My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Saturday, 16 November 2013

Jom main masak-masak?

Assalamualaikum


"weh weh, jom main masak masak?"

err ni semua dialog lama masa aku kecik kecik umur 5 tahun. memang masak betul kata kooo. amik penutup tin milo, bawah dia letak batu. then amik beberapa helai kertas dari buku sekolah akak aku, amik lighter ayah (sebab ayah dulu perokok tegar) then bakar. curi telur sebijik dekat dapur, lepastu tuang then masak. paling bagus, lupa nak curi minyak. so telur tu hangus macam tu je. hampeh hambar haktuih! umie bau api, lepastu kantoi maka dengan besar hatinya aku kena marah kaw kaw. pakej kena rotan. fuuuu so sweet! i loikeeee!


rindu semua tu. emm. mana mungkin dapat ulang balik semua tu. sekarang umie dah tak payah nak beli rotan, tak payah nak asyik beli hanger je. kalau dulu, rotan hilang, hanger sebagai pengganti untuk hinggap dekat punggung aku. aku jela yang kenaaaaaa. akak jarang sebab dia dah besar time tu. adik? tengah baby lagi. well well well. rindu semua tu. tapi sekarang, tengok anak buah aku je cara dorang membesar dah lain dengan zaman hingusan aku dulu.


dorang pegang tab. dulu aku, handphone pun tak pegang. telefon rumah je. zaman sekarang aku tak nampak dah orang main masak masak ni. main guli ke, main yoyo ke, main batu seremban ke, main tingting ke. mana ada. depa dok pegang gajet je memasing. untunglah kome :)


aku tak tahu la apa motif aku update macam ni. bosan sebenarnya. bila kesepian, duduk dalam bilik, mulalah terbayang zaman aku kecik kecik dulu. terbayang muka orang yang main dengan aku masa kecik kecik dulu. gaduh, tumbuk, sepak terajang semua cukup. kelakar memang kelakar. rindu semua tu. korang yang umur lebih kurang aku pun mesti rindu zaman kanak kanak korang kan? yeahh. takde masalah pun hidup zaman hingusan dulu. masalahnya cuma tak puas nak main dekat tanah, tetiba umie dah bawak rotan suruh balik rumah. lol



KALAULAH, KITA TAHU APA YANG BAKAL TERJADI PADA MASA HADAPAN KITA, KITA MESTI TAK AKAN MUDAH PERCAYA KATA-KATA ORANG. MESTI KITA AKAN USAHA SENDIRI KAN? ITULAH DINAMAKAN UJIAN :)


Terima kasih Allah kerana aku diuji.
Wassalam.



Sincerely,
Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Tuesday, 12 November 2013

Alhamdulillah, selesai!

Assalamualaikum



Alhamdulillah. settle for everything! :D
dah siap kemas semua baju baju. tinggal hangkut je.





 yeayyyy!!! tak sabarnya :D


May Allah ease my way. amin. ya rabb.


bismillah for this starting! :D






wassalam.


Sincerely,
Nur Aziemah Ash'ari

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Friday, 8 November 2013

Sabarlah duhai hati

Assalamualaikum



ya Allah ya Rahman ya Rabbi.

aku bermohon kepadaMu, jika ujian ini adalah untuk menguatkan aku, untuk mematangkan aku dan memberi kebaikan masa depanku, Kau ujilah dengan penuh kasih sayangMu.

semoga aku terus redha terhadapMu.
Amin ya rabb!



letih nak explain pada orang. mungkin ni cara Allah nak balas dosa aku. aku redha. aku redha ya Allah. sesungguhnya kau akan mengujiku kerana kasih sayangMu melimpah ruah terhadapku.


walau hatiku telah hancur, tapi aku masih berdiri tegak sujud kepadaMu. kuatnya aku. kuatnya kasih sayangMu kerana sentiasa tidak melupakanMu!


Allah menguji pasti ada hikmah.

:')

"wahai manusia, jangan bermain dengan kata-kata manismu semata-mata. aku jua punya perasaan."



Wassalam,
Nur Aziemah Ash'ari
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)