My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Tuesday, 3 January 2012

sekarang dah moden ! aku ?

Assalamualaikum


hye guys , hari ni , aku dah ada kat seri iskandar (: ohh muka pura-pura bahagia even hakikatnya tak . hoho . big thanks to cik dorayaki sebab sudi bawak kan beg aku yang gedabak tu masuk perut kereta ayah dia . teheeee . barang aku banyak kot . naik bas , memang patahlah jari aku nak bawak banyak banyak kan ? haha


okayy , ahad semalam punya semalam , aku tetiba rajin nak kemas bilik aku yang bersepah tu . *opss , bukan bilik . almari buku ye . almari ? macam janggal je panggil almari . aku biasa panggil almari tu "gerobok" . orang johor la kate kan ! hahak .


so , dah nama pun almari buku , buku buku dalam tu memang dari start lepas SPM hari tu aku tak berapa nak kemas sangat , then ditambah pulak aku ni menggedik ambik STPM SEKEJAP ,  soo gerobok aku tak terlepas dari dipenuhi buku buku STPM . *apesal ayat skema? ohh , budak 2 minggu lebih belajar bahasa melayu form 6 . ayat kena lah up lah an ? cewahhh . bajet .



err , next . so masa aku tengah syiokk syiokk kemas tu , tetiba , ceh TETIBA lah kan , TERJUMPA surat surat cinta aku . homaii . aku main surat surat cinta jugak ke? ehh , op kos lah kan ! zaman dulu tak semoden zaman sekarang . kalau dulu , main surat je . aku ingat lagi , dulu aku pernah main cinta cinta dengan sorang mamat ni . satu kelas dengan aku . disebabkan aku budak baru time tu . aku pun layan je . buduss buduss lagi time tu . hingusanlah kate kan . bila balas surat , mesti kawan yang bagikan . konon konon malu lettuw nak bagi by hand . padahal duduk takde lah jauh sangat . setakat beza 4 5 buah meja je . hoho




bila dah suruh orang bagikan , mesti lah orang tu boleh dipercayai kan ? haruslah . orang tu kena simpan rahsia kita . ugut lah apa yang patot . or cakap dengan dia , kita akan belanja dia air oren dekat kantin rehat nanti . hahahak . tapi , make sure takde siapa tahu . nasiblah aku dapat kawan yang simpan rahsia . tapi malang tak berbau betul bila kita dah kemain simpan rahisa , si mamat tu pulak yang tak reti simpan rahsia . boleh pulak dia bagi kawan dia baca . kawan dia tu dah lah jenis tak simpan rahsia and dalam masa yang sama kawan dia suka dekat aku . motif ? SAKAI LAUT ! aku menyampah dengan dia sampai sekarang . apa apa semua dia kecoh lebih je !



so , dia dengan penuh selamber pegi bagitau cikgu pasal surat tu . dah lah cikgu sekolah rendah ni jenis yang dengar sangat luahan hati murid murid . take a serious pulak tu ! yang kena akhirnya ? aku !!!!!!!!!! habis aku ngan mamat tu yang kena panggil dan disoal -.- . dah kena panggil , kena ceramah . pulak tu , kena kontroversi dalam kelas . tapi , kalau budak budak , memang bukan dalam kelas je . luar kelas sampai senior senior semua tau . homaii . seram aku ! aku asyik terfikir je , janganlah sampai umie yang tau ! senior yang aku cerita masa entri yang INI tak wujud sebab masa tu aku sekolah dekat johor . aku start bercintun ni sejak aku masuk sekolah kat selangor ni haa . hmm, tudiaaa .



okay , lupakan sekejap pasal surat cintun cintan tu haa . lepas jumpa surat pe jadah bagai tu , jumpa pulak diari . ohh men ! gua terus sentap bila kira semua . kira what ? adalah . heheh . dah tu bila baca balik apa yang aku tulis tu , eiyuwwwww . sumpah aku nak muntah ! goli dooo . yang tak ley blaa bila aku yang beriya tulis pasal boyfie dalam tu . berjanji bagai semua . tapi hampeh . tu laa namanya budak budak kan ? dasar cinta lembu betul -..-



yang penting , tu semua kenangan hidup aku dari sekolah rendah sampai menengah . aku rasa bagus kalau aku tunjuk dekat anak-anak aku nanti . cewahhh . berangan dah sebut pasal anak ! calon pun takdak lagi minah oiii ! ni semua zaman jahiliyah aku . korang pulak ? aku memang poyo dulu . bajet lebih . perasan pulak tu . konon semua nak dengan aku . muka sememeh boleh tahan .










muka stok jual kat kedai dua singgit je -..-





k bye ,



tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Monday, 2 January 2012

MYRAVEA : Segmen Warna Pilihan Untuk Blogku

Assalamualaikum



hari ni , blogwalking tetiba termasuk satu blog ni . dengan pantas , cepat cepatlah aku buat klik new post dekat dashboard aku . kahkahkah .


but , sebelum tu , HAPPY TUA DAY MYRAVEA (: ehem . SI AWESOME ni lah yang buat segmen ni . comel doo dia ! tak tipu .


meh la join reramai !













syaratnya senang je . just bagitau korang minat colour apa .

aku ? op kos lah kale merah kan ? but , aku lebih setia dengan kale biru (:


MERAH dan BIRU


aku memang gila dua kale ni . pantang nampak warna ni ! aku akan cakap dalam hati ,


"awww . cantik gila . sangat cool !"


