My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Monday 9 April 2012

HAWAIIAN NIGHT

Assalamualaikum


hello holla, lama aku tak taip kat sini enn? huhu. busy weh kerja kerja . hahak . nak taip, otak dah beku, aku boleh menaip if ada benda nak diceritakan je. hewhew. nak cerita ni, khamis lepas, aku telah dijemput oleh Shell untuk menghadiri satu event besar. besar? takde lah besar sangat. muahaha. event ni dihadiri oleh 2 orang staff untuk setiap stesyen. eh? kenapa skema? HAHA. lantak, bantai je.









okayy, event ni buat tok meraikan group CO7 yang telah dapat MMP 100%. eh? paham ke? MMP means, Mistery Motorist Program. kau perasan tak setiap kali masuk dalam kedai mana mana Shell, if kau bayar minyak dekat kaunter, dia ada bebel panjang panjang lebar? promosi promosi bagai semua tu? yaa. ni lah benda nya. markah kena 100%! itu wajib. kalau tak, kau balik, masuk longkang lah! haha. so, korang kena paham, masuk Shell memang macam tu. haha. terpaksa mendengar cashier cashier ni bebel bebel panjang. tahan tak tahan, kau dengar je okayy? nampak tak tittle aku HAWAIIAN NIGHT? wahhh. nampak an? yeahh! malam tu, semua yang datang tu DIWAJIBKAN memakai pakaian style Hawaii . makk aii ! gelabah aku nak carik wehh ! kau bayangkan, esok nak pergi, baru terfikir. aku ni dah lah gelabah, tapi buat buat cool je muehehehe ;P


nasib baiklah event tu pukul 6 petang baru start. ohh lupe, event tu dekat padang dekat McD Kota Kemuning je. nasib baiklah dekat bebeh! haha. aku ngan kak nana wakil Shell Bandar Botanic. hah! that day, early morning lagi bos aku datang, bagi aku ngan kak nana satu kain yang terbelah tu, memang corak Hawaii lah. korang pernah nampak tak yang omputih pakai kat tepi pantai tu? hah! cenggitu laa.


otak aku dah beratus kali fikir, "alamak, macam mana aku nak pakai ni? dosa wehh. adoii, aalaaaaa.." sampai aku tanya kat bos aku, "bos, tak pakai tak boleh ke? please...." bos jawap dengan selamber, "alaa kau ni, pakai je laa. sekali sekala kot seksi!" pehhhhh. siotes betul bos aku ni, aku serius, dia memain pulak derr. huarggghhhhh! aku cakap lagi, "BOS!!!SAYA TAKNAK PERGI LAH!TAKNAK TAKNAK!" haaa. hambik kau sekilo. nak je aku cancel kan time tu. memang aku tak fikir pape dah, aku cakap ngan kak nana, aku taknak pergi. dia pun taknak pergi jugak. hahaha. bagusss jap lagi mati kena ngan Shell. then, bos pujuk, bos aku cakap pakailah legging kat dalam. so, kitorang pun pakailahh legging. at first, aku terfikir jugak nak pakai legging kat dalam, tapi tetap malu doooo! sumpah malu gilaa. -.-



lepas habis shift je, aku siap siap tukar baju sebab kul 5 nak gerak dah. masuk masuk je kedai, manager aku dah cakap "wahhhh...." dia siap gelakkan kitorang. pehhhh. malu siott. yang mamat bangla semua tuh sakai. pergi tangkap gambar kitorang. ya ALLAH! maluuuuuuuuuuuuuuuuu sangat. dah lah kain tu ketat , sebab ikat kat tepi. tak kan nak wat style kain batik pulak. tu dah lari tema. hahaha






kacau kak nana tengah siap siap hehehe :P tak sangka tudung kitorang sama colour ;)






gambar kabur sebab cermin tu kotoq naaa! haha. see? cantik an bunga bunga kat kain aku tu? muehehhee. thanks Shell ;)


tengoklah tu! pakai selipar jepun jee. memang aku tak prepare apa apa pun. pakai tshirt sepuloh hengget je wehh. hahaa. pe jadah orang Shell tu suruh aku pakai benda kale kuning dekat leher tu. aku tak pahamm pape, aku pakai je laa -.-






masa onthewayy. dalam kereta manager aku. homaiii lantaklah, aku kan tak malu sana sini tangkap gambo jee. haha . muka tu putih sebab depan light lebih pluss edited :P




sampai sana around 5.15pm, disambut ngan orang Shell. wahh teruja pun ada. tapi, aku tak berapa nak segan dah time tu sebab ramai lagi pakai macam aku. huhuhu. then, acara start, bos aku pulak emcee = pengacara majlis. memang best lah kan, apa apa aktiviti panggil nama aku. ya Allah! aku TERpaksa menjoinkan diri weh nak jaga hati bos lah kan. -,-





muka penat main rebut kerusi ni wehh. sampai langgar punggung orang ? huhu. malu!





kak nana omeyyyy <3





nampak tak? dari 23 orang at the first, aku dapat nom 4. not bad lah kan? muehehe . baju biru pakai topi tu lah bos aku :)





this time manager aku yang main sebab untuk lelaki jee. huhu .




then, benti makan sat. hmm air kelapa fresh kau! dah lama aku nak minum kelapa fresh, jumpa jugak akhirnya! plus kambing panggang, ayam, nasik goreng KOT. aku amik je mana aku suka. tapi nyesal sangat sebab amik kambing tu. sumpaa nak muntah! aku tak boleh makan kambing sebab hanyir doo. geli, tak tau lah kenapa . huhu.









yeahhh! huhu then sembahyang asar, maghrib semua. kul 8 start balik. malam ni laa aku rasa aku macam ya Allah, aku ke ni? sebab aku dipaksa joget kat pentas. GILA! GILA! GILA! aku tak pernah joget kat mana mana event lagi wehhh! aku tak reti doo. bos punya pasal, joget je ahhh. pedulik hape. hahaa. after tu, ucapan dari Orang kuat Shell, then aroud 9pm, balik ;)



that day aku agak happening plus pening . hoho .
nampak tak semua orang ada aksesori bunga ? aku je takde. tak prepare pape langsung . haha.



that is why me still wearing this clothes . 
 I
 I
 I
 I
 V






K NOW, STRAIGHT TO MMP ! Mistery Motorist Program ;)


RISE OF CO7 ! JYEAHHHH !




k bye



tqvm.
LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

6 comments:

  1. haha...comel je aziemah ni...hehe...dak seri iskandar gak rpenye...abg study situ gak...masuk sem baru jun ni praktikal kt situ je... ^.^

    ReplyDelete
  2. ohh tengs, eh yeke? laa same ehh? haha. :D

    ReplyDelete
  3. Wahhhhhh! seksi nye you sygg... hahahah XD

    hubby♥

    ReplyDelete
  4. bie! mana ade seksi . kejamm ah you ! hahah

    bie jeles lettuw <3

    ReplyDelete
  5. berani kau budak kecik. wow cool bebeh. hehe. teringin kud tengok kau joget atas pentas tu! ade record tak? nak tengok!

    ReplyDelete
  6. belum habis bace aku dh gelak dulu.. ngeh ngeh ngeh :D

    ReplyDelete

comments