My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Thursday, 8 March 2012

Assalamualaikum







pehhh . seram aku tengok dia mesej aku dekat facebook . 



actually dia ni ex aku yang first . dia yang pertama . but , dia dah pun meninggal , 8 April 2011 . :( even dah lama kitorang break off , tapi kitorang still rapat . and yang sangat sangat menyayat hati , bila dia excident . that time aku kerja petang , aku memang dah plan nak keluar dengan kawan aku , zara .

tiba tiba , abang dia call aku pagi tu , suruh datang hospital tengok arwah . aku mulamula tak percaya . tapi dah semua kawan aku call and text aku , aku baru percaya . tapi kan , aku ingat dia just excident biasa je . rupa rupanya dah koma . sangat kritikal weh .


aku terus buat keputusan dengan zara , nak pergi hospital sebab banyak kali abang dia call aku , suruh datang . so dengan perasaan yang tak tau nak cakap macam mana , aku gagahkan jugak kaki ni pergi . bukan senang nak hadapi semua ni . 



dia masuk ICU . ramai nya kawan kawan dia, takley nak cakap . aku pergi dekat mak dia , salam . muka mak dia sedih je tapi cool . siyess weh . aku cakap dengan abang dia yang aku nak cepat sebab time tu dah pukul 1 lebih . aku masuk kerja pukul 2.45 . dah nama pun ICU , yang boleh masuk dalam wad tu cuma 2orang. aku tarik zara masuk .


aku pandang zara, aku nangis dalam hati . aku bisik kat zara , " zara, aku nak cakap apa ni?" sumpaa , time tu aku hilang kata-kata . wordless terus lepas nampak wajah sayup arwah . aku tau dia tau aku ada time tu . aku mintak maaf semua. bagi kata-kata semangat semua , tiba tiba aku nampak sesuatu ! air mata dia keluar . Ya Allah , Tuhan saje yang tau apa perasaan aku time tu .


selang beberapa hari lepas aku melawat dia dekat hospital . abang dia call aku time aku tengah kerja . 
"hello , Aziemah, yan dah takde............"


aku dengan sepantas kilat, terus pergi dekat bilik stor tempat kerja aku , nangis puas puas . hari tu memang tak selera nak makan . 3 hari jugak lah aku terfikir . kau bayangkan , cinta pertama kau !



aku tau , dia still tunggu aku sampai hari tu . buktinya, kat atas tu . kawan dia pun pernah mesej aku kt fon , bagitahu pasal arwah dekat aku . tapi , antara kita memang takde jodoh . patotlah arwah selalu hantar mesej yang pelik . dia selalu cakap yang last lah dia text aku time tu . masa tu baru lepas SPM . last jumpa semua . hmm. tak sangka dia dah tahu yang dia akan pergi dulu .


yang pasti , setiap kali malam jumaat, aku mesti tiba tiba teringat dekat dia . apa aku boleh buat selain sedekahkan yassin dan al-fatihah .


Ahya , gmah dah maafkan segalanya . halalkan segalanya .






yang ni aku paling tak sangka. emel facebook dia rupanya ada terselit nama aku. dia panggil aku "gmah" . agak pelik nama tuu .



so , HARGAILAH ORANG YANG BETUL BETUL MENYAYANGI ANDA :) PLEASE . 

tak guna menyesal di kemudian hari .


AL-FATIHAH UNTUK ARWAH MUHAMMAD AKHIYAR ;(





k bye



tqvm .

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

9 comments:

  1. sabar eak gmah.. :')
    al-fatihah tuk arwah :)

    ReplyDelete
  2. ehh gmah?? dy da ta de?? ta sangka plak aku..

    ReplyDelete
  3. Atyra : ha'ah . dia dah meninggal lama dah weh. hang tak tau kaa ? tahun lepas :(

    ReplyDelete
  4. sabar. sume tu ketentuan Ilahi. yg penting doakan die, insyaAllah arwah digolongkan dgn org-2 yg beriman. amiin..

    ReplyDelete
  5. awak, sedeyhnyer, huuu :'( hampir mengalirkan air mata .

    ReplyDelete
  6. Cik Dorayaki : hmm, aminnn :)


    Nurul Syazwani : sobs !


    ziera ramli : tahu takpe ;(

    ReplyDelete

comments