My Beautiful Life
From Allah, to Allah

Tuesday 20 December 2011

please say no !

Assalamualaikum



sila lihat , baca dan fahamkan dengan teliti -












paham tak ? ke tak reti baca ? tipulah kalau tak reti kan , kalau tak cemana korang boleh nak bukak belog ni kan kan kan ? hahah . kantoi .


kalau agak-agak dah rabun tu , meh aku ulang lagi sekali ye ,




PRODUK INI MENGANDUNGI LEBIH 4,000 BAHAN KIMIA TERMASUK TAR, NIKOTINA DAN KARBON MONOKSIDA YANG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN .



nampak tak yang aku bold and gariskan tu ?


boleh baca tak? ke tak boleh baca lagi ? benda ni kan dah terang lagi bersuluh tulis dalam pek rokok tu , yang pakcik-pakcik and abang-abang dekat luar sana dok sedut pasai paa ? ishh , memang peliklah mentaliti rakyat negara ni . sorry kalau termention sesiapa .


lagi satu , rokok sekarang dah ada gambar yang menakutkan dekat kotak tu, tapi uolls still selera lagi kan ? haha .


aku ingat lagi masa aku kerja , customer aku tak kira cina, india or melayu yang beli rokok ni , ada sesetengahnya boleh pulak mintak-mintak dekat aku . paham tak aku cuba cakap apa? haha . cenggini , diorang mintak gambar . nak yang adik la , nak kakak la , nak sakit jantung punya la , nak kaki la , haih memacam . yang lawaknya aku tanya la kenapa nak pilih-pilih ? isi dalam kotak tu sama je kan?

alasan diorang , "memanglah sama dik , tapi geli lah nak tengok gambar tu" . takpun diorang cakap "takutlah tengok gambar tu" . ahh memacam . dah tahu takut , beli jugak kenapa?

yang paling kelakar , diorang cakap cenggini ,


"dunhill doploh satu , nak yang adik punya tau !"


tak pun ,


"mildseven ori kotak punya nak kaki"


hahaha , lawakk do . 

aku ingat lagi masa aku first time masuk kerja , satu hapak jenis rokok pun aku tak tahu actually . even dunhill ! seminggu jugaklah belajar kenal rokok ni . walawehhh , pening doo . lagi buat aku pening . haih . 

pernah sekali tu , customer aku cakap ,


"dik, dunhill doploh !"



sentap mak nyah ! terkejut lah nak beli doploh kotak . gila ke hape ? tak makan nasik ke? huahuahua. rupanya memang orang hisap rokok sebut cenggitu , dunhill doploh means , nak yang ada doploh batang .
start dari tu aku tahu . 






ini dunhill light
apa yang aku nampak , orang india suka hisap rokok ni . based on apa yang aku nampak lah kan .



yang dunhill kale merah tu normal . kira perisa original . kehkeh . yang hijau , rasa menthol . 


orang yang beli rokok tu orang yang sama je wehh hari-hari . ya Allah , cepat gila diorang hisap sampai satu kotak sehari weh . dasyat an ? homaii , aku yang jual masa tu pun pandang 2kali orang tu . betul ke ni ? muka suci je , tapi hisap rokok . ohh man ! tak macho dah .



yang aku tengok lah , dunhill merah ni tak kira melayu cina or india, semua hisap . rokok mildseven pulak lebih kepada orang cina yang beli . kalau winston , budak-budak , remaja selalu hisap . sebab MURAH . lapan hengget setengah jeee . haha


dunhill untuk orang dah kahwin dan dah bekerjaya lah selalunya sebab mahal , sepuloh hengget . Pall mall pulak orang melayu dengan india yang selalu beli . cina ada , tapi jarang-jarang ahh . yang paling nampak kesan ketara is rokok BENSON . huahuahua . ni memang orang-orang tua je yang beli . bunyik pun macam rokok orang tua kan? 


