu memang dari start lepas SPM hari tu aku tak berapa nak kemas sangat , then ditambah pulak aku ni menggedik ambik STPM SEKEJAP ,  soo gerobok aku tak terlepas dari dipenuhi buku buku STPM . *apesal ayat skema? ohh , budak 2 minggu lebih belajar bahasa melayu form 6 . ayat kena lah up lah an ? cewahhh . bajet .



err , next . so masa aku tengah syiokk syiokk kemas tu , tetiba , ceh TETIBA lah kan , TERJUMPA surat surat cinta aku . homaii . aku main surat surat cinta jugak ke? ehh , op kos lah kan ! zaman dulu tak semoden zaman sekarang . kalau dulu , main surat je . aku ingat lagi , dulu aku pernah main cinta cinta dengan sorang mamat ni . satu kelas dengan aku . disebabkan aku budak baru time tu . aku pun layan je . buduss buduss lagi time tu . hingusanlah kate kan . bila balas surat , mesti kawan yang bagikan . konon konon malu lettuw nak bagi by hand . padahal duduk takde lah jauh sangat . setakat beza 4 5 buah meja je . hoho




bila dah suruh orang bagikan , mesti lah orang tu boleh dipercayai kan ? haruslah . orang tu kena simpan rahsia kita . ugut lah apa yang patot . or cakap dengan dia , kita akan belanja dia air oren dekat kantin rehat nanti . hahahak . tapi , make sure takde siapa tahu . nasiblah aku dapat kawan yang simpan rahsia . tapi malang tak berbau betul bila kita dah kemain simpan rahisa , si mamat tu pulak yang tak reti simpan rahsia . boleh pulak dia bagi kawan dia baca . kawan dia tu dah lah jenis tak simpan rahsia and dalam masa yang sama kawan dia suka dekat aku . motif ? SAKAI LAUT ! aku menyampah dengan dia sampai sekarang . apa apa semua dia kecoh lebih je !



so , dia dengan penuh selamber pegi bagitau cikgu pasal surat tu . dah lah cikgu sekolah rendah ni jenis yang dengar sangat luahan hati murid murid . take a serious pulak tu ! yang kena akhirnya ? aku !!!!!!!!!! habis aku ngan mamat tu yang kena panggil dan disoal -.- . dah kena panggil , kena ceramah . pulak tu , kena kontroversi dalam kelas . tapi , kalau budak budak , memang bukan dalam kelas je . luar kelas sampai senior senior semua tau . homaii . seram aku ! aku asyik terfikir je , janganlah sampai umie yang tau ! senior yang aku cerita masa entri yang INI tak wujud sebab masa tu aku sekolah dekat johor . aku start bercintun ni sejak aku masuk sekolah kat selangor ni haa . hmm, tudiaaa .



okay , lupakan sekejap pasal surat cintun cintan tu haa . lepas jumpa surat pe jadah bagai tu , jumpa pulak diari . ohh men ! gua terus sentap bila kira semua . kira what ? adalah . heheh . dah tu bila baca balik apa yang aku tulis tu , eiyuwwwww . sumpah aku nak muntah ! goli dooo . yang tak ley blaa bila aku yang beriya tulis pasal boyfie dalam tu . berjanji bagai semua . tapi hampeh . tu laa namanya budak budak kan ? dasar cinta lembu betul -..-



yang penting , tu semua kenangan hidup aku dari sekolah rendah sampai menengah . aku rasa bagus kalau aku tunjuk dekat anak-anak aku nanti . cewahhh . berangan dah sebut pasal anak ! calon pun takdak lagi minah oiii ! ni semua zaman jahiliyah aku . korang pulak ? aku memang poyo dulu . bajet lebih . perasan pulak tu . konon semua nak dengan aku . muka sememeh boleh tahan .










muka stok jual kat kedai dua singgit je -..-





k bye ,



tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Monday 2 January 2012

MYRAVEA : Segmen Warna Pilihan Untuk Blogku

Assalamualaikum



hari ni , blogwalking tetiba termasuk satu blog ni . dengan pantas , cepat cepatlah aku buat klik new post dekat dashboard aku . kahkahkah .


but , sebelum tu , HAPPY TUA DAY MYRAVEA (: ehem . SI AWESOME ni lah yang buat segmen ni . comel doo dia ! tak tipu .


meh la join reramai !













syaratnya senang je . just bagitau korang minat colour apa .

aku ? op kos lah kale merah kan ? but , aku lebih setia dengan kale biru (:


MERAH dan BIRU


aku memang gila dua kale ni . pantang nampak warna ni ! aku akan cakap dalam hati ,


"awww . cantik gila . sangat cool !"


