My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Sunday, 29 July 2012

COOL ITU PENTING!

Assalamualaikum

hai guys, minggu ni je dah berapa banyak dugaan aku dapat. memang tidak dinafikan, semua orang ada masalah tersendiri kan? tak terkecuali anda yang baca ni. so, harap anda terus bersabar dengan semua masalah. walaupun masalah tu kadang-kadang buat kita rasa seperti nak mencampakkan diri ke atas jalan raya, tapi percayakah anda, jika anda seorang yang betul-betul memikirkan masa depan anda, sudah tentu anda akan lebih positif. ye, positif disini bermaksud anda akan menerima masalah tersebut sebagai cabaran anda untuk meneruskan kehidupan.

walaupun pada hakikatnya anda tidak bersedia langsung untuk menghadapi masalah tersebut. means, anda akan rasa down bila masalah datang bergolek pada anda. wah, hebat bukan? lepas selesai satu masalah, datang pula yang lain. itulah dipanggil ujian dari Allah S.W.T.. bukan senang nak dapatkan ujian dari Allah. hanya yang betul-betul bersedia sahaja yang Allah akan turunkan ujian ini. Allah tidak akan menurunkan ujian tersebut kepada umat-Nya kalau umat-Nya tidak mampu nak hadapi.

percaya atau tidak? anda akan berusaha menyelesaikan masalah itu walaupun anda rasa anda tidak mampu menyelesaikannya. percayalah. anda mesti akan cuba. sebagai contoh, anda akan cuba lupakan, cuba berpura-pura "cool" di hadapan rakan-rakan anda yang lain. ohh ye, cool means anda akan buat-buat gembira, gelak bersama-sama. siapa dekat dunia ni yang tidak mahu hidup mereka bahagia kan?

ujian demi ujian.
halangan demi halangan.
stage by stage akan anda tempuh walaupun anda tidak mahu melaluinya.

itulah dinamakan kehidupan, kalau kita tak lalui semua stage tersebut, macam mana kita nak jumpa ending nya kan? so be cool dengan dugaan yang datang.




anggap sahaja manusia-manusia yang mendatangkan masalah anda ni adalah manusia yang telah dihantar Allah ke muka bumi ini untuk menguji kesabaran anda. 


ENDING .


yeahh. aku memang tensyen dengan benda yang datang dekat aku sekarang. tapi apa yang aku baca dekat atas ni memang betul. aku just anggap manusia yang mendatangkan masalah dekat aku adalah manusia yang dimana Allah telah menghantarnya untuk menguji kesabaran aku. Allah memang Maha Adil. Allah uji kesabaran hamba-Nya stage by stage. see? bila kita ada problem, kita akan mengadu dekat Allah. so, jelaslah disitu bahawasanya Allah nak kita dekatkan diri kita kepada-Nya. MasyaAllah. hebat bukan perancangan Allah di muka bumi ni? Berbanggalah kerana Allah turunkan ujian kepada kita sebab Allah sayang kita. Buktinya Allah nak kita dekatkan diri kita dekat Dia. see? Allahhuakbar. sungguh indah perancangan Allah. :')





kadang kadang muka je senyum. hati? who's know? it's reality.




k bai
tqvm.

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

No comments:

Post a Comment

comments