COOL itu penting ye =)


korang yang nak join tu , klik SINI okay !



k bye !



tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

Sunday, 1 January 2012

bebel bebel bebel je !

Assalamualaikum



hello guys , hari ni genap la masuk 2012 . kat pesbuk kemain semua post pasal tahun baru . aku ? tak reti nak update pe jadah . hahak . esok pepagi buta dah kena balik seri iskandar . ohh , tak sanggup rasanya nak tinggalkan bantal busuk ku . *okay tipu. aku takde bantal busuk. haha



okay teruskan . dah masuk 2012 ni , umur pun dah meningkat :( sobsobsob ! kalau ikut tahun , umur aku dah jadi sembilanbelas . ape? SEMBILANBELAS . eleee , chill la , baru sembilanbelas . belom capai doploh-an lagi en ? watlek udahhh .


semua tanya aku , azam baru apa ?


ohh men , gua malas betul nak cerita azam azam ni weh . gua tau , tak akan jadi realiti . kahkahkah



tapi , sepanjang 2011 semalam , aku banyak belajar benda baru . homaii . yang jatuhkan semangat aku , memang terbaik lah ! ingat lagi tak entri NI ? masa tu aku baru rasa ohh ! indahnya dunia bila kita dapat capai benda yang kita harapkan sebelum ni . even sebelum ni semua orang buat aku down pasal ni . aku tetap tabah !


aku punya down tu , sampai lah satu hari tu , aku hampir nak berubah fikiran . tak caye ? meh klik SINI . haisy . memacam betul la aku ni -.- sebelum tu , korang try klik yang ni pulak . this time aku dah eksaited dah nak jumpa kawan baru . dah kenal dengan kawan baru pulak tu. hahaha



yang time NI  aku rasa happy gila weh ! bila kita dapat share benda yang sama dengan kawan baik kita sendiri . aku bersyukur sangat weh . siyes rasa macam ohh , doa kita termakbul kawan !



dah la . macam macam aku dapat belajar dalam kamus 2011 ni . atas ni baru cerita pasal study aku . pasal peribadi ? yee . perit aku nak terima . memang totally aku banyak luahkan dekat dalam blog ni . suka duka aku semua dalam ni je . nampak sangat aku ni feel je lebih .


cerita lain ? ohh , pasal yang lain korang check it out lah kat blog ni sendiri ye . jenuh aku nak preview satu satu weh . haha . dalam kamus hidup aku tahun ni 2011 jugaklah aku belajar jadi "single" . wahhh , kemain ayat kau aziemah ! aku tak sangka aku boleh hidup tanpa couple . harap harap 2012 ni aku dapat teruskan misi tu . jyeahh !



suka duka , tawa ria , semua ada dalam kamus 2011 . dalam 2011 ni la aku banyak belajar jadi matang , jadi kuat macam harimau (ni mcm dlm iklan je) , keding macam lidi , gedik macam sakai , ahh memacam lah ! aku sangat tak sangka banyak sangat dugaan aku sepanjang 2011 .


lepas je spm tahun lepas , aku amik lesen kereta motor , then aku kerja . tak lama , tunggu upu , aku mmg tak dapat mana-mana . ohh time ni aku kecewa dengan hidup aku ! then aku masuk form 6 . tak lama politeknik panggil , tapi bulan 12 . lambat lagi so aku stop form 6 , aku kerja tempat lama balik . kerja ? ohh kat sini aku belajar macam macam doo . kat sini lah aku dapat inspirasi nak teruskan usaha dan usaha ! even kat sini lah orang banyak cakap aku benda yang memang hakikatnya aku pedih sangat hati nak terima ! memang pedih . orang perli aku , orang mengata belakang , orang kutuk , semua tu dah sebati dalam hidup aku . (cewahh , ayat mintak penampo je minah ni !)



err , pehal aku macam feel lelebih pulak ni ? ohh ye , sorry guys , aku rasa macam aku sangat bangga dekat diri aku sebab aku tempuh macam-macam dugaan masa nak lalui 2011 ni . aku berjaya ! jyeahhh !



korang yang baca ni , mesti korang pun ada cerita menarik jugak kan 2011 ? meh la kongsi sama-sama . tak payah jadi silent reader sangatlah kan ? haha



NOTA JARI : doakan NUR AZIEMAH BINTI ASH'ARI ni terus berjaya dalam hidup ye kawan kawan ! sayang anda semua ! aminnnnnn



okay laa , nak kemas barang balik u esok :)



k bye ,



tqvm .
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)