Semakin hari, sebenarnya makin gelisah sebab macam-macam perasaan datang dalam benak hati ni. Kau yang dah tunang mesti faham perasaan seorang wanita yang bakal menjadi suri dihati seorang lelaki tak lama lagi. Cewahh! Memang tak dinafikan banyak rintangan dan dugaan nak bergelar bakal isteri ni. Dugaan tu mostly datang dari family la. Syukur sangat bakal laki aku tak buat hal. (ke ada buat senyap-senyap?) kahkah.
Before that, minta izinlah dari bos sebab aku curi masa untuk berblogging ni. Kerja part aku dah settle. Tinggal follow-up dengan client yang banyak bunyi sebab sekarang company banyak yang sedang di-audit. Haa baru gelabah ayam masing-masing nak print out report. Kahkahkah.
Kau bayangkanlah kalau dugaan dan rintangan datang dari family, macam mana dia punya perit nak hadap? pusing-pusing, jumpa muka tu balik. Weh................ serius la kalau hati aku tak kuat nak fikir aku akan kahwin kurang 2 bulan lagi ni, mau aku batalkan je niat. Pakkal la semua dah settle tinggal majlis je. Haihh.... Sabar jela. Bermain dengan air mata tu dah jadi satu kebiasaan. Sabar je aku mampu.
Masa mula-mula decide untuk tamatkan zaman bujang haritu, ada yang menentang. Mostly family. Padahal before this elok je mereka mereka ni cakap dekat aku "Azie, bila nak kahwin? cepatlah kahwin." Now bila aku dah decide tetiba keluar ayat "kenapa cepat sangat nak kahwin ni? tak kesian dekat umi ayah ke?" Motif??? Aku paling menyampah bila ada manusia macam gini. Kau beriya haritu then now kau yang membantah pula.
Perasaan tu sesuatu sangat bila ada mulut-mulut lancang begini. Aku sabar lagi. Nangis tu dah sebati dalam hidup aku. Perit susah payah malu apa semua tu biar aku tanggung sendiri. Sekarang ni aku cuma pegang prinsip,
"Pedulikan semua kata-kata orang luar. Yang bagi kau hidup selama ni semua dari kurniaan Allah, bukan mereka. Percaya dan yakin je pada Allah sebaik-baik perancang."
Bukan nak bajet alim, cuma nak yakinkan hati aku ni bahawa hati-hati kita ni sebenarnya semua Allah yang pegang. Allah nak uji aku lah tu. Itu baru sikit Allah jentik mulut manusia tersebut untuk kata yang bukan-bukan untuk aku. Takpalah, kita redha je. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.
Cuma, biasalah sabar manusia ada had. Tak boleh anggap orang tu boleh sabar je sentiasa. Cuma nak pesan, mana-mana yang dalam tempoh pertunangan ni, mohon banyakkan bersabar. Syaitan sedang mainkan peranan mereka. Kita kena kawal syaiton bukan syaiton kawal kita. Maklumlah, nak ke arah perkara baik ni memang banyak pancaroba kan.
Sama-sama lah berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita didunia dan akhirat ni. Waallahua'lam.
Terima kasih sudi baca! :)
Nur Aziemah
No comments:
Post a Comment
comments