My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Wednesday, 10 August 2016

Tamat Degree. Berjaya dalam hidup ke tu?

Assalamualaikum.



Alhamdulillah sebenarnya saya dah tamatkan degree dalam Pengurusan Sistem Pejabat di UiTM Puncak Alam 3 minggu yang lalu. Syukur ke hadrat ilahi kerana bagi saya peluang untuk melanjutkan ijazah saya sampai ke titisan darah terakhir (tipu je ni).


Bukan senang nak hadap hidup sepanjang degree. Dulu memang tak percaya orang ramai cakap dekat saya yang degree ni berbeza sangat dengan zaman diploma, tapi saya tak percaya. haihh takpela dah lepas pun. Apa yang tak sama ek? Semua benda tak sama. Paling ketara how to manage your time, and how to manage your friends. hahahah. Its not easy tau nak sambung degree. Aku tak boleh bayangkan how to survive for Master pulak nanti.


Ha tutup cerita pasal tu. This friday result akan keluar. So tengok jela pointer aku jadi hape untuk menetukan CGPA aku tu. Hope meningkat la ye dak.


Actually, masa minggu-minggu akhir praktikal hari tu aku bukan sibuk siapkan thesis, tapi aku sibuk google kerja kosong untuk tahap kelayakan aku. kahkahkah. Punyalah gigih aku google setiap hari. Memang tak dinafikan banyak dapat offer tapi mostly semua jauh. Sampai la satu tahap aku cuba apply jawatan yang jauh dari kos aku, accounting. Memang jauh panggang dari api la kan? but aku degil apply. Aku fikir tak dapat, sekali dia call untuk datang interview. Udahler jauh dekat Petaling Jaya, and this is accounting firms. Kau rasa? Tapi Allah tu Maha Pemberi Rezeki beb. Kau bukan siapa-siapa nak halang atau menidakkan.


Alhamdulillah aku dah 3 minggu kerja dekat Petaling Jaya ni. yep, accounting firm. Aku menyewa rumah betul-betul bangunan sebelah office aku. Alhamdulillah, Allah sangat-sangat permudahkan urusan aku. Rezeki jugaklah sebab lepas hantar thesis (hardcover+presentation VIVA), aku terus dapat kerja. So far okay cuma aku banyak kena belajar since aku cuma ada basic account masa zaman SPM dulu padahal dapat gred D masa SPM. kahkahkah. Like seriously aku tak minat account dulu. Betul la orang cakap, jangan tak suka, nanti kau dapat padan muka!


Nak dijadikan cerita, Alhamdulillah juga, 17 Julai lepas, aku dah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati yang banyak support aku dari zaman kejatuhan aku dulu. Mohamad Aslam. hehe. Aku bertunang takda siapa tahu kecuali family aku dengan dia. Memang tak buat kenduri bagai, just antara family dia dan aku. Kawan rapat kantoi tahu pasal abang ipar aku upload gambar. hahahahaha kantoi disitu.


Takpelah aku memang taknak bagitahu tapi since ramai dah tanya, so here aku cerita la. Mungkin sebab nak kahwin tu yang Allah bukakan rezeki kerja. Alhamdulillah again.


InsyaAllah, dengan Izin Allah, Disember 2016 (hujung tahun ni) aku akan diijabkabulkan bersama Mohamad Aslam. Mohon doakan yang terbaik untuk kami berdua. Amin.


Gambar nak upload pun takde pasal sekarang guna pc office, hahah :)


Semoga kita semua mendapat berkat dan rahmat Allah! Amin. happy selalu ya!




Thanks sudi baca! :)
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

3 comments:

  1. Seronoknya baca.. Allah murahkan rezeki sis. May Allah bless you always! :) Good luck in life ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Letak sepenuh kepercayaan dkt Allah, insyaAllah ada jalan Dia bagi. jgn give up, cuma cepat atau lambat je :) *haha pandai pulak aku nsht org* :D

      Delete
  2. semoga dipermudahkan. saya pun uitm jugak.uitm puncak perdana.inshaallah masuk bulan 9 nanti saya dah sem akhir. semoga berjaya for next step your journey

    ReplyDelete

comments