My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Saturday 31 August 2013

Typical Malay



Assalamualaikum



Drama 1 :
“A : Hai, sidai baju ke?”
“B : Eh no la. Sidai gajah ni :D”
*maybe sebab nak beramah mesra. Sebab tu tanya benda yang dah nampak depan mata.*


Drama 2 :
“Weh biar betul dah kahwin? Cepat gila!”
*ini dah jodoh. Cepat ke, lambat ke, kau bermasalah ke?* #typicalMalay


Drama 3 :
“peh semalam aku Nampak blablabla keluar berdua dengan blablabla!”
*kau tahu ke entah-entah kebetulan dia jalan berdua dengan lelaki, jumpa kawan dia tepi jalan. Kau masalah?* #typicalMalay


Drama 4 :
“Driver : guys, nak makan dekat mana?”
“A : tak kisah, ikut kau je.”
“B : aku pun ikut kau je beb.”
“C : follow je tak kisah.”
“Driver : aku pun tak kisah..”
*sampai esok pun tak habis cerita.* #typicalMalay


Drama 5 :
“A : total RM24.20 kan? nah RM25.00. lagi 60sen tu keep the change eh.”
“B : eh nah baki RM1. Aku halalkan 20sen tu.”
“A : eh takpe, amik je duit baki tu.”
“B : eh takpe la weh, aku pun halalkan. Amik jela okay.”
“A : eh takpe la…”
“B : eh its okay la beb amik jee…”
*kalau korang orang ketiga, korang amik jela yang seringgit tu. Baru fair.*


Drama 6 :
Situasi 1 :
Bila member datang/mesej minta tolong.
“macam tu la member, dah susah baru cari. Bila senang lupa aku!”
Situasi 2 :
Bila kawan kau asyik dengan kau je, etc. mesej/call/jumpa.
“haihh budak ni semak betul. Rimas weh. Asyik mesej je. =..=”
#typicalMalay


Drama 7 :
“Berita : beras akan disekat pada hari esok blablabla….”
“cepat beli banyak-banyak bang. Nanti habis tak makan kita mati kelaparan pulak!”
*padahal cukup je nasi tu. * #veryTypicalMalay



Well, Malaysian memang macam ni kot. Apa yang kita buat semua tak kena je. Ada saja masalahnya. Be positive okay.



*sekadar perkongsian. Tiada kaitan dengan sesiapa.*



Ikhlas,
Nur Aziemah Ash’ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Happy?

Assalamualaikum


jenis aku, kalau aku tak suka, janganlah paksa. memang aku akan benci kau. apa?
B E N C I . ye.


once aku cakap tak nak, jangan, tak suka dan yang sewaktu dengan dia tu, better jangan nak paksa. kan dah kena benci. setepek kau kena. rasalah! aku bukan jenis pendendam. tapi kalau dah sekali kau buat aku nak berdendm dengan kau, hm tak tahu la apa jadi. so far tahap kesabaran aku still ada. jangan sampai hilang ye.


jangan ganggu hidup aku. aku nak hidup aman damai. dah jelas aku cakap kita just boleh berkawan, so paham-paham sendiri jela. jangan jadi orang tak paham bahasa. behave ye.




JANGAN SUKA MEMAKSA!




thankyou.


Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Wednesday 28 August 2013

Be Aware!



Assalamualaikum


Rasanya dah berabad tak sentuh benda ni.


Cuma satu nak cakap. Jangan sibuk menilai orang lain kalau tak tahu apa-apa. Tak tunding jari dekat sesiapa, sekadar nak kongsi apa yang baik dan buruk je. Orang yang terkena tu? Pernah fikir tak apa yang mangsa tu terima? 

 Tekanan. Fizikal, mental, rohani, jasmani, etc. 

Bukan senang weh nak hadap semua benda ni. Perlu ada kekuatan yang kental, sokongan. Yes. 



That’s me.



senyum tak bermakna bahagia :)



Tak semua orang paham keadaan aku macam mana. Kebanyakkan orang tahu salahkan. Orang tak kan dapat rasa apa yang kita rasa. Setakat nasihat tu boleh la. Serius aku sangat tertekan dengan semua benda ni. Dgn semester ni yang penuh dugaan, lepastu ditambah pulak benda macam ni jadi. Rasa macam separuh gila sampai terpaksa telan panadol walaupun hakikatnya aku tahu panadol bagi effect yang negative.


Tapi aku sedar, Allah uji dekat aku sebab aku kuat, aku boleh lalu semua benda ni. Cuma aku perlukan masa nak fikir. Apa yang aku harapkan, supaya pihak lain dengar penerangan, bukan menghentam. Serius aku bukan jenis yang suka dipaksa. Sekali aku cakap tak nak, means aku tak nak.


Terlalu banyak benda dalam kepala otak ni yang buat otak aku serabut. So baru hari ni aku nak luahkan semua. For those yang silent reader tu, appreciate sangat sangat. *bajet macam ada pulak kan*


Terima kasih sangat-sangat pada yang prihatin tu. Nampak sangat korang sayang aku kan. Yana, Najid, Eyla, El, Kak Nonoi, Kak Wany. Thanks sbb bagi aku semangat. Sayang korang sangat! Paling penting, keluarga yang banyak bantu.

Tak lupa, kawan baru saya, Syahmi, terima kasih & Happy Birthday. 


to WFN, May Allah bless you.



Salam sayang,

Nur Aziemah Ash’ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)