COOL itu penting ye =)


korang yang nak join tu , klik SINI okay !



k bye !



tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Sunday 1 January 2012

bebel bebel bebel je !

Assalamualaikum



hello guys , hari ni genap la masuk 2012 . kat pesbuk kemain semua post pasal tahun baru . aku ? tak reti nak update pe jadah . hahak . esok pepagi buta dah kena balik seri iskandar . ohh , tak sanggup rasanya nak tinggalkan bantal busuk ku . *okay tipu. aku takde bantal busuk. haha



okay teruskan . dah masuk 2012 ni , umur pun dah meningkat :( sobsobsob ! kalau ikut tahun , umur aku dah jadi sembilanbelas . ape? SEMBILANBELAS . eleee , chill la , baru sembilanbelas . belom capai doploh-an lagi en ? watlek udahhh .


semua tanya aku , azam baru apa ?


ohh men , gua malas betul nak cerita azam azam ni weh . gua tau , tak akan jadi realiti . kahkahkah



tapi , sepanjang 2011 semalam , aku banyak belajar benda baru . homaii . yang jatuhkan semangat aku , memang terbaik lah ! ingat lagi tak entri NI ? masa tu aku baru rasa ohh ! indahnya dunia bila kita dapat capai benda yang kita harapkan sebelum ni . even sebelum ni semua orang buat aku down pasal ni . aku tetap tabah !


aku punya down tu , sampai lah satu hari tu , aku hampir nak berubah fikiran . tak caye ? meh klik SINI . haisy . memacam betul la aku ni -.- sebelum tu , korang try klik yang ni pulak . this time aku dah eksaited dah nak jumpa kawan baru . dah kenal dengan kawan baru pulak tu. hahaha



yang time NI  aku rasa happy gila weh ! bila kita dapat share benda yang sama dengan kawan baik kita sendiri . aku bersyukur sangat weh . siyes rasa macam ohh , doa kita termakbul kawan !



dah la . macam macam aku dapat belajar dalam kamus 2011 ni . atas ni baru cerita pasal study aku . pasal peribadi ? yee . perit aku nak terima . memang totally aku banyak luahkan dekat dalam blog ni . suka duka aku semua dalam ni je . nampak sangat aku ni feel je lebih .


cerita lain ? ohh , pasal yang lain korang check it out lah kat blog ni sendiri ye . jenuh aku nak preview satu satu weh . haha . dalam kamus hidup aku tahun ni 2011 jugaklah aku belajar jadi "single" . wahhh , kemain ayat kau aziemah ! aku tak sangka aku boleh hidup tanpa couple . harap harap 2012 ni aku dapat teruskan misi tu . jyeahh !



suka duka , tawa ria , semua ada dalam kamus 2011 . dalam 2011 ni la aku banyak belajar jadi matang , jadi kuat macam harimau (ni mcm dlm iklan je) , keding macam lidi , gedik macam sakai , ahh memacam lah ! aku sangat tak sangka banyak sangat dugaan aku sepanjang 2011 .


lepas je spm tahun lepas , aku amik lesen kereta motor , then aku kerja . tak lama , tunggu upu , aku mmg tak dapat mana-mana . ohh time ni aku kecewa dengan hidup aku ! then aku masuk form 6 . tak lama politeknik panggil , tapi bulan 12 . lambat lagi so aku stop form 6 , aku kerja tempat lama balik . kerja ? ohh kat sini aku belajar macam macam doo . kat sini lah aku dapat inspirasi nak teruskan usaha dan usaha ! even kat sini lah orang banyak cakap aku benda yang memang hakikatnya aku pedih sangat hati nak terima ! memang pedih . orang perli aku , orang mengata belakang , orang kutuk , semua tu dah sebati dalam hidup aku . (cewahh , ayat mintak penampo je minah ni !)



err , pehal aku macam feel lelebih pulak ni ? ohh ye , sorry guys , aku rasa macam aku sangat bangga dekat diri aku sebab aku tempuh macam-macam dugaan masa nak lalui 2011 ni . aku berjaya ! jyeahhh !



korang yang baca ni , mesti korang pun ada cerita menarik jugak kan 2011 ? meh la kongsi sama-sama . tak payah jadi silent reader sangatlah kan ? haha



NOTA JARI : doakan NUR AZIEMAH BINTI ASH'ARI ni terus berjaya dalam hidup ye kawan kawan ! sayang anda semua ! aminnnnnn



okay laa , nak kemas barang balik u esok :)



k bye ,



tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)