My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Monday 31 October 2016

Tanda-Tanda Dia Bakal Suami Kita

Assalamualaikum.

PERHATIAN!!! 

*entri ini adalah sekadar penceritaan, jgn ambil serius*

First of all, aku sedang menaip dimeja office. Maafkan saya diatas keterlanjuran ini Mr Joel. hahhahha! Tajuk menarik tapi aku bukanlah Tuhan nak bagi hint dekat pembaca untuk tahu siapa jodoh korang tu. kahkah


Nak kongsi cerita sikit pasal hidup aku. Alhamdulillah mana kawan-kawan yang tahu aku dah bertunang tu, ya betul aku dah selamat ditunangkan. Sebenarnya lepas aku habis diploma (2014), family belah lelaki dah datang merisik and actually nak disegerakan proses perkahwinan. Tapi family aku tolak cara baik sebab aku baru nak start degree. 


Perkenalan aku dengan bakal suami memang tak terduga pun. Mana-mana kawan rapat aku mesti tahu kisah tragis aku bercinta dengan manusia sebelum-sebelum ni. Memang kena ikut kata hati. Yang penting, kalau bab melibatkan perasaan ni, tolong la jangan sesekali ikut cakap orang. Dulu, aku bercinta dengan Mamat (bukan nama sebenar) atas dasar dah kenal lama, baik dan sebab roommates aku yang suggest untuk terima dia. Padahal jauh disudut hati aku, memang aku takde perasaan langsung dekat Mamat. 


Sampai satu tahap aku bosan, aku tertekan dengan keadaan sekeliling, then aku terima dia. Bertahun bersama tapi masih tiada keserasian. Aku decide untuk putus disebabkan family aku yang kurang bersetuju dengan hubungan kami juga. Lepas kejadian tu, aku jumpa bakal suami di laman sesawang (Twitter). Tapi tak terus kenal. Follow each other sahaja. Tak tahu la dari mana dia jumpa nama aku. Dalam masa yang sama, aku kenal juga dengan seorang lelaki, Emesjey (bukan nama sebenar). Dalam fasa nak bersama, tapi tak kesampaian. Aku redha. Dalam masa yang sama, aku sedang berkawan rapat dengan kawan satu UiTM aku. 


Tapi, tak lama. Sebab aku takde keserasian. Maybe life dia jauh beza dengan life aku. Then start dari situ aku kumpul keazaman bahawa aku mesti mula mencari yang sejati, ikhlas dan baik untuk jadi bakal imam aku. Sanggup aku redah google sehari semalam untuk cari doa-doa yang boleh temukan aku berjumpa jodoh dengan cepat. Alhamdulillah jumpa. 







Hari-hari aku amalkan doa atas ni setiap kali selepas solat. Mula-mula memang tak hafal. Tapi kalau dah tampal dekat notice board tempat meja belajar aku tu, mau tak hafal. Tiap masa terpandang, so tiap kali tu aku baca. Hahahaha gigihkan aku dulu?


Then, tibalah satu hari tu, aku tiba-tiba nak stalk semua followers aku. Then aku tak tahu la macam mana ter'fav' tweet bakal laki aku ni. Masa tu mestilah dia perasan aku fav tweet dia sebab masuk notification wei! hahahaha. Then aku abaikan. Start dari situ, dia akan tekan fav dekat semua tweet aku. Memang dari situ jugaklah aku akan balas benda sama dekat dia. Nampak tak gatalnya aku masa tu? :')


almost 2 months la aku dengan dia dok tekan fav pada tweet masing-masing. Tapi, tulah. Takde pulak rasa nak komen tweet atau mention ke atau private message. Pelik kan? Until one day, aku tak fav tweet dia. Dia rasa semacam sebab aku hari-hari akan fav kan, hahahahah. Then dia private message aku dekat Twitter (pertama kalinya). Dia tanya aku, kenapa tak fav tweet dia. Masa tu aku macam "wei kau siapa aku nak fav doh! biarlah suka hati aku la nak fav ke tak!" tapi aku tak reply gitu ah. Aku reply guna ayat yang sopan la hahahaha.


Tak lama tu, dia terus chat aku. Minta id wechat engko tahu?! kahkahkah. Aku pun bagi laa sebab wechat je kan, bukan nombor telefon. Tak lama dia add aku, then dia follow instagram aku sebab nama aku dekat semua tempat sama. Senanglah dia cari. kahkahkah. Aku pun buat macam biasa la, follow back apa semua. Then hari-hari dia akan contact aku, dari situ aku dapat rasakan sesuatu. Then one day dia decided nak jumpa aku. Sebab dia kerja dekat Penang, aku belajar dekat Perak, then alang-alang dia pergi Ipoh, dia kata nak jumpa. Aku dengan berani & tanpa fikir panjang, tanpa bagitahu roommate, aku boleh pulak terima pelawaan mamat ni. 


Masa tu hari Sabtu. Kalau nak tahu, aku siap bawak gunting ke pisau lipat ek then aku hafal no plat kereta dia time tu. Konon-konon aku ni nak jaga keselamatan la. Then, jumpa & dia hantar aku balik dengan selamat. kahkahkah. Balik tu roommate aku tanya aku pergi mana. Kau rasa? Sebab roommate aku tak pernah lagi la aku tak inform dia kalau pergi mana-mana. Hahahahaha. Aku diam je. Tipu sunat kata orang. Lol. Dah sebulan lepas tu, dia ajak jumpa lagi. Kalini memang roommate aku tak percaya dah dekat aku. Dia ugut, selidik then kantoi aku keluar dengan bakal laki aku ni. For your information, aku still lagi baca doa atas tu tau.


Sampailah satu hari tu, tiba-tiba saja bakal laki aku ni ajak aku kahwin. Dia gila ke apa aku tak pasti sebab kami tak declare apa-apa pun. Lol. Aku cakap la kalau betul ikhlas nak terima aku, jumpa parents aku. Akhir semester, masa parents aku jemput untuk balik Klang, dia datang jugak kt UiTM aku sebab nak jumpa parents. Parents aku pun ok je then kenal-kenal lepas tu masing-masing balik. Aku dah dapat rasakan sesuatu lagi disitu. aku memang keep amalkan doa tu tanpa henti sampai la aku dirisik. 


Dan sebab ni lah aku yakin dia jodoh aku. Baik buruk dia, semua aku kena terima. Alhamdulillah aku boleh terima dia dengan ikhlas. Kalau sebelum ni aku yakin tak yakin je dengan orang yang datang dalam hidup aku, sekarang aku yakin dia la jodoh aku. Acewahh ayat tak boleh bla.


So mana-mana yang khuatir takde pasangan ke apa, cuba amalkan doa ni setiap kali selepas solat. Bacalah banyak kali pun, sebab kau dah serah segalanya dekat Allah SWT. InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Percaya dengan kuasa Dia.


Doakan jodoh aku berpanjangan dengan bakal suami ni. InsyaAllah, sedang menghitung hari je ni untuk diijabkabulkan. Amin ya rabbal alamin.



Terima kasih sudi baca :)




Nur Aziemah
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

1 comment:

comments