then , CAMEL . rokok ni comel . aku suka tengok . well , rokok paling mahal sikit . sepuloh hengget patposen jee . yang selalu beli orang-orang kaya je . takpun jenis orang yang belagak . tak caya? aku tahu laaa , aku kaji . opss . don't jugde a book by it's cover . heheh


wahai orang lelaki atau perempuan yang memang perokok tegar , please lah , hentikan merokok ye . tak kecian ke dengan budak-budak macam ni ?










budak-budak macam ni masih kecil , diorang perlukan udara yang bersih ! haha tetiba .




actually ayah aku dulu seorang perokok yang tegar . tapi dia pun dah berhenti merokok sebab dulu masa dia merokok , badan tak payah cakap lah , gepeng gilaa . paling aku tak suka , lepas dia makan je mesti nak hisap rokok . soo , aku marah dia . if dia pegang je rokok , cecepat aku cakap ,




"hah ! nak hisap rokok, jangan sengsara kan orang lain boleh tak? pergi hisap jauh-jauh sana ! bau dah lah macam errrkkk -.- ! ayah hisap , tak dapat penyakit , orang yang hidu ni yang dapat kesannya !"


#ayat aku agak kurang ajar di situ . heheh


then , bapak aku pulak sedar yang aku satu family pulaukan dia bila dia nak merokok , soo dia rasa tersisih ahh . lagipun that time ustaz ada ceramah , cakap rokok tu haram di sisi Islam . so dia buat keputusan kurangkan merokok . start je bulan puasa , dia terus benti . hebatkan ayah aku? yeah! that is the most thing i love my dad so much ! sangat tekad dalam buat sesuatu !



dia cerita , ramai kawan dia cakap macam-macam start dia dah tak hisap rokok . ada yang cakap tak jantanlah bagai. tapi dia tak heran pun . dia biar je . memang teruji lah kejantanan kau , tapi jangan teruji sebab benda bodoh lah yee . dosa dah dapat . kau sengsarakan orang lain satu hal lagi .


so abang-abang , pakcik-pakcik , atok-atok luar sana , hentikanlah merokok ye ! please say TAK NAK ! kuatkan semangat , tabahkan hati . acececehhh , poyo pulak .

jangan ingat atok-atok takde yang merokok . ada je . makin tua , makin banyak pulak dia hisap weh . kalah bapak-bapak ni haa . haha . ingat SMOKING KILLS ! korang beli rokok tu ibarat bakar duit je tau . duit free melayang macam tu je .


kepada yang tak merokok , tahniah ! andalah lelaki paling macho di alam semesta ini kerana anda telah mengatakan TAK NAK ! untul diri anda . tapi jangan cakap tak merokok , tapi kau hisap dadah , ganja bagai pulak ye ? lagi menyusahkan negara kalau cenggitu !


dan untuk maklumat korang , Kementerian Kesihatan Malaysia ada buat satu contest gambar paling kreatif tau . syarat dia senang je .korang just tangkap gambar bersempena dengan tema TAK NAK ! , tapi gambar yang korang tangkap tu tak boleh ada gambar rokok langsung . even batang rokok or kotak rokok . mencabar kan ? yaaa .

just tangkap gambar je kot . lantaklah korang nak interprem macam mana sekali pun . janji ikut syarat then ada peluang besar nak menang . dari korang dok tangkap gambar korang je an ? better tangkap satu gambar kreatif pasal TAK NAK! merokok ni .


hadiah dia lumayan weh ! rugi lah tak join . dapat duit free je !



tunggu apa lagi ! nak join ? korang just klik kat SINI . korang jugak boleh vote peserta-peserta yang dah join tau . goodluck yaa !


and yang ada facebook tu , rajin-rajinlah LIKE kat SINI . thank you :)



k bye !



tqvm .

LIKE lah kalau suka entri ni! TERIMA KASIH :)

6 comments:

  1. betul tuh sayang!
    merokok membahayakan kesihatan
    orang sekeliling turut menjadi mangsa :(

    mangsa: aku
    pemangsa: perokok tegar

    ReplyDelete
  2. kan kan sayang ?
    kita yg jadi mangse .
    ish ish .
    tskk !

    ReplyDelete
  3. takpe takpe , nnt lelama dia benti lah tu okay ? takmo sedih-2 .

    ReplyDelete